Thursday, June 23, 2011

Chicken Chop


Hari ni barulah tertunai hasrat..memasak menu favourite  anak-anak & suami..
...buatkan sebagai menu makan malam & berbuka puasa untuk saya
...lebih kurang 1 jam je masa utk memasak Chicken Chop selapas ditolak masa membeli bahan-bahannya.....;)
Alhamdullilah tepat pada masa berbuka puasa..dah siap 2 hidangan dulu..
dan lepas berbuka sambung buat 2 hidangan lagi..
buatkan juga coleslaw & kentang goreng...
Seronok tengok anak-anak2 makan...jimat & berbaloi bila buat sendiri..:)

Bahan-bahan Chicken Chop ;-

  1. 4 ketul peha ayam (buangkan tulangnya..kalau rajin...:)
  2. 2 sudu besar sedikit tepung jagung
  3. 1 biji telur (pukul sedikit) 
  4. serbuk roti
  5. garam 
  6. sedikit lada sulah & lada hitam
  7. minyak untuk goreng
Cara-cara menyediakannya ;
  • Gaul peha ayam dengan garam, lada sula & lada hitam. Sebaiknya di perap sebentar
  • Salut ayam yg diperap tadi dengan tepung jagung.
  • Kemudian celupkan kedalam telur.
  • Kemudian salut dengan serbuk roti.
  • Akhir skali..goreng lah dengan api perlahan hingga masak
  • Hidanglah dengan coleslaw, kentang goreng, cili sos atau apa-apa yang digemari


  Sos Black Pepper :

  1. 1/2 botol sos lada hitam
  2. 2-3 sudu besar sos tiram
  3. 3-4 cendawan butang (di hiris halus)
  4. 1/2 biji bawang besar di hiris halus) 
  5. 2 biji bawang putih
  6. 1 sudu besar mentega
  7. Air secukupnya
  8. 1 sudu besar tepung gandum
  9. lada hitam (ditumbuk.)..ditambah jika suka lebih pedas..
Cara Menyediakannya
  • Tumis mentega & masukkan bawang besar & bawang putih..hingga layu
  • Masukkan sos lada hitam & sos tiram.& cendawan ..tuangkan air sedikit 
  • Masukkan tepung gandum yg dibancuh dengan air....
  • Rasakan garam..biar kan hingga kuahnya mendidih ..(kuah tidak terlalu pekat & cair)..bolehlah dihidangkan bersama ayam tadi

2 comments:

  1. Wah kak ita dah try buat! Bila pulak lina nak buat ye. HeheWah kak ita dah try buat! Bila pulak lina nak buat ye. Hehe

    ReplyDelete
  2. lina..jimat sangat bila buat sendiri..ayam pun yg besarrr punyee..:) ..trylah lina buat..tak susah sangat..
    p/s ; rindu kt lina..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...