Powered By Blogger

Monday, March 21, 2011

Bun Kelapa


Atas permintaan suami tercinta ..bun kelapa ini saya buat untuk minum petang sambil minum teh pada hujung minggu lepas....:)
Intinya saya buat pada paginya. 1 adunan boleh dapat 22 biji bun kelapa..esoknya saya buat lagi guna resepi doh yang sama cuma intinya saya tukarkan kepada seri kaya..:)

Bahan-bahan :
  1. 500grm tepung roti
  2. 240ml air
  3. 20grm susu tepung
  4. 1 biji telur
  5. 100grm gula halus
  6. 80grm lemak sayur (shortening)
  7. 1 sudu teh garam halus
  8. 2 sudu teh yis
  9. 1 sudu teh bread improver
  10. 1 sudu teh bread softerner
  11. Mentega (untuk disapu)
Bahan inti kelapa :
  1. 2 1/2 cawan kelapa (yg muda)
  2. 60 grm gula melaka*
  3. 50grm gula*
  4. 2 helai daun pandan*
  5. 1/2 cawan air*
  6. 1/2 sudu kecil tepung gandum
Cara masak inti kelapa ;
  •  Masukkan kesemua bahan bertanda * bila sudah sebati...tapis airnya
  • Masukkan air gula yang telah ditapis bersama kelapa muda..kacau hingga rata
  • Bila inti kelapa kering masukkan tepung gandum ..masak hingga sebati

Cara membuatnya :
  • Campurkan semua bahan doh dan gaul uli sebati kecuali shortening
  • Masukkan sedikit demi sedikit shortening..uli hingga kenyal dan tidak melekat di tangan
  • Biarkan doh berehat selama 1 jam (**cara lain mengunakan bread maker machine)
  • Selepas 1 jam..tumbuk2kan doh dan bulatkan  (lebih kurang 50g satu)..masukkan inti kelapa di dalamnya & bulatkan semula..
  • Rehatkan 45 minit lagi..selepas tu bolehlah dibakar pada suhu 170c selama 20-25 minit
  • Sapukan sedikit mentega di permukaannya selepas keluar dari oven




    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...