Friday, March 29, 2013

Resepi Oreo Brownise


Assallamulaikum..

Inilah brownise yang sempat saya buat malam tadi...tunggu hingga Ammar tidur, barulah mulakan projek ni dengan bantuan asst. chef, Sofiya...:)
Alhamdullilah tak rugi memcuba resepi ni AlongRoz..sedap !

RESEPI OREO BROWNIES
sumber asal :
AlongRoz

Bahan-bahan
  1. 225g butter
  2. 240g coklat masakan
  3. 3 biji telur - size A
  4. 250g gula halus -sy letak 200g shj sbb dah manis
  5. 1sk serbuk coffee
  6. 1sk esen vanila
  7. *60g tepung gandum
  8. *40g serbuk koko
  9. *1/2 sk baking powder
  10. *secubit garam - (bahan * ayak)
  11. 1/2 pack oreo - patah2kan 



Cara-cara
  • Cairkan coklat masakan kemudian masukkan butter. Kacau sebati dan ketepikan.
  • Pukul telur menggunakan handwhisk/senduk. Masukkan sekali gula dan esen. -*sy masukkan gula ke dalam coklat masakan dan butter ketika panas supaya gula cepat larut.
  • Masukkan coklat masakan.Kacau.
  • Masukkan bahan ayak. Gaul sebati hingga tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan oreo. Alaskan loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
  • Tuang adunan dan bakar suhu 170 selama 45minit atau sehingga masak.
 

Sunday, March 17, 2013

Bunga dari kain perca

Asslamulaikum

 Bunga dari kain perca ni hasil tangan dari Sofiya sendiri...Saya tolong buatkan contoh 5 bulatan saiz berbeza  dari kertas manila dan selebihnya saya tunjukkan dan dia buat hingga siap..
Seronok & mudah untuk hasilkan kraf ni..
Bahan2 & Cara membuatnya seperti di bawah..

Bahan-Bahan yang diperlukan

  1. Kain (sebaiknya jenis satin)
  2. Kertas manilla (atau apa2 saja yg keras)
  3. Kain Felt berwarna hijau (gunting seperti bentuk daun)
  4. Butang
  5. Getah berukuran 1/2 inci
  6. Lilin (untuk merapikan bahagian tepi)
Cara membuatnya
  • Gunting Kertas Manilla kepada 5 bulatan yang berlainan saiz
  • Gunting kain perca yang di pilih mengikut bulatan dari kertas manilla tadi..lilinkan
  • Jahitkan 5 kelopak bunga tadi & jahit bersam butang & manik di tengahnya
  • Gunting kain felt berbentuk daun..lilinkan
  • Cantumkan di belakang bersama2 kelopak bunga tadi
  • Jahit getah bersama2 bunga & daun tadi...Siap..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...