Saturday, April 30, 2011

Fabric Flower Brooch

Suka sangat hari ni..bila dapat buat sendiri brooch 5 kelopak bunga ni..
Inilah pertama kali buat brooch sendiri..hehe 
Walaupun penat sikit jari jemari menjahit cara manual..
tapi berbaloi jugak rasanya
 Bolehlah Sofiya dan Amelin bergaya dengan brooch nie
dan boleh juga di tambah sebagai perhiasan gaun  nanti
6 Bunga dari  kain  yang berlain warna & corak
Yang bagusnya.. boleh gunakan semula kain perca yang kecil-kecil sangat tu..dan tak terbuang begitu je

pink colour
InsyaAllah ..kalau ada masa nanti..nanti jugak belajar design lain yang bermacam-macam lagi bentuk...:)

Thursday, April 28, 2011

Saya suka gila..:)

Saya suka..harap-harap tak sampai gila ye..hehe
Sebabnya..kalau pandang corak-corak pada kain ni..rasa suka
Nampak cantik ...nampak menarik (tapi pada mata sayalah..:)
Macam menjahit & memasak juga..membelek corak & warna kain.. juga terapi
.kalau rasa penat badan & fikiran..saya beli untuk hadiahkan diri ..
 untuk menjahitnya belakang kira..hehe..sebab tulah tak luak-luak kain ni..hehe

Kain cotton utk buat dress Sofiya & Amelin

Kain plain untuk renda, reben & macam-macam..:)
bila tak tau warna mana yang lagi cantik..saya beli dua warna sekali..:)
Ini kain cotton untuk buat dress Sofiya & Amelin je..
Kain utk baju saya sendiri..kata suami..dah boleh buat Jakel cawangan P.J...hehe..

Tuesday, April 26, 2011

Chocolate Almond Cup Cake

Dah lama tak buat Chocolate Almond cup cake ni...bila buat sendiri bolehlah makan puas-puas & letak chocolate chip & almond lebih-lebih..:)..letak pulak dalam paper cup size L..makan sebiji dah kenyang..hehe
Resepinya ringkas je..pakai sukatan cawan..tapi Alhamdullilah hasilnya memang gebu dan terlebih muatan..:)


Bahan-Bahan :-
  1. 1 1/4 tepung gandum *
  2. 3/4 cawan serbuk koko*
  3. 1 sudu kecil soda bikarbonat *
  4. 1 sudu kecil baking powder * (semua bahan bertanda * diayak)
  5.  3/4 cawan minyak jagung +
  6.  1 cawan gula perang +
  7.  1 cawan susu coklat  +
  8.  1/2 cawan susu pekat manis + (bahan bertanda + di panaskan sebentar)
  9.  3 biji telur saiz B 
  10. 1/2 cawan chocolate chip
  11. 1/4 cawan almond
Cara menyediakannya :-
  • Panaskan oven pada suhu 180c selama 10 minit
  • Ayak semua bahan bertanda *
  • Kacau & panaskan sebentar saja semua bahan bertanda + (hingga gula cair)
  • Masukkan telur yang telah di pukul kedalam semua bahan yg telah dipanaskan tadi dan gaul
  • Masukkan pula bahan-bahan yang diayak tadi..kaub-bailkkan
  • Masukkan separuh sukatan chocolate chip ke dalam bancuhan kek tadi..gaul sebati
  • Masukkan ke dalam paper cup & taburkan almond & lebihan chocolate chip diatasnya
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 180c 

Friday, April 22, 2011

Masak Lemak Cili Api Udang & Pucuk Pegaga


Ini lah lauk dari negeri kelahiran bonda saya...dan org yg paling handal memasak..tentulah dari air tangannya sendiri..
Memang inilah lauk kegemaran saya & dan juga suami.
Dalam seminggu tu sekurang-kurangnya sekali, mesti saya masak, lauk yg berwarna kuning ni...kalau tak ...rindu!
Cara memasaknya mudah je..bahan-bahan asas memasaknya pun lebih kurang sama...jom tengok resepinya..:)

Bahan-bahannya :-
  1. 500 grm udang
  2. 23 biji cili api @ padi (boleh kurangkan, jika tak nak pedas) *
  3. 1 ulas kunyit *
  4. 1 ulas bawang kecil * (bahan * diblend atau ditumbuk lumat)
  5. 2 batang serai (diketuk sedikit)
  6. 1 liter santan pekat (saya guna dari 11/2 biji kelapa yg kecil)
  7. 1 keping asam keping
  8. 1 ikat pucuk pegaga (di basuh & di ramas dengan sedikit garam utk hilangkan pahit)
  9. garam secukupnya
Cara menyediakannya :
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
  • Masukkan juga udang yang telah di basuh ke dalamnya..masak sebentar..
  • Masukkan santan dan garam..kacau hingga mendidih.
  • Bila sudah mendidih...masukkan pucuk pengaga & asam keping
  • Bila pucuk pengaga sudah masak..tutupkan api & hidangkan

Langsir bersambung..:)

Minggu ni memang bercadang nak menyiapkan 2 helai langsir untuk bilik tidur..
Langsir fabrik jarang (day curtain ) & Langsir fabrik tebal ( night curtain)


Sengaja saya buka awal langsir lama, supaya takde alasan nak melambatnya menjahit..hehe

Pertama sekali mengunting & menjahit langsir kain jarang (day curtain)
Langsir berwarna putih ni..saya beli bidang 110 inci....saya cuma perlu menjahit tape langsir & kelim bahagian tepi je..bahagian lipatan bawahnya tak perlu dijahit kerana ada jahitan pemberat langsir ..
cepat siap..lebih kurang 1 1/2 jam masa menjahit

Untuk langsir kain tebal (night curtain) berwarna coklat ni saya buat langsir jahitan lurus saja..
Guna kain yang sedia ada dalam stok bidang 45 inci...dan kena buat 2 helai langsir (kiri & kanan)
Tapi bila mengunting (tanpa check dulu berapa meter kain tu..) baru perasan tak cukup kain..dalam 14 inci lagi..ayoyoo..hehe..
dan bertambah fening...kain takde stok lagi kat kedai..jadi terpaksalah disambungkan ..dengan kain berjalur yg lebih kurang sama warna.

sambung kain corak berjalur
selepas di jahit

Alhamdullilah..walaupun dikawinkan dengan kain yang berlainan corak..nasib baik secocok ..hehe
Untuk peringatan saya sendiri , ukurannya :-.
  • Ukuran Langsir bilik - 97 inci
  • Ukuran harus di tambah 7 inci (basi di bahagian atas & kelim bawah) utk kain bidang 45 inci
  • Ukuran yg harus di gunting ; 97 " + 7 = 104 inci
  • Untuk kain langsir bidang 110 inci, jumlah keseluruhan kain : 4 1/2 meter  
  •  Ukuran yag harus di gunting : 97" + 2 " = 99 inci
  • Untuk kain langsir bidang 45 inci , jumlah keseluruhan kain : 9 meter (1 1/2 keping kain utk 1 helai langsir)

Thursday, April 21, 2011

Marble Butter Cake

Teringin nak buat marble cake, malam tadi saya try buat Marble butter cake, campuran kek coklat & vanilla..resepi asal dari Nova @ Myresepi..tapi saya tukar sikit bahan-bahanya ikut citarasa sendiri..Kek nya lembut & gebu..& bahan-bahanya pun ringkas :)

Bahan-bahan
  1. 220grm butter
  2. 200grm gula halus
  3. 3 biji telur
  4. 250grm tepung berserbuk penaik *
  5. 1 sudu kecil baking powder (* diayak bersama)
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. 1/4 cawan susu cair
  8. 2 sudu besar serbuk koko
Cara menyediakannya :
  • Panaskan oven 180c selama 10 minit
  • Putar butter & gula halus hingga kembang. 
  • Masukkan telur satu per satu, putar rata & masukkan pula esen vanilla
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati..akhir sekali masukkan susu segar..gaul rata
  • Asingkan 1/3 adunan & gaul rata dengan serbuk koko
  • Masukkan dlm loyang yg telah di sapukan sedikit butter..masukkan adunan secara berselang-seli & marble kan
  • Bakar pada suhu 180c selama 40 minit...

Tuesday, April 19, 2011

Pizza


Asalnya nak buat mini pizza..tapi rasa malaslah pulak nak minikan pizza..yelah nak bulat-bulatkan kecik-kecik ambik masa jugak kan..dah malas....macam-macamlah alasannya..hehe
Nak  cepat siap..buat sekali besar punyaa..guna loyang pizza 10"..
Resepi asal mini pizza dari Fendi @ Myresepi..di ubahsuai sikit..guna bahan-bahan yang sedia ada..

Bahan-bahan :
  1. 200ml air
  2. 300g tepung roti
  3. 14g gula  (saya guna 1 sudu besar gula halus)
  4. 3.5g garam (1 sudu kecil garam)
  5. 16g shortening ( 1 1/2  sudu besar )
  6. 3g dry yeast (1/2 pkt mauripan 11 g)
  7. 6g susu tepung (1 sudu besar)
Topping: (resepi asal)
* sila rujuk resepi sos pizza yang saya gunakan
  1. pizza cheese
  2. mini tomato
  3. sosej
  4. asparagus
  5. sos tomato / sos pizza
  6. telur untuk sapu pada roti
Cara menyediakannya :  
Sebelum di bakar
  • Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan. Jika tiada breadmaker boleh juga diuli seperti cara biasa
  • Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  • Ambik doh. Canaikan biar menutupi loyang pizza berukuran 10". Biarkan naik 2 kali ganda.
  • Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di keseluruhan loyang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  • Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Sos Pizza

Untuk pizza ni saya gunakan resepi sos ni..resepi ni saya rujuk pada resepi Ummi@homesweethome ..tapi saya ubah suai sedikit dengan letakkan daging kisar  & cendawan butang di dalamnya..

Bahan- bahan (untuk 2 keping pizza sederhana besar)
  1. 1/2 labu bawang besar - cincang lumat
  2. 3 ulas bawang putih - cincang
  3. 200 grm daging kisar
  4. 1 tomato di cincang
  5. 6 biji cendawan butang
  6. 3 - 4 sudu besar sos cili
  7. 4 sudu besar tomato puree
  8. garam / gula secukup rasa
  9. 1 sudu teh oregano
  10. 1 sudu teh serbuk lada hitam
  11. 2 sudu besar mentega
Cara Menyediakannya :-
  • Panaskan mentega dalam kuali. Tumis segala bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  • Masukkan daging kisar, goreng hingga garing sentar
  • Masukkan semua jenis tomato, cendawan butang  serbuk oregano, garam dan lada hitam. Gaul rata. (Boleh tambah air jika terlalu kering). 
  • Masak biar pekat sikit, tutup api. Sejukkan sebelum disapukan ke atas pizza.

    Monday, April 18, 2011

    Gaun Coklat Pink..lepas rindu

    Lama betul tak mereka & menjahit gaun untuk Amelin & Sofiya..akhir sekali pada Februari lepas...
    Sekadar sempat menjahit skirt untuk Amelin je lepas tu..
    Alhamdullilah minggu lepas sempat menyiapkan 2 helai gaun ini..
    Mula mengunting pada Jumaat minggu lepas dan siap pada esoknya..
    Dan di pakai masa meraikan birthday baby comel, Harith yang pertama..

    Untuk Sofiya saya buatkan gaun berlengan dan saya jahitkan renda kain kapas berwarna pink berukuran 2 inci di bahagian pinggang, renda bahagian pinggang saya buatkan 3 lipatan dan di hias dengan manik berwarna pink...
    Gaun Sofiya

    3 lipatan di bahagian reben & jahitan manik berwarna pink
    Gaun Amelin lebih kurang sama dengan gaun Sofiya..cuma tak berlengan..sebab saya suka tengok lengannya yang montok tu..hehe.InsyAllah..kalau ada masa nak jugak jahitkan 3 atau 4 helai lagi gaun untuk pakai masa hari raya nanti...:)
    Amelin punya..
    Gaun tidak berlengan untuk Amelin..

    Sunday, April 17, 2011

    Roti Kebab Daging Segera


    Pagi tadi terfikir-fikir nak buat sarapan apa pagi minggu ni..
    Tengok dalam bakul roti..ada roti hotdog..tapi bila tengok peti sejuk takde sosej..
    yang ada daging burger...Alamak..!! :)


    ..Jadi terpaksalah..kawinkan roti hotdog dgn daging burger...hehe
    dan hasilnya tidak disangka-sangka & lain kali boleh buat lagi..:)
    Bahan-bahannya simple je..

    Bahan-bahan ( utk 2 org)
    1. 2 biji roti hotdog
    2. 2 keping burger daging (boleh juga tukar kpd ayam)
    3. 1/2 biji bawang besar (di mayang)
    4. 2 sudu besar sos cili
    5. 1 sudu besar mayonis
    6. sedikit lada hitam & lada sulah
    7. secubit oregano
    8. 1 biji telur (dipukul)
    9. 1 sudu kecil mentega
    Cara menyediakannya :
    • Panaskan sedikit mentega & masukkan bawang, goreng sebentar
    • Potong dadu daging burger & masukkan ke dlm kuali tadi, goreng hingga garing sedikit
    • Masukkan sos cili, lada hitam, lada sulah & oregano, kacau rata
    • Masukkan telur, gaul rata & akhir sekali masukkan pula mayonis tadi, kacau & tutup api..
    • Masukkan ke dalam roti yg telah di potong ditengahnya..& boleh juga ditambah salad / tomato / kobis yang telah dihiris ke dalamnya
    • Siap untuk dimakan..:)
      .

    Thursday, April 14, 2011

    Roti Telur Kaya

     Sarapan hari ni simple je..sarapan Roti Telur bersama Kaya
    Biasanya saya bakar je roti dan sapukan  mentega & seri kaya keatasnya..dan sesekali tukar selera kepada resepi ni..ringkas & senang  ..lebih-lebih lagi bila dah tak cukup masa waktu pagi ...:)


    Bahan-Bahan
    1. 1 buku roti (saya guna roti yg tidak berpotong...apa nama nya ye ?? )
    2. Seri Kaya secukupnya (yg telah disejukkan & pekat)
    3. 2 Telur (yg dipukul dengan sedikit garam)
    Cara memyediakannya :-
    • Sapukan roti dengan seri kaya dan lapiskan sekeping lagi roti diatasnya
    • Golekkan dengan telur yang telah dipukul dengan sedikit garam
    • Goreng dengan sedikit minyak masak hingga kekuninggan
    • Siap untuk di makan..:)

    Wednesday, April 13, 2011

    Seri Kaya Pandan


    Pernah buat seri kaya sendiri tak ?
    Kalau semua pandai buat sendiri,  mesti.cepat kaya kan..hehe
    Sebenarnya kalau beli.. seri kaya tak mahal mana pun.kan ..
    cuma bila buat sendiri ; lebih jimat..lebih banyak dapat & boleh gunakan untuk macam-macam resepi lain..:)
    boleh juga letakkan sebagai hiasan di atas bun

    Resepi ni saya ubah suai sedikit dari seri kaya karamel dari blog Che Mat Gebu..
    saya tukarkan  ke perasa pandan & kurangkan sedikit kuantiti gula..cara buatnya lebih mudah sedikit, sebab tak payah nak karamelkan gula lagi ...:)


    Bahan-bahan :
    1.  3 biji telur 
    2. 300ml pati santan
    3. 220grm gula halus
    4. 2 camca teh pandan emelco 
    5. 2 helai daun pandan (disimpul)
    Cara membuatnya :
    • Satukan gula, santan & gula halus, kacau hingga sebati & tapis
    • Masukkan semua bahan didalam periuk
    • Masak dengan api pelahan & kacau sentiasa dengan whisk
    • Masak hingga menjadi pekat
    • Keluarkan daun pandan & biarkan sejuk & simpan di dalam peti sejuk

    Monday, April 11, 2011

    Pandan Muffin


    Pandan muffin ni saya buat untuk breakfast, Amir & Sofiya ke sekolah ....
    biasanya kalau buat muffin atau kek untuk breakfast,  saya buat sebelah malamnya..
    sebab waktu pagi sebelum pukul 6.30 pagi..Amir & Sofiya dah naik van sekolah..
    sian..nanti tak sempat nak sarapan..
    (sebenarnya ibu pun takde mood nak buat sebelum subuh..hehe.)

    Kali ni saya try buat pandan muffin..
    sebabnya , saya suka color hijau & nampak menarik....memang suka perasa pandan & suka bau nya masa membakar..harummm..
    resepinya ringkas & cara buatnya pun senang..dan hasilnya pun memang gebu :)

    Bahan-bahan ;
    1. 2 cawan tepung gandum *
    2. 1 sudu teh baking powder *
    3. 1 sudu teh soda bikarbonat * (ayak semua bahan bertanda *)
    4. 2 biji telur (saya guna saiz C)
    5. 100grm mentega (pada suhu bilik)
    6. 2/3 cawan gula kastor
    7. 2/3 cawan susu sugar @ susu cair
    8. 1 sudu teh ovallate
    9. 1 1/2 sudu teh esen pandan
    10.  Ceri / Kelapa kering  untuk hiasan
    Cara menyediakannya :
    • Panaskan oven 170C selama 10 minit
    • Ayak semua bahan bertanda * & ketepikan
    • Pukul telur , butter & ovallate hingga ringan ..masukkan gula kastor..pukul lagi
    • Masukkan pula susu cair & esen pandan, pukul rata
    • Masukkan tepung sedikit demi sedikit & gaul  hingga sebati
    • Masukkan ke dalam paper cup & hias dengan ceri
    • Bakar pada suhu 170C selama 20 minit..

    Friday, April 8, 2011

    Strawberry Vanilla Ice Blended


    Lepas buat Chocolate Oreo Ice Blended kelmarin..terfikir pulak macamanalah rasa kalau tukar ke strawberry ice blended..sedap ke ..tak ..:)
    Lepas masak bihun goreng, ..cuba pulak buatresepi ni untuk minum petang ....

    Bahan-bahannya lebih kurang sama, cuma tukar dari susu coklat ke susu strawberry..dan bahan-bahan sampingan @ hiasan nya guna bahan-bahan yang  sedia ada dalam peti sejuk ..:)

     Bahan - bahan

    1. 1 kotak kecil susu berperisa strawberry 
    2. 1/2 cawan susu cair
    3. 3 sudu besar susu pekat (boleh tambah @ kurangkan)
    4. Ais kiub
    5. Ais krim strawberry / vanilla & bahan-bahan lain mengikut citarasa
    Cara membuatnya :
    • Masukkan semua bahan & kisar hingga halus
    • Tuang ke dalam cawan & hiaskan mengikut citarasa..(saya gunakana ais krim vanilla, milk chip, cherry) .

    Thursday, April 7, 2011

    Mango Ice Blended

    Dalam minggu ni .. mood mencuba berbagai jenis minuman..
    Mungkin sebab badan tak berapa sihat..tekak pun kurang berselera makan...
    Jadi buatlah sendiri, ikut selera pada hari tu...

    Bila buat sendiri ..rasa jusnya pekat & mangga nya pun boleh pilih yg masak ranum & manis...
    dan tentulah rasanya akan lebih sedap..:)

    Bahan - bahan (utk 4-5 org);
    1. 2 biji mangga ( di kisar dengan 1 cawan air dan tapiskan )
    2. Ketulan Ais 
    3. Gula halus (ikut rasa)
    4. 1/2 - 1 biji  mangga (di potong dadu utk hiasan)
    Cara menyediakanya :

    • Masukkan jus mangga yang telah ditapis tadi, campurkan ketulan ais & gula secukupnya ..kisar hingga halus
    • Hidangkan dengan potongan mangga.

    Wednesday, April 6, 2011

    Chocolate Oreo Ice Blended

    selalu buat untuk anak-anak..kalau sebut je nak buat, mesti diorang suka..
    rasa nyaman bila dinikmati waktu cuaca panas,
    selalu saya buat waktu malam, dinikmati sambil menonton t.v
    .sedap &.nyaman je...gabungan rasa coklat, biskut oreo, air krim coklat & coklat chip...
    rasa sekali..mesti nak buat lagi..:)

    Bahan-bahan : (utk hidangan 4 org)
    1. 6 keping biskut oreo (saya guna perasa coklat, gunakan cream nya sekali)
    2. 1 kotak kecil susu coklat
    3. 1 pkt Milo (3 in 1)
    4. 2 sudu besar susu pekat manis (tambah @ kurangkan ikut citarasa)
    5. Ais secukupnya
    6. 1/2 cawan air
    7. Ais krim coklat, coklat chip & biskut oreo (utk hiasan)
    Cara menyediakan :
    • Kisar semua bahan (diatas) hingga halus
    • Hiaskan dengan ais krim, coklat chip & oreo (atau apa-apa saja yang digemari)
    • Sedia untuk dinikmati


    Tuesday, April 5, 2011

    Terima kasih..;)

    Hujung minggu lepas teman mak & makcik shopping...
    Tanpa disangka-sangka..

    Terima kasih Makcik ..:)
     Bagi hadiah kasut ini kat kakteh..(macam tau-tau je ..kakteh memang nak beli kasut baru..hehe )
     dan bagi kakngah jugak..kasut hitam ini...
    (masa ni kakngah tak ikut..tolong pilihkan..sebab tau dah taste kakngah....:)
    Terima kasih daun keladi makcik...moga Allah murahkan rezeki..bolehlah dapat lagi..:)

    Saturday, April 2, 2011

    Blueberry Cheese Tart

    Resepi Cheese tart ini rujuk dari resepi Lina, terima kasih Lina :)..
    Pastry rapuh & cheese filling ini memang sedap..
    Tapi rupanya tak berapa menarik sangat..sebab percubaan pertamalah kan..
    InsyaAllah akan cuba lagi & lagi..sebab anak-anak memang suka & boleh makan puas-puas..
    Kawan-kawan yang teringin nak cuba sendiri..silalah..:)

    Bahan-bahan Pastry :-
    1. 300grm tepung gamdum
    2. 150 grm butter
    3. 80grm gula icing
    4. 1 sudu teh esen vanilla
    5. 1 biji telur 
    Cara menyediakan Pastry :
    • Pukul butter & gula icing hingga sebati.
    • Masukkan telur & esen vanilla hingga rata (jgn terlalu lama, supaya tidak berminyak)
    • Masukkan tepung & uli hingga menjadi doh yang lembut
    • Sejukkan sebentar, 10-15 minit didalam peti sejuk.
    • Keluarkan dan masukkan doh kedalam acuan tart
    • Panaskan oven selama 10 minit suhu 170C & bakar tart pada suhu 170C selama 15-20 minit (hingga keperangan)
    • Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebentar
    Bahan-bahan filling :-
    1. 250grm creme cheese
    2. 2 biji telur
    3. 80grm gula icing
    4. 25grm butter
    5. Blueberry filling secukupnya 
    Cara menyediakan :-
    • Pukul semua bahan filling hingga kembang & gebu
    • Sudukan kedalam tart yang sudah siap dibakar
    • Sudukan sedikit blueberry filling & corakkan mengikut kreativiti
    • Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit (hingga kekuningan)

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...