Thursday, July 14, 2011

Mini Pizza..:P

Mini pizza ni saya buatkan untuk breakfast anak-anak ke sekolah...saiznya yg comel ni..senang utk anak2 makan & bawa  bekal
Biasanya kalau buat roti  saya sediakan pada waktu malamnya lagi...sebab ambil masa yg lama
bayangkanlah start membuatnya / menguli (BM yang buat...hehe) pukul 8.30 mlm  hingga pukul 12.00 mlm baru siap..adoyaiii...pening kepalaku...
tapi bila tengok hasilnya hilang rasa pening & mengantuk...:)



Bahan- bahan :-
  1. 380gm tepung high protein (tpg roti)
  2. 3 sudu besar susu tepung
  3. 100 gm gula castor
  4. 1 pkt (11 grm)  yis segera
  5. 1 bj telur gred A
  6. 120ml air
  7. 1 sudu teh bread improver
  8. 1 sudu teh bread softener
  9. 30gm butter
  10. 30gm shortening
Topping:
  • 20-24 Sosej yg telah dipotong (1 btg sosej dipotong 4)
  • Mayonise
  • Sos Pizza / Sos Cili / Sos Tomato
  • Keju Mozarella

Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker machine
  2. Setelah selesai proses menguli tembuk2kan doh untuk keluarkan angin didalamnya & bulat2kan doh kepada 20-24 bahagian
  3. Leperkan doh dibahagian atasnya dan letakkan sosej (yg telah dipotong 4) , mayonise, sos, keju mozarella
  4. Buat hingga habis & tutup dengan plastic cling dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.(Dalam 30-45 minit)
  5. Bakar doh dgn kepanasan oven 170 -180C lebih kurang 15 min atau sehingga masak.
  6. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 2 di atas dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...