Monday, May 9, 2011

Pulut & Kuah Durian

Kuah @ Serawa Durian & Pulut
Petang Ahad ..bawa anak-anak pusing-pusing, makan angin dalam kereta ..nampak orang jual buah durian kat tepi jalan
Cakaplah dengan Amelin.."geramnya ibu tengok durian tu...
Amelin jawab.."Ibu..durian tu untuk makan bukan untuk geram "
hehe..bijak..bijak..:)..


Ibu tak sampailah hatilah ..belilah 5 biji ..tinggal baki sebiji yang tak habis makan tu buatkan kuah durian & pulut..Kuah durian ni boleh juga dimakan dengan roti...

Bahan-Bahan Kuah Durian :
  1. 1 biji durian, keluarkan isinya
  2. l liter santan
  3. 1 ketul gula melaka @ Gula kabong (di hiris halus)
  4. 1/2 cawan gula (boleh tambah @ kurangkan ikut rasa)
  5. 2 helai daun pandan, disimpul

Bahan-bahan Pulut :
  1. 500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
  2. 350 ml air
  3. 1/2 camca teh garam
  4. 2 helai daun pandan, disimpul
Cara menyediakannya :
  1. Cara memasak pulut  :- Panaskan kukusan. Letak pulut di dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam . Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Gaulkan pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga masak
  2. Cara memasak kuah durian :- Dalam periuk, satukan isi durian (boleh masukkan sekali bijinya @ boleh dibuang) santan, gula , dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam . Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Masak hingga kuah pekat.Bolehlah dihidangkan dengan pulut..:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...