Wednesday, December 19, 2012

Selamat Datang Ammar Nufael

Assalamulaikum..




Alhamdullilah..Syukur pada Allah s.w.t yang telah anugerahkan seorang lagi cahayamata. Memberi kesihatan yang baik masa mengandung dan memudahkan saat melahirkan nya pada 18 December 2012..jam 10.10 mlm.

Semoga Allah memberkati sepanjang hidupnya..amin.

Friday, November 30, 2012

Kelengkapan Bayi

 Assalamualaikum...
 
Alhamdullilah siap jugak projek buat 1 set kelengakapan utk baby nanti ..2 batal peluk, 1 bantal & 1 sarung tilam....2 meter kain cukup untuk kesemua projek ni.
Tak sabar nak tengok si empunya diri....:)


Tuesday, October 16, 2012

Pink Dress



Assalamualaikum

Minggu lepas saya buat kan 2 helai Peasant Dress warna pink  ini saya buatkan utk Sofiya & Amelin... 2 meter kain cukup- cukup untuk buat dress ni &  dipakai dengan lengging warna yg sama....Alhamdullilah tak sampai beberapa jam siaplah dress yg simple ni..:)

Monday, October 15, 2012

Happy Birthday Sayang..


Happy birthday sayang .... pada mata saya masih tetap nampak muda & masih tetap encem...:)

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki & diberikan kebahagian hidup didunia & akhirat...semoga saya dapat bersama-sama hidup dengannya di dunia & akhirat...amin


Tuesday, October 9, 2012

Murtabak Maggi


Menu kegemaran anak-anak yg paling2 Amelin, bila sebut nak masak murtabak..suka sangat dia...1 adunan ni dia boleh habiskan sorang..:) Resepi asal dari blog Che Mat Gebu tapi hari ni saya tukarkan sedikit ramuan asasnya dari daging ke sardin...kebetulan sambal sardin ada berbaki beberapa ketul...Resepi ringkas & mudah sangat nak buat & CMC siapkan sekali resepi bawang jeruk, yang ni saya tak buat..cuma makan dengan sos cili je..:)



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mee segera MAGGI perisa kari
2 biji telur
150 g daging cincang (saya ganti dengan 2 ketul sardin & 2 sudu sambalnya )
1 biji bawang besar, cincang
1 cm halia* (sy tak letak)
1 ulas bawang putih*(*tumbuh lumat)
1 camca teh rempah kari daging
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam (sy tak letak)
1 camca besar mentega
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN BAWANG JERUK :-)
1 biji bawang besar
1/4 cawan cuka makan
1 camca besar sos cili
1 camca besar gula
Secubit garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JERUK BAWANG :- Bawang besar, dikupas, cuci dan hiris halus2. Satukan bersama cuka makan, cili sos, gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan simpan dalam peti sejuk 20 - 30 minit.
  2. UNTUK MERTABAK MAGGI :- Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut, toskan dalam tapisan dan biar sejuk. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga perang, masukkan rempah kari, perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. Tambah hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. Matikan api.
  3. Dalam satu mangkuk, masukkan 1/2 bahagian mee, 1/2 bahagian daging dan 1/2 bahagian hirisan daun bawang, gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  5. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 dan hidangkan bersama bawang jeruk, kalau ada kari dhal pun sedap, nak hidang dengan cili sos atau thousand island sos pun boleh.....Selamat mencuba yeaaa..

Sunday, October 7, 2012

Projek Roti : Roti Inti Kelapa & Roti Krismis

Assallamualaikum...

Fuhh..lama betul breadmaker saya bertapa...hehe...berbulan-bulan lamanya..nasib baiklah boleh berfungsi lagi..hari ni baru teringin nak merasa sendiri roti inti kelapa yang lama saya idamkan..nak beli di kedai inti kelapanya tak segelap & sesedap buat sendiri :P...
..Selepas lama tak meroti..bahan-bahan roti pn dah expire...hari ni kes nak mendera breadmaker..adun terus 1 kg tepung high protein / tepung roti...inilah hasilnya..
2 loyang roti inti kelapa & 1 loyang roti krismis
 Setelah siap dibakar....hasilnya cukup untuk stok seminggu..





buahtangan - sepiggan untuk jiran sebelah, mak & mertua
Terima kasih unutk 2 pembantu comel yg baik hati & ringgan tulang menolong...:)

Resepi kedua-dua adunan roti ni  saya gunakan adunan yang sama, cuma tukarkan intinya dari inti kelapa  atau masukkan krismis dalam adunan..
Resepi asal : Dapur tanpa sempadan (Che Mat Gebu)


Bahan Doh :-)
500 g tepung roti
240 ml air
20 g susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
80 g lemak sayur (shortening)
100 g gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh yis segera
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner

Bahan Inti Kelapa :-)
2 1/2 cawan kelapa parut putih (guna kelapa kulit basah)
60 g gula melaka
50 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 - 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK INTI KELAPA :- Gula melaka dipotong kecil2 dan satukan bersama gula pasir dan 1/4 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Tapis air gula tadi ke dalam kuali. Masak hingga gula berbuih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata, masak hingga sedikit kering tapi masih lembap. Gunakan api perlahan.
  3. UNTUK BUN KELAPA:- Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 - 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Menghasilkan kurang lebih 20 biji bun...

Saturday, September 8, 2012

2nd Baju Melayu Ziyadh

Assalamualaikum
 Baju Melayu ke 2 berwarna silver ni saya buatkan untuk majlis kesyukuran ziyadh...masa ni umur Ziyadh dah 2 1/2 bulan.. badannya dah naik gebu sekali ganda dari saiz baju melayu pertamaya...:)

 Majlis kesyukuran ziyadh dibuat di kampung opahnya di Bagan Datuk, Perak...meriah sungguh
Majlis Marhaban

bersama wan & kakngah Sofiya
ibu & ayah Ziyadh
Semoga Ziyadh membesar dengan sihat & membahagiakan kedua ibubapanya..amin

Tuesday, August 14, 2012

1st baju melayu - Ziyaadh

 Assalamualaikum...

Alhamdullilah tahun ni seminggu sebelum ramadan kami sekeluarga menyambut kedatangan orang baru dalam famili...Muhd Ziyaadh Arrayyan lahir pada 16 july 2012 ...baby comel kepada adik bongsu Nurul @ makcik...
Raya tahun ni sempatlah juga saya siapkan sepasang baju melayu  oren sedondon dengan ibu & ayahnya...
Yang susahnya waktu nak guntingnya...sebab tak penah lagi buat baju melayu sekecik ni...nak mengagak besar pesak, lengan & seluar...jenuh jugak !! .tapi nak menjahit senang & cepat siap...

Tapi bila tengok ziyaadh pakai..Ya Allah comelnya dia !!!

Saturday, August 4, 2012

Baju Kurung Raya - 2

Assalammulaikum...

Alhamdullilah...siap jugak baju kurung polka dots warna coklat ni...suka sangat dengan coraknya...berkaki bercorak renda...senang sikit kerja ibunya...tak payah jahit manik & letakkan renda lagi sebab coraknya dah sarat...kain ni saya beli di Jakel...murah je RM 8.50 semeter...untuk baju kurung Sofiya & Amelin cukup 5 1/2 meter.....

InsyaAllah, lepas ni tinggal nak menjahit baju kurung raya sedondon warna merah pulak....:)

Tuesday, July 17, 2012

Baju kurung raya - 1

Assallamualaikum..
Add caption
 Sebelum masuk ramadan saya dah siapkan sepasang baju kurung biru ni untuk Sofiya & Amelin...yealah..takut kalau tak sempat nak buat berpasang-pasang lagi..

Baju kurung pesak ni saya jahitkan renda bersulam yang ready made...cuma jahit & lekatkan batu2 permata yg siap bergam..cuma perlu iron je...siap..



Kalau ada kesempatan...nak jugak buatkan sepasang dua lagi..InsyaAllah..:)

Saturday, March 31, 2012

Pink Roses


Lama jugak cuti menjahit baju Sofiya & Amelin...tiba-tiba datang angin rajin utk buat 2 baju anak dara ni.. :)
kain berbunga sweet sgt pada mata saya..jadi saya dulukan menjahitkan...4 1/2 meter cukup untuk buat 2 gaun ni..sama design, sama color renda & sama riben cuma saiz je yg lain..:)


Thursday, March 29, 2012

Baju Kurung ~ Dayana



Sepasang baju kurung warna pink & sehelai kain lipat depan ni saya jahitkan untuk Puteri Nur Dayana, anak buah saya..
...saiznya badanya & tinggi lebih kurang Sofiya, jadi senang untuk mengagakkan saiz bajunya  & baju kurung ni saya buat sama seperti  fesyen baju Sofiya berwarna turqoise dulu seperti yang dimintanya..:)

Saturday, March 10, 2012

Baju kurung tebuk V

tetap comel..:)

Terkejut & nak tergelak pun ada bila dpt baju kurung tabika sekolah Amelin dari cikgunya..
Kreatif sungguh orang yg buatnya...tak penah lagi seumur hidup tengok baju kurung pesak bertebuk V...ibu2 kat tabika pun komplen camnalah boleh boleh jadi fesyen camni...
Tak sampai hati  bila tengok Amelin pakai...kesian..:(
Seminggu Amelin pakai..saya buatkan sepasang baju kurung baju baru utk dia..carikan kain yang sama warna (nasib baik jumpa).....kainnya pun saya buatkan jugak..sebab ukuran pinggang kain lama terlalu sendat untuk Amelin...




Friday, March 2, 2012

Cuti

 Assallamualaikum

...dah beberapa minggu badan tak berapa sihat..
awalnya Amelin yang demam..3 hari jugak menjaganya..takmau makan, taknak tengok tv..peninglah ibu.. kesian..rasanya kalau bolehlah dipindahkan demam tu..
Betul..lepas Amelin baik..ibunya pulak yang demam..tak penah diserang demam selama ni..seminggu demam, batuk & selsema..seminggu lagi batuk & selsema tak hilang lagi..suara pun garau...tak semerdu dulu..(hehe)..
Alhamdullilah..walaupun begini..tetap bersyukur kerana boleh bernafas lagi..bila didugakan dengan dugaan kecil ni..dah terasa sakit-sakit badan..bagaimanalah sakit di ambang siratulmaut..

Alhamdullilah..masih diberi peluang menjalani hidup yg di pinjamkan sekejap ni...syukur!

Tuesday, February 7, 2012

Pencil Case - Denim

Pencil case denim ni projek  kecil minggu lepas.rasa besar hati dapat menyiapkannya..:)
lepas ni teringin nk buat untuk sendiri punya pulak..:)

Pencil case denim ni saya gunakan ;-
2 keping kain, denim & cotton (lapik dalam)  ;.berukuran 11.5 inci lebar x 7.5 inci panjang 
zip berukuran 10 inci panjang &
1/2 meter reben

 

Thursday, February 2, 2012

Popia bersira pedas !


Popia antara kuih favourite saya ..semuanya jenis samaada popia basah, popia goreng biasa & berkuah & popia sira pedas..semuanya suka..semuanya sedap..:P
lama rasanya tak buat popia..kulit popia yg asalnya nak buat murtabak mini..ditukar resepi ke popia goreng & bersira pedas..saya buat kedua-dua sekali sebab taktau nak pilih yg mana lebih sedap...lebih-lebih lagi di waktu petang masa perut berkeroncong..:)


Bahan-bahan
  • kulit popia secukupnya
  • Utk Inti
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil
  • taugeh
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 10 ekor udang - dibuang kulit & di potong kecil
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula sedikit
  • Utk Sambal Sira
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula
  • garam
  • bijan sangai
Cara-cara
  • Utk Inti - tumis bawang besar hingga naik bau. masukkan udang. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa & gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  • Utk Sambal Sira - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat dan kering. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!
Jemput makan..:)

Wednesday, January 25, 2012

Sweet Raisin Bread

Hari ni setengah hari di dapur, lepas masak breakfast ke lunch pulak ..
Lepas selesai lunch, terus kejutkan BM yg telah lama berehat panjang.. tolong, buatkan roti untuk ke rumah mak & mak mertua petang ni..:)
Resepi doh ni saya gandakan 2 , untuk dapatkan hasil yg banyak, (dpt 5 tray roti)..dari  4 jenis roti ..antaranya Raisin sweet bread ni..yg paling ringkas & senang nak siapkan , cuma leperkan di keseluruhan loyang dan ratakan gula & raisin/ kismis di permukaan...

Resepi ; Raisin Sweet Bread  (4-5 biji)

Bahan-bahan :

  1. 500grm tepung roti
  2. 240ml air
  3. 20grm susu tepung
  4. 1 biji telur
  5. 100grm gula halus
  6. 80grm lemak sayur (shortening)
  7. 1 sudu teh garam halus
  8. 2 sudu teh yis
  9. 1 sudu teh bread improver
  10. 1 sudu teh bread softerner 
  11. Kismis & Gula secukupnya (topping)

Cara membuatnya :
  • Campurkan semua bahan doh dan gaul uli sebati kecuali shortening
  • Masukkan sedikit demi sedikit shortening..uli hingga kenyal dan tidak melekat di tangan
  • Biarkan doh berehat selama 1 jam (**cara lain mengunakan bread maker machine)
  • Selepas 1 jam..tumbuk2kan doh dan leperkan ikut permukaan loyang, taburkan gula & kismis secukupnya di permukaan roti
  • Rehatkan 45 minit lagi..selepas tu bolehlah dibakar pada suhu 170c selama 20-25 minit

Roti ; Chocolate Chip, kaya & Sweet Raisin
Roti berenti kelapa  dpt 2 tray..:P

Sunday, January 22, 2012

Black & White


Seronoknya hujung minggu ni kan ;  cuti hujung minggu + chinese new year =.4 hari ..:)
macam-macam plan nak menjahit, alih-alih hanya siapkan 2 bantal ni...2 buah kusyen & covernya..jadilah ..:)


Buka semula 2 bantal lama yg dah kempis, keluarkan span/ gabus di dalamnya..buatkan 2 sarung kusyen dari kain cotton berwarna putih saiz 17 inci panjang x 17 inci lebar dan masukkan semula gabus dari bantal lama ke kusyen baru...& buatkan 2 sarung kusyen bercorak hitam putih pada saiz yg sama ...


tak sampai 1 1/2 jam siaplah  dah kusyen & covernya sekali...utk hiaskan bersama sofa di bilik menonton tingkat atas rumah ..suka..;)

Baju kurung & renda


Baju kurung berbunga  kecil, hitam putih  ni saya buatkan untuk Sofiya & Amelin padankan dengan baju kurung saya pada warna yg sama ni...


 ..awalnya cadang nak buatkan gaun..tapi bila fikirkan baju kurungnya hanya sepasang sorang je yg sempat saya buat  pada raya lepas..jadi saya buatkan sepasang lagi baju kurung kain cotton ni..



jahitkan  renda (biasanya saya jahitkan pada gaunnya )sebagai hiasan di bahagian bawah baju kurung Amelin & Sofiya...comelkan..:)



Wednesday, January 11, 2012

Homemade Chicken Nugget



Resepi homemade Chicken Nugget ni saya buatkan untuk breakfast anak-anak ke sekolah esok..Nilah 1st time buat nugget sendiri..takut jugak camnalah rasanya...:)
 Alhamdullilah..jadi dengan jayanya..yeahhh!!..banyak jugak hasilnya lebih dr 1kg...& lebih berkhasiat sebab diadunkan sekali taufu didalamnya ...tq kepada empunya resepi Ros @ Jintanmanis.com..


Resepi Asal ; Homemade Nugget Taufu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
  1. 400gram daging ayam kisar  (sy guna 4 keping dada ayam yg dicincang halus)
  2. 250gram taufu lembut
  3. 1/2 biji telur
  4. sedikit garam
  5. 200gram serbuk roti warna putih (ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
  6. lada sulah
  7. 2 sudu kecil baking powder
*Untuk Coating*
  1. 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
  2. 180gram serbukroti warna oren

Cara-Caranya

1. Taufu diletakkan dalam bekas berlubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.

2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.

3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.

4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...