Monday, January 24, 2011

Peasant dress ~ Kelabu


Qistina
Sofina
Nabila
Ketiga-tiga pleasant blouse, milik anak-anak buah..
Kainya hanya 1 meter untuk Sofina & Qistina..dan 1.5 meter untuk Nabila
Jadi kena berhati-hati mengunting....takut tersalah gunting..tak jadilah baju sedondon nanti..
Untuk Nabila & Qistina, peasant blouse untuk digayakan dengan lengging..untuk Sofiya Peasant dress..
Alhamdullilah siap semuanya ..:)


Thursday, January 20, 2011

Versi Amelin

Inilah gaun hitam putih versi amelin comel..
Sebenarnya nak buat lebih kurang sama design dgn kakaknya, gaun berlengan..
alih-alih yang seksi jugaklah Amelin punya..
Ini angkara sibuk membawa kain ke offis untuk mengunting tapi ukurannya tinggal kat rumah..huhuhu..
Akhirnya..ikut ajelah design gaun contoh yg dibawa bersama..nasib baik Amelin tak kisah..:)
Yang sama dengan kakaknya cuma bahagian reben je.. dan saya tambahkan manik berwarna hitam di bahagian dada..
Amelin memang sesuai pun pakai baju seksi macam ni..barulah boleh nampak tubuhnya yang montok tu..heheh

Gaun hitam-putih Sofiya

Projek gaun pertama - Januari 2011, utk Sofiya,
Utk tahun 2011, saya ingin mencuba design baru yg sofiya tidak ada sebelum ni..
Jadi saya guntingkan gaun berlengan & bergetah ,bertebuk bulat memanjang dan bereben putih


Guna stok kain cotton yang sedia-ada..cukup utk buat dress Sofiya & Amelin..
takde warna kelabu, cuma berbunga hitam & berlatar putih..

Tapi bila dah siap memasang reben putih..
Nampak macam janggal pulak..???


















Saturday, January 15, 2011

Januari yang kelabu..

Kelabu di bulan Januari ?.manalah ada kan..hehe...
Sebenarnya adunan warna kelabu...bersama hitam & putih, adalah tema warna jahitan saya pada bulan Januari..warna-warna lain tidak dilayan..hehe.
Fabrik dari jenis English Cotton & Japanse Cotton..
Sebenarnya, warna-warni ni tema pertunangan adik bongsu saya, Nurul Nadiah, pada awal  Februari 2011 nanti ..InsyaAllah..
Jadi kami sekeluarga termasuklah anak & anak buah berdondon-dondonlah memakai baju bertema ni nanti..
Yang memikul galas menjahitnya..tukang jahit jugak..saya & mak lah..hehe
Kelabu jugaklah biji mata....:)


Selesai je  projek kembali ke sekolah minggu lepas..saya pun mulalah menggunting & menjahit kain-kain diatas...nanti kita tengok hasilnya...tunggu!!!

Thursday, January 6, 2011

Kembali ke sekolah ~ 4




Pencil case berbunga hitam putih ini bersaiz  : 11 inci x 6.5 inci,
berlinen kain hitam & berlapik kertas gam didalamnya..

Saya buatkan utk anak buah, Hafizah Khairiah yang sedang belajar di Kolej..
Saya besarkkan saiznya dari biasa , sebab katanya nak letak banyak benda termasuk calculator sekali dalam tu..:)

Tuesday, January 4, 2011

Kembali ke sekolah ~ 3

Projek wajib akhir tahun..baju uniform sekolah Sofiya
Sejak Sofiya tadika hinggalah sekarang baju kurung sekolahnya saya sediakan sendiri..
Lebih jimat, lebih sepadan saiznya walaupun memenatkan juga..:)

Biasanya, kain untuk buat uniform Sofiya saya beli awal cuti sekolah lagi..
biasanya juga...(selalunya) last minute baru siap..
samalah juga tahun ini..
Alhamdullilah... siap juga..:)


berseri2 hari pertama ke sekolah..

Monday, January 3, 2011

Kembali ke sekolah ~ 2

Sebelum ni tak pernah lagi buat pencil case utk budak lelaki..
Pada fikiran saya, mesti coraknya nampak kelelakian ..mestilah nampak macho.. :).
takan nak pakai corak bunga2 & polka dot pulak..:)
supaya taklah nampak janggal & segan untuk Haziq Haiqal memakainya
 Cari & cari...akhirnya terjumpa di Kamdar
Buat utk Haziq Haiqal, anak abang yg sulung..satu utk sekolah kebangsaan & satu untuk sekolah agama..
Inilah hasilnya..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...