Thursday, March 24, 2011

Blueberry cup cake

Untuk merasmikan blueberry filling..saya jengok2 & intai lagi blog Che Mat Gebu
tapi resepinya telah saya ubahsuai sedikit..ikut citarasa sendiri
buat untuk breakfast Amir & Sofiya ke sekolah esok


Harum bau kek ni..buat anak-anak tak boleh sabar tunggu esok..hehe
Kek yang gebu dan ringgan..tambah pulak rasa masam-masam blueberry...;P
Satu adunan ni boleh dapat 18 biji saiz medium.. .:)

Bahan-bahannya ;

  1. 125grm mentega
  2. 110grm gula kastor
  3. 2 biji telur (saya guna gred B)
  4. 1 sudu teh ovallate
  5. 135grm tepung naik sendiri
  6. 1 sudu besar susu pekat manis
  7. 1 sudu teh esen vanilla
  8. Blueberry filling secukupnya 
Cara membuatnya ;
  • Panaskan oven 175c selama 10 minit
  • Putar mentega & ovallate hingga sebati
  • Masukkan esen vanilla, susu pekat & gula kastor, pukul lagi hingga sebati
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji..pukul lagi hingga rata
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit...hingga sebati
  • Masukkan adunan 3/4 ke paper cup & masukkan 1/2 sudu tehl blueberry jem ke dalamnya
  • Bakar pada suku oven 175c selama 20 minit

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...