Saturday, June 4, 2011

Bun Pandan Kaya..


Tengahari ni tadi mulakan projek mengadun roti lagi..dah seminggu bread maker berehat!..
hari ni buat 1 adunan..untuk 2 ienis bun 
2 bun ni guna resepi blueberrry finger bun ...1 adunan ni memang boleh dapat 2 loyang lebih kurang 20 biji bun jadi untuk bagai2kan rasa buatlah 2 jenis..bun pandan kaya & bun pandan kismis.

 Bun Pandan Kaya
  1. 380gm tepung high protein (tpg roti)
  2. 3 sudu besar susu tepung
  3. 100 gm gula castor
  4. 1 pkt (11 grm)  yis segera
  5. 1 bj telur gred A
  6. 100ml air
  7. 1 sudu teh bread improver
  8. 1 sudu teh bread softener
  9. 30gm butter
  10. 30gm shortening
  11. 1 1/2 sudu kecil pandan emulco
Topping:
  • seri kaya secukupnya

Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker machine
  2. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  3. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  4. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  5. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  6. Masukkan seri kaya kedalam piping bag dan letakkan  ke atas doh yg dah naik.
  7. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 min atau sehingga masak.
  8. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, pandan emulco, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 6 di atas dan seterusnya.

Masukkan semua bahan dalam bread maker

selesai menguli

doh sedia di bakar

siap untuk dimakan .:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...