Saturday, April 20, 2013

Penang & Hotel Naza Talya Penang

Hotel Naza Talya..Penang

Permandangan di sekitar Hotel

Tempat kesukaan kanak2 riang & kanak2 dewasa jugak..hehe
Percutian kali ni, bawa mak ke tempat yang tak pernah mak kunjungi..
kami sekeluarga bersama Nurul sekeluarga (adik ), mak & Fizah (anak buah) menginap di Naza Talya Hotel di tanjung bungah selama 2 hari 1 malam..pada 20 & 21 February 2012

Di rumah P.Ramlee
Masa percutian singkat dan padat sempat juga singgah di Bukit Bendera, Rumah P.Ramlee dan Pasar Malam di Tanjung Feringgi..dan pusing2 di sekitar Pulau Pinang ...dan paling best dapat singgah makan nasi kandar popular di Restoran Line Clear...
Balik dari Penang kami singgah ke rumah abang sulung di Kulim Kedah
Bahagia rasanya bila dapat meluangkan masa bersama-sama dengan orang-orang yang kita sayang..
Alhamdullilah..
Mak bersama Nurul, Ziyadh & Amelin
Suami bersama Ammar Nufael

Saturday, April 13, 2013

Marble Cheese Brownise




Assalamualaikum..

Saya masih lagi demam brownise....rasanya sudah tahap ketagih..:)
sudah 3 minggu berturut-turut mencuba resepi brownise...resepi kali ni saya ambil dari blog jintan manis...tertarik dengan corak2 mable cheese brownise tu...
Alhamdullilah bahan-bahan pun ada..jadi berbrownise lagilah ...:)


Bahan-bahan Brownies :
  1. 250g butter1 cwn serbuk koko
  2. 3 biji telur gred B
  3. 1 1/2 cwn gula castor
  4. 1/2 cwn susu cair
  5. 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  6. 1 tsp baking powder
  7. 1 tsp soda bikarbonate
  8. 1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:

  1. 250g cream cheese
  2. 1 cwn gula castor
  3.  1 biji telur gred B 
  Cara-cara:


1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Sunday, April 7, 2013

Double Chocolate Fudge Brownise



Assalamulaikum...
Masih lagi belum puas makan brownise minggu lepas , jadi minggu ni saya cuba resepi lain yang saya ambil dari blog sky blue kitchen...Alhamdullilah sedap & bahannya pun ringkas ..:)


Bahan-bahan

250 gm coklat masakan ( dark ) - dipotong menjadi ketulan kecil
150 gm mentega
180 gm gula perang lembut ( soft brown sugar )
3 biji telur- dipukul ringan
1 tsp esen vanilla
120 gm tepung serbaguna-diayak
120 gm coklat chip
120 gm biji gajus panggang - dicincang 


Cara - cara
1.            Cairkan coklat masakan bersama mentega menggunakan double boiler atau masukkan ke dalam microwave ( medium power ) selama 2 minit. Keluarkan dari microwave.. Kacau adunan menggunakan whisk sehingga lembut. 
2.            Kemudian masukkan gula dan gaul sebati.  
3.            Masukkan telur dan tepung.. Gaul sebati. 
4.            Masukkan coklat putih dan biji gajus cincang. Gaul rata menggunakan spatula.
5.            Tuang adunan ke dalam loyang 28 cm x 18 cm / 11" x 7 " yang telah dialas dengan kertas minyak dan dilengser sedikit mentega. Bakar di dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga ianya masak.
6.            Sejukkan sebelum dipotong.
7.            Potong mengikut citarasa masing-masing dan taburkan dengan gula aising atau glace icing di atasnya semasa menghidang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...