Monday, July 4, 2011

Bun berinti Seri Kaya

Bun Seri kaya ni anatara bun yg saya buat hujung minggu hari tu...filling seri kaya tu saya beli yang eady made je.. senang..tapi tetap rasa sedap :)
Resepi doh adunan ni..yg paling saya suka gunakan ..memang lembut dan gebu bunnya..jom kita tengok resepinya.;)

Bahan- bahan :-

  1. 380gm tepung high protein (tpg roti)
  2. 3 sudu besar susu tepung
  3. 100 gm gula castor
  4. 1 pkt (11 grm)  yis segera
  5. 1 bj telur gred A
  6. 120ml air
  7. 1 sudu teh bread improver
  8. 1 sudu teh bread softener
  9. 30gm butter
  10. 30gm shortening
Inti:
  1. seri kaya secukupnya

Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker machine
  2. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  3. Tembuk2kan doh untuk keluarkan angin didalamnya & bulat2kan doh kepada 10-15 bahagian
  4. Masukkan inti seri kaya didalamnya & bulat2kan kembali
  5. Buat hingga habis & tutup dengan plastic cling dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.(Dalam 30-35 minit)
  6. Bakar doh dgn kepanasan oven 170 -180C lebih kurang 20 min atau sehingga masak.
  7. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 3 di atas dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...