Saturday, July 23, 2011

Udang Galah Lemak Cili Api ..menu hujung minggu

Pagi-pagi lagi hari ni dah ke pasar..kalau masih pagi2 lagi ikan masih segar bugar lagi..klu dah tengahari..dah lemah longkai & pakai contact lens..hehe
Hari ni amatlah beruntung..kerana yg dicari2 telah ditemui..udang galah !..tapi yg sedang-sedang aja.;)
Setelah ditanya raja di hati saya..jawapannya..udang galah masak lemak cili api..(dah agak dah..) & saya tambah lauk sampingannya ayam goreng crispy ..lauk kegemaran anak-anak.
Untuk alas perut sebelah petang pula saya buatkan Vanilla cupcakes..

Udang Galah masak lemak cili api

Ayam Goreng Crispy
Untuk resepi ayam goreng crispy klik di sini

Vanilla cup cakes


Udang galah masak lemak cili api

Bahan-bahannya :-

  1. 500 grm udang
  2. 23 biji cili api @ padi (boleh kurangkan, jika tak nak pedas) *
  3. 1 ulas kunyit *
  4. 1 ulas bawang kecil * (bahan * diblend atau ditumbuk lumat)
  5. 2 batang serai (diketuk sedikit)
  6. 1 liter santan pekat (saya guna dari 11/2 biji kelapa yg kecil)
  7. 1 keping asam keping
  8. kacang buncis (di potong panjang)
  9. garam secukupnya
Cara menyediakannya :
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
  • Masukkan juga udang yang telah di basuh& serai ke dalamnya..masak sebentar..
  • Masukkan santan dan garam..kacau selalu hingga mendidih.
  • Bila sudah mendidih...masukkan asam keping & kacang buncis..masak sebentar
  • Tutupkan api & hidangkan

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...