Saturday, July 30, 2011

Butter Pancake


Sarapan hujung minggu ni sungguh ringkas & mudah ..cukup untuk alas perut sementara makan tengahari...anak-anak memang suka makan pancake ..kalau Amir Ashraf boleh 3 keping sekali....tapi suami tercinta lebih minat makan style melayu..makan kuah durian ..lebih enak!..
Apa2 cara memakannya ...resepi dari Che Mat Gebu ni memang sedap & gebu .. sampai ke petang pun masih kekal kegebuannya...:)

Bahan-bahan :-
 
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
1 cawan susu segar
Secubit garam halus
Mentega, strawberry dan sirap maple untuk dimakan bersama pancake

Cara Menyediakannya :-

  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan  kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau hingga rata.
  3. Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama mentega, strawberry dan curahan sirap maple



    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...