Sunday, June 23, 2013

Resepi Kek Pisang

Assallamualaikum..

Kek pisang ni, Sofiya yang buatkan saya cuma perhatikan sukatan bahannya saja..selebihnya dari memukul telur hingga tuang ke adunan, dia yg buat sendiri. Kek pisang dibuatkannya dalam bentuk kek cawan..lebih comel , mudah nak makan & lebih senang nak simpan jika berbaki...
Resepi kek pisang yang mudah ni saya ambil dari blog Myresepi dari Umie, Alhamdullilah hasilnya memang sedap.Terima-kasih kakak !



Bahan-bahan ( - )
  • 4 biji pisang sederhana besa r(saya guna pisang emas)
  • 3 biji telur sederhana besar (saya guna gred B)
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • secubit garam
Cara-cara 

  • Pukul telur dan gula hingga kembang
  • Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
  • Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi 
  • Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
  • Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak (saya gunakan acuan kertas kek cawan)
  •  Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak (jika guna acuan kek cawan bakar 15-20 minit)

Friday, June 21, 2013

Gaun dari kain Lycra

 

Assallamualaikum.

Alhamdullilah, siap sudah 2 helai gaun labuh & berlengan panjang tempahan dari seorang kawan untuk 2 orang anak gadisnya. Gaun ni dari fabrik lycra, kain yang berat & beralun ...cantik bila dibuat gaun
Sebelum ni tak penah lagi menjahit gunakan fabrik ni..mulanya saya fikirkan tak boleh mengunakan mesin jahit biasa seperti yg saya gunakan..tapi tak rupanya..cuma tak boleh rengangkan kain semasa menjahit.
Lepas ni bolehlah guna fabrik yang sama untuk gaun Sofiya & Amelin :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...