Friday, March 18, 2011

Spaghetti Cheese


Malam ini memang terasa nak makan spaghetti cheese..
Lepas je dapat resepi dari Lina...:)
tapi..bila nak tengok resepinya..baru perasan..resepinya tertinggal kat ofis..huhu
Habis tu...hentam jelah..tetapi ingat bahan-bahan asasnya..yang lebih-lebihnya ditambah sendiri ikut citarasa..

Rasanya sedap..gabungan cheese & pedas black pepper ..sedap di makan panas-panas ;)

 Bahan-Bahan (Hidangan 5-6 orang )
  1. 400 grm spaghetti 
  2. 120grm cream cheese (saya guna Philadephia)
  3. 3 biji telur (dipukul)
  4. 4 batang sosej (saya guna jumbo cheese sosej)
  5. 6 biji cendawan butang ( di potong )
  6. 1 sudu besar lada hitam (di tumbuk)
  7. 1/2 sudu kecil lada putih
  8.  2 1/2 cawan air rebusan spaghetti
  9. 1 kiub pati ayam (dibancuh bersama air rebusan spaghetti)
  10. 1/2 biji bawang besar kuning
  11. 2 biji bawang putih
  12. 1 sudu besar mentega
  13. Garam - secukup rasa
Cara Menyediakannya :-
  • Rebus Spaghetti lebih kurang 5-10 minit, tapis & ambil 2 cawan airnya
  • Cincang halus bawang besar & bawang putih, tumis dengan mentega hingga naik bau
  • Masukkan sosej yang telah dipotong kemudian cendawan butang..masak sebentar
  • Masukkan spaghetti, lada hitam & air rebusan spaghetti tadi ....rasakan garamnya
  • Pukul cream cheese a & masukkan telur, gaul hingga sebati..masukkan ke dalam spaggeti tadi..
  • Gaulkan sekejap & terus tutup api (jgn terlalu lama) ..
  • Boleh juga ditambahkan daun parsley & bolehlah di hidang..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...