Powered By Blogger

Thursday, March 10, 2011

Chilled Oreo Cheese Cake

 Semalam try buat chilled oreo cheese cake ni, resepi mudah dan sedap, masa menyediakannya tak sampai 1/2 jam dan tak perlu dibakar dalam oven. Terima kasih  pada lina atas resepinya..dan kawan-kawan nak mencuba resepi cheese cake silalah ;)

Bahan-bahan ;
  1. 1 bungkus biskut orea ( buang bahagian creamnya & tinggalkan 4-5 keping untuk bahagian atasnya)
  2. 50grm butter
  3. 250grm cream cheese 
  4. 150grm gula castor
  5. 200ml whipping cream
  6. 1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon
  7. 1 1/2 sudu besar gelatin *
  8. 1/2 cawan air panas* 
Cara-cara membuatnya ;-
  • Untuk bahagian dasarnya ; Kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya)
  • Panas / Cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo
  • Padatkan di bahagian dasar loyang, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer (saya guna loyang bersaiz 7 'inci lebar dan boleh dibuka bahagian bawahnya)
  • Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan
  • Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu
  • Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim
  • Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi
  • Patah2kan @ kisar halus baki biskut yang tinggal masukkan ke dalam loyang 
  • Baki biskut yang telah dikisar tadi boleh juga ditaburkan di bahagian atas kek, selepas 2 jam dimasukkan di dlm peti sejuk.( tapi saya tidak letakkan) 
  •  Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam
  • Bila dah sejuk ..potonglah dengan pisau yg telah dicelupkan dgn air suam..

9 comments:

  1. salam.nk tnye..whipping cream tu jenis yg cam mane..sy ade buat b4 ni tp xjadi...whipping cream tu lembik sgt2...

    ReplyDelete
  2. salam bella..akak guna whipping cream brand Pauls,
    mmg whipping cream tu mcm susu yg pekat..akak rasa cheese cake tu x berapa keras mungkin sukatan gelatin nya kurang..

    ReplyDelete
  3. kak long, saya sudah cuba, memang sedap oo.. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih mama Nur Hana @ Tasha..sbb sudi cuba..senang je kan..:)

    ReplyDelete
  5. tq2 akak.sy dh buat..hehe...tp...........cheese xckup sbb springform sy lebar..keke

    http://bintang4u.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. bella..akak pakai springform saiz 7 inci..tu yang nampak tebal..:)..tq sebab cuba..:)

    ReplyDelete
  7. nampak mcm sedap je ni.. yg penting is mudah sgt..hehe :-)
    tq tau sudi share resepi ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...