Monday, August 1, 2011

Sotong Masak Lemak Cili Api

Selamat menjalani ibadah puasa & semoga puasa kita di terima Allah s.w.t


Alhamdullilah bertemu lagi bulan ramadan..hari pertama iftar ni, saya mengambil peluang cuti..anak2 pun hanya bersekolah satu sessi je..
Syukur Amir & Sofiya dah biasa berpuasa..sejak dari umur 6 tahun lagi, jadi tiadalah banyak keluhan..
Menu berbuka hari ni simple je..masak lemak sotong & kacang buncis..Sebenarnya lebih teringin nak letak kacang botol tapi tak jumpa pulak kt pasar tadi...
Jom kita tengok resepinya..:)

Bahan-Bahan :
  1. 500grm Sotong  (dibasuh & saya disumbatkan bahagian kepalanya )
  2. 20-30 biji cili api *
  3. 1 biji bawang merah kecil *
  4. 1 biji kunyit hidup *  (semua bahan bertanda * dikisar bersama dengan 1/2 cawan air)
  5. Santan Kelapa ( 1 - 1 1/2 biji kelapa di perah dengan 1 liter air )
  6. 1 batang serai
  7. 10 Kacang buncis (boleh gantikan sayur lain yg sesuai seperti kacang botol & kacang panjang)
  8. Garam secukup rasa
 Cara Menyediakannya :-
  • Masukkan sotong, serai  & bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk.
  • Masakkan sebentar hingga air sotong kering atau  bahan kisar tadi sebati dengan sotong
  • Masukkan santan kelapa & garam, masaklah hingga kuah mendidih  (kacau selalu )
  • Masukkan kacang..biarkan sebentar hingga masak..sap..:)
makan bersama ikan goreng
Lauk-pauk & Roti.. menu berbuka hari ni..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...