Wednesday, May 1, 2013

Masak Lemak Cili Api Udang & Pucuk Paku

Assalamulaikum

Hari ni saya "terjumpa' udang yg bersaiz XL dipasar...selalunya kalau ditanya hb..jawapan sama..masak lemak cili api..tapi hari ni saya masak dengan pucuk paku..sayur favourite saya...

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang & Pucuk Paku
Bahan-bahannya :-

  1. 500 grm udangbersaiz besar
  2. 23 biji cili api @ padi (boleh kurangkan, jika tak nak pedas) *
  3. 1 ulas kunyit *
  4. 1 ulas bawang kecil * (bahan * diblend atau ditumbuk lumat)
  5. 2 batang serai (diketuk sedikit)
  6. 1 liter santan pekat (saya guna dari 11/2 biji kelapa yg kecil)
  7. 1 keping asam keping
  8. 1 ikat pucuk paku (ambil bahagian batang yg lembut saja)
  9. garam secukupnya
Cara menyediakannya :
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
  • Masukkan juga udang yang telah di basuh ke dalamnya..masak sebentar..
  • Masukkan santan dan garam..kacau hingga mendidih.
  • Bila sudah mendidih...masukkan pucuk paku & asam keping
  • Bila pucuk paku sudah masak..tutupkan api & hidangkan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...