Wednesday, October 27, 2010

Don't worry be happy..

Weekend lepas..nie jelah hasil jahitan...
Asyik berkemas dapur..dek serangan anai-anai..
Don't worry be happy...)
Nak buat macam mana anai-anai pun nak cari makan jugak..

Beg & pencil case ini pengubat penat..
 Comelkan corak cartoon ni..

Ubah-suai sikit dari beg sofiya yang lepas~ besarkan sedikit saiznya & panjangkan tali ~  lebih besar & boleh letak banyak  benda didalamnya..:)

Tuesday, October 19, 2010

Beg untuk Sofiya

Rambag mata!...baru angan-angan dah beli 4 kain terus untuk buat bag..tapi cuma 1 meter utk 1 corak je..:)
corak cartoon yang comel tu untuk anak-anak...untuk buat bag & pencil case..
corak bunga-bunga nak buat shopping bag @ make-up bag untuk ibu
bag & pencil case
Untuk merealisasikan nya ..(betul ke ejaan) malam tu jugak gunting kain (simpan, takut tak buat) ...untuk Sofiya pakai ke sekolah untuk exam besok.. Letakkan poket didepan untuk letak pencil case atau buku.

Suka hati dia sebelum pergi sekolah hari nie ...ibunya pun suka dapat mengembirakan dia...

Monday, October 18, 2010

Peasant Blouse ~ 1

Peasant Blouse ni yang pertama saya cuba..
Tinjau2 blog terjumpa tutorial dlm blog,  My.Crazyart Zone (tutorial yang mudah & senang faham)
Sambil tengok blog sambil mengunting..
Mula2 rasa cuak jugak..jadi ke..
Alhamdulillah ..jadi & siap juga blouse untuk dua anak gadis saya nie..
lepas ni nak buat lagi..dengan tambahan disana sini..:)



Monday, October 11, 2010

Si comel ...






Mood Amelin baik hari ni..tapi tak nak tangkap gambar ngan kakak..nak sorang-sorang je..macam2 Amelin!
Layan jelah gaya si comel nie..

Baju yang Amelin gayakan ni..buat masa akhir2 syawal kelmarin..untuk jalan2 raya malam tu..
Comel sangat coraknya...ada gambar princess, cakes & gifts ..
Sebab masa yang suntuk...tapi nak buat dress baru jugak..buatlah dress sexy nie..tapi pakailah ngan cardigan  ..Cuma kali ini buat labuh & reben besar di belakang untuk Amelin dan untuk Sofiya, paras lutut..ingat nak jahitkan renda di bawahnya..tapi tak sempatlah..renda pink pun dah habis stok...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...