Wednesday, May 18, 2011

Cinnamon Roll

Cinnamon Roll
Cuti wesak hari tu..try buat Cinnamon Roll ni untuk minum petang...ada banyak masa petang tu buatlah roti yg susah-susah sikit....hehe...tengoklah resepi sifu Che Mat Gebu..terus ambil resepi Cinnamon Roll ini....alang-alang dera Mr Bread maker..buatkan terus 2 ganda sukatan dari resepi asal ..

1 adunan buat Cinnamon Roll..& 1 adunan lagi buat Chocolate Chip Bun ...

Alhamdulillah.memang sedap & lembut, terasa cinnamon, manis kismis & ceri ..berbaloi jugak membuatnya..1 adunan Cinamon Roll dapat 16 biji..
.
Cinnamon Roll
Bahan-bahan :
  1. 250 gram tepung roti (high protein flour)
  2. 50 gram gula halus @ gula kastor
  3. 1/2 camca teh garam halus
  4. 10 g susu tepung
  5. 1/4 camca teh bread improver
  6. 1/4 camca teh bread softerner
  7. 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  8. 6 gram instant yeast
  9. 20 g lemak sayur (shortening)
  10. 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Bahan tabur :
  1. 1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
  2. 3 camca besar gula perang (brown sugar)*
  3. 1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
  4. 1/2 cawan kismis & ceri yang di potong kecil


Cara Membuatnya :
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).  
  3. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. 
  4. Akhir sekali ratakan kismis & ceri . Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 16 bahagian sama besar.
  5. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper . 
  6. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. 
  7. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...