Powered By Blogger

Thursday, December 22, 2011

Selamat Hari Lahir Amir Ashraf !


Selamat Hari Lahir yang ke 12 tahun, Amir Ashraf
Semoga Allah sentiasa merahmati, melindungi & memberi petunjuk sepanjang dalam hidup Amir..
Dan semoga banglong bahagia didunia & akhirat..Amin..
Ibu, Ayah, Kakak & Adik sayang banglong..:)

Monday, December 19, 2011

Baju Kurung Polka Dot


Selalunya corak polka dot ni saya buatkan gaun, dress & skirt untuk kanak-kanak riang..
Tapi  rasa teringin pulak nak buat baju kurung untuk meriangkan diri sendiri..hehe
Sungguh teruja nak mendulukan kain ni..nampak unik..:)
..dengan corak polka dots yang "berkaki", harus di potong kain ikut ira melintang..supaya corak yg "berkaki" tu berkumpul di bahagian bawah baju & kain..

Baju Kurung Pesak Pahang

Kain Potongan A
Alhamdullilah..
Magiknya bila perasaan teruja tu dah datang..2 hari dah siap...(klu tak berhari2 lah tak siap-siap)..:)

Saturday, December 10, 2011

Kek Pastry Buah-Buahan Campuran

Teringin nak mencuba kek yg lain dari biasa saya buat..jengok2 dapur tanpa sempadan CMG..terjumpa resepi Kek Pastry Buah-buahan Campuran yg melimpah dengan buahan campuran....nampak sungguh mengoda!..terus mencuba resepi ni..walaupun resepi asalnya mengunakan buah segar saya  gantikan dengan buah campuran dalam tin sebab takde stok..tapi rasanya tetap sedap & tak rugi mencubanya..:)



 

BAHAN-BAHANNYA :-)

100 gram mentega
150 gram gula kastor 
3 biji telur, dipukul sedikit
60 ml susu cair*
1 camca teh bes minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
210 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder
500 gram campuran buah2an segar digaul dengan 2 camca besar gula halus( strawberry, blueberry, peach, kiwi, pisang atau apa2 buahan yang kurang berair) 
(saya gantikan dengan buah-buahan campuran dalam tin)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak dan lebihkan sedikit kertas tadi pada kiri dan kanan tin. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula dan bancuhan susu + oren sunquick hingga kembang. Masukkan telur dan putar hingga sebati. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + baking powder tadi, gaul rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Tabur buah2an atas permukaan adunan, jangan tekan, jika guna buah2an pelbagai warna, susun ikut kreativiti anda. Bakar 60 - 70 minit hingga kek masak. Kalau permukaan buah2an nampak perang tapi kek belum masak, tutup dengan aluminium foil dan bakar kek hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya. Ayak gula aising jika suka sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba.

Sunday, December 4, 2011

Santai @ Avillion Admiral Cove, Port Dickson

December 2 & 3, 2011.

2 hari 1 Malam kami  bersantai di pantai Port Dickson...Dekat je,tak sampai 1 1/2 jam perjalanan dari Petaling jaya sampailah di hotel penginapan di Avillion Admiral Cove, Batu 5 1/2 Teluk Kemang Port Dickson..
Cantik hotelnya & Cantik jugak permandangan sekitar hotel ..indah & damai !!
Anak2 teruja & mak & ayah pun tumpang sekaki..:)

Marina Bay


tukang kemas bilik..:)



Nasi kukus &Ayam Panggang Berempah di Cowboy Place
ibu..dah penat !!

Daging Hitam Manis..

Assallamualaikum..
Menu lunch yang simple je hari ni.. saya masakkan 2 lauk je..cukuplah utk kami berempat..tanpa suami yg berkursus hari ni.. 
Daging Hitam Manis ni kesukaan anak-anak..sebab rasanya seimbang antara pedas & manis dari kicap...sedap jugak bila dimakan dengan roti atau nasi impit..:)

Sup sayur & Daging Hitam Manis
Daging Hitam Manis
Bahan-bahan

  • 500gm daging batang pinang (hiris nipis ) *
  • 1 sudu campuran serbuk jintan manis, jintan putih & ketumbar & serbuk kunyit (digaul & perap dengan bersama daging dan digoreng 1/2 garing)
  • 2 biji ubi kentang -dipotong berbaji dan digoreng
  • 3 biji bawang putih *
  • 3 biji bawang kecil  * (* ditumbuk hingga lumat)
  • 10 sudu makan cili kisar (boleh ditambah / kurang ikut suka)
  • kicap manis secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak dan garam secukupnya

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, goreng daging sebentar & ubi kentang sehingga perang dan toskan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu, masukkan cili kisar.
3. Masak cili kisar hingga terbit minyak & masukkan daging, kacau dan biarkan sekejap.
4. Masukkan kicap dan gaul rata dan masukkan sedikit air
5. Masukkan sedikit garam (jika perlu) & ubi kentang
6. Biarkan sekejap sehingga kuah menjadi pekat, baru di angkat. Siap untuk dihidang..:)

Friday, November 25, 2011

Roti Arab


Roti Arab ( Sumber resepi dari Kak Fiza @ Myresepi.com)

Bahan A
  1. 5gm yis kering
  2. 1/2 sudu besar gula
  3. 1/4 cawan air

Bahan B
  1. 250gm tepung gandum
  2. 1/2 sudu besar gula
  3. 1/2 sudu kecil garam
  4. 1 sudu margerin/butter
  5. 100 ml susu cair/ aku guna susu segar
  6. Minyak untuk menggoreng(deep fry)

Cara Menyediakannya
  • Bancuh bahan A dalam sebuah mangkuk- ketepikan (10-15 min) biarkan yis kembang
  • Gaul tepung, gula,garam dan butter hingga sebati, masukkan bancuhan yis(bahan A)..gaul rata.
  • maskkan susu sedikit demi sedikit hingga adunan boleh diuli...jika adunan melekit, jangan tambah tepung...biarkan sahaja. Perap selama 1 jam atau hingga adunan mengembang.
  • Bila adunan sudah kembang, tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap. bahagikan doh kepada 8-10 bahagian.
  • Canai kesemuanya anggaran setebal lebih kurang 1/4 cm. Susun di atas tray yang telah ditaburkan tepung.
  • Goreng dengan minyak yang banyak...ketika menggoreng simbah-simbahkan bahagian atas roti dengan minyak panas untuk mengelembungkannya...angkat roti arab bila dah kekuning-kuningan...

Thursday, November 24, 2011

Sarapan apa pagi ni ??

Assalamualaikum..
Sarapan apalah nak dibuat apa pagi ni??.soalan biasa yg bermain-main difikiran..biasanya saya dah jenguk-jenguk dulu stok di peti sejuk & almari sebelum masuk tidur..mengintai-intai idea untuk memasak pagi esok. tambahan pulak anak-anak cuti sekolah..haruslah memasak lebih dari biasa..jom tengok2 menu sarapan  ringkas sempat saya buat minggu ni..mana tau boleh bagi idea pada puan-puan untuk buat sarapan esok...:)

Nasi goreng Cina dengan crab stick..favourite Amelin ni.

Nasi goreng kampung..favourite hb, amir & sofiya..

Kalau terlebih masa sikit..buat nasi lemak

Burger..dipagi hari..biar betul?..:)

Roti Arab bersama kari sardin..
Resepi roti arab boleh lihat di sini

Maggie goreng..favourite Ibu & Amelin.

Thursday, November 17, 2011

Syukur Alhamdullilah

Keputusan UPSR 2011..

Ya Allah..segala perasaan bercampur baur hari ni..rasa berdebar..seram sejuk menunggu keputusan  UPSR Amir Ashraf..
memang dah saya siapkan perasaan ni supaya tidak terlalu mengharap keputusan yang cemerlang pada Amir Ashraf..takut saya kecewa dan buatkan Amir lebih lagi kecewa..
bila Pengetua Sekolah Rendah La-Salle Petaling Jaya mengumumkan hanya 7 pelajar saja yang mendapat 5A...saya rasakan Amir mungkin tidak tersenarai..
Bila disebutkan pelajar yg dapat 5A naik ke pentas..pelajar pertama yg disebutkan mendapat 5A terus naik ke atas pentas..Amir Ashraf pelajar ke-2 selepas tu..disuruh naik kepentas juga. Saya dan suami terpandang sesama sendiri..betul ke ni...??

Tahniah ! semuanya murid 6 Merah.

Bila ketujuh2 pelajar sudah pun berada di atas pentas..saya masih lagi tidak percaya.dan apabila suami sendiri melihat slip nya..

Alhamdullilah tiada kata2 yang terucap..selain Syukur pada Allah,yang menerangkan hati  Amir Ashraf.
Tahniah Amir Ashraf atas 5A utk UPSR dan pangkat JayidJiddan untuk PSRA.Terima kasih kepada guru-guru yang mendidiknya..Allah saja yg dpt membalasnya..
Moga Allah membuka jalan yg terbaik untuk semua anak-anak baik perjalanan dunia mahupun akhirat.Amin..

Tuesday, November 15, 2011

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Assalamualaikum...
Ikan Siakap masak tiga rasa; pedas, masam & manis ni saya masak utk hidangan makan malam.
..teringin bila teringat kesedapan masak tiga rasa ni masa makan  beradap pengantin (Nurul) di perak haritu...:) ..di tambah dengan lauk pengiring yang simple..

Ikan Siakap 3 Rasa


Bahan-bahan
  1. 1 ekor ikan siakap 
  2. Tepung jagung secukupnya
  3. 1 biji telur 
  4. 1 labu bawang besar * (* di hiris )
  5. 2 ulas bawang putih  *
  6. 1 inci halia *
  7. 3 sudu besar cili kering (kepedasan ikut suka)
  8. 3 sudu besar sos tomato
  9. 3 sudu besar sos tiram
  10. 1 sudu kecil sos ikan
  11. garam / gula secukup rasa
  12. Lemon / limau kasturi - perah dan ambil airnya
  13. sayur sampuran - tomato, timun ,nenas (dipotong dadu)
Cara-cara menyediakkannya :
  • Ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam dan kunyit, dilumurkan dengan telur & tepung jagung Goreng sehingga garing
  • Tumis bawang ,cili kering..setelah naik minyak 
  • Masukkan sos tomato & cili,  perasakan dengan garam, jika terlalu garing tambahkan sedikit air ( jika suka berkuah)
  • Masukkan sayur yg telah dipotong dadu tadi 
  • Setelah masak, curahkan kuah ke atas ikan tadi.

Monday, November 14, 2011

Moist Chocolate Cake..pelepas rindu..:)

 
Assalamualaikum..
Lama sungguh saya tidak membuat kek..rasanya semenjak bulan Syawal lagi & semenjak badan dah semakin "sihat" lepas tu..
bila jalan2 kat kedai kek..terpandang kek coklat..rasa macam nak beli seketul..dua..
tak boleh jadilah kan..dari beli seketul dua..baik buat sebijik terus..barulah puas makan..hehe

resepi dari kak umi @ homesweethome..


MOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan:-

  1. 1 cawan tepung kek/tepung gandum*
  2. 1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
  3. 1 cawan gula halus
  4. 2 biji telor gred A
  5. 125 gm butter
  6. 1 sudu teh esen vanila
  7. 1/2 cawan serbuk koko *
  8. 1/2 sudu teh nescafe *
  9. 1/4 cawan gula halus *
  10. 1/2 cawan air panas *
  11. 1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)


Untuk Chocolate Ganache:-

  1. 100 gm coklat masakan
  2. 50 ml UHT Whipping Cream
  3. 1 sudu teh butter


Cara Membuat:-

Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..



Untuk Ganache: Satukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam dan tuang atas kek coklat tadi...

Sunday, November 13, 2011

Mexican Bun


Assallamualaikum..

Menu petang hujung minggu ni..  saya mencuba resepi Mexican Bun dari  Lillyvalley @ Myresepi.com....resepi asalnya boleh tengok disini.. terima kasih kepada tuan punya resepi yg sudi memyumbangkan resepi mexican bun yg sebijik rasa macam di  RotiBoy...:) rasanya lepas ni boleh buat cawangan Roti girl pulak  kt P.J..:)


Mexican bun yg telah di "filling" & naik x2 ganda

Bahan-bahan ( 17 biji bun )


Filling
  1. 200 gm mentega
  2. 1/2 teaspoon vanilla essence
  3. 70 gm brown sugar
Topping
Letakkan topping sebelum di bakar
  1. 200 gm mentega
  2. 160 gm gula icing
  3. 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  4. 1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  5. 200 gm tepung gandum
Doh Roti
  1. 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  2. 2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  3. 20 gm susu tepung
  4. 75 gm gula castor
  5. 3 sudu kecil dry yeast
  6. 1 sudu kecil garam
  7. 1 biji telur- dipukul
  8. 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  9. 60 gm mentega

Cara-cara


  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Sunday, October 30, 2011

Berlipur di Perak

Percutian di Perak ni. saya & suami rancang  lepas Amir Ashraf habis UPSR ..kali ni kami rancang bawa anak2 berlipur di Perak...singgah ke Teluk Batik, menginap di Swiss Garden International Golf & Spa Resort, Damai Laut dan seterusnya ke Pulau Pangkor...semuanya dalam masa 2 hari 1 malam ..  Padat !!..:)

Perjalanan P.J - Kuala Selangor
.suasana perjalanan melalui jalan-jalan kampung sungguh mengujakan,damai & tenang .~untuk org bandar yang tidak berkampung~

Permandangan sekitar perjalanan di Kuala Selangor





Teluk Batik
3 1/2 jam perjalanan dari Petaling Jaya ke Perak sampai destinasi pertama percutian






Taman Hutan Paya Bakau ~ Sitiawan
15 minit perjalanan dari Teluk Batik, kami singgah di Taman Hutan Paya Bakau, Sitiawan..
Terkasima dengan keindahan hutan paya bakau....indahnya ciptaan Tuhan !






Swiss Garden International Golf & Spa Resort, Damai Laut
30 minit perjalanan dari Taman Paya Bakau..melalui ladang estet, hutan & melalui kawasan bukit ..sampailah di hotel penginapan..hilang rasa penat bila tengok panorama indah dari Swiss Garden..





Pulau Pangkor



Sebelum pulang..destinasi akhir ke Pulau Pangkor...menaiki feri 30 minit dari Jeti Lumut ke Pulau  Pangkor...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...