Wednesday, December 22, 2010

Happy Birthday Amir Ashraf !




22hb December 1999, hari lahir Amir Ashraf
Pejam celik dah 11 tahun umur Amir

Masih segar terbayangkan wajah comelnya ketika itu.
Semua orang yang melihatnya mengatakan wajahnya persis ayahnya..
Malah sifatnya pun banyak mewarisi sifat ayahya...penyayang,  penyabar & sensitif
Dan mewarisi sifat ibu..kreatif & teliti..
Sentiasa mendoakan hidupnya dirahmati Allah dan diberikan petunjuk jalan yang lurus disepanjang hidupnya..
Semoga dia menjadi penghuni syurga....

Saturday, December 18, 2010

Kembali ke sekolah ~ Projek 1


Alhamdullilah..seronok ! dapat siap 5 helai pencil case ni,
paling seronok apabila berjaya menghasilkan nya dari tutorial dari blog,
maknanya bertambahlah ilmu ..:)
Suka pada design pencil case ni...berbentuk kotak, berzip & berlinen didalam.
Yang paling saya suka ; boleh campurkan 2 helai kain berlainan corak dalam satu.
Ini semuanya untuk anak2 & anak2 buah...sebenarnya masih tak cukup lagi.(maklumlah anak + anak buah = ramai )
Kerana masa terhad dan baju sekolah Sofiya pun belum siap lagi...:0
Oklah tu...sebagai percumaan dan dapat siapkan 5 helai ......Yahoo.. !!

Monday, December 13, 2010

Peasant Dress - Merah

Biasanya saya buat  2 baju yg sama untuk Sofiya & Amelin..macam kembar !

Sama kain, sama design, lebih kurang sama saiz cuma labuh je lain (sbb kakaknya lebih langsing ).
rasanya sejak  Sofiya ada Amelin...
mungkin satu masa berubah..bila Sofiya dah terasa malu utk pakai sedondon dengan Amelin..
tapi buat masa sekarang bila saya tanya Sofiya..jawapan nya masih: ; suka !.



Sunday, December 12, 2010

Untuk ~ Qistina

2 helai peasant dress untuk Qistina ...si comel 2 x lebih tembam dari Amelin..:)


Yang pertama - corak polka dots
Letakkan renda hitam bercorak di bahagian depan

Buatkan pendek sedikit sebab Qistina nak bergaya dengan legging
tambahkan juga riben dan butang berhias di lengan nya


Yang kedua...peasant dress guna kain yang sedia ada..:)

~sorry ! jurugambar tak profesional..gambar kaki yg menumpang sekaki pun ada ..hehehe




Thursday, December 2, 2010

Uikk !! bila nak habis ..

Fabrik warna putih & berbunga rose pink ni dah lama saya beli & tak tau berapa meter saya beli pada masa tu..(sampai dah hilang ingatan..hehe)
Yang pelik nya selepas buat 3 helai ; 2 helai peasant dress & 1 helai sun dress..
masih banyak lagi baki kain ye...
agaknya apalah projek yang saya fikirkan  nak buat masa tu..:)
Gaun tidur ( Pleasant dress) utk Amelin & Sofya

Sundress utk Amelin sorang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...