Saturday, June 4, 2011

Bun Pandan Kismis

Inilah kembar kepada bun pandan kaya...bun pandan kismis..atas permintaan suami tercinta.:)
resepi asal gunakan water rox..tapi saya tukarkan kepada bread improver & bread softener..tetap lembut & gebu rotinya...Untuk bun ni..saya cuma gunakan separuh dari sukatan asal...

Bun Pandan Kismis
  1. 380gm tepung high protein (tpg roti)
  2. 3 sudu besar susu tepung
  3. 100 gm gula castor
  4. 1 pkt (11 grm)  yis segera
  5. 1 bj telur gred A
  6. 100ml air
  7. 1 sudu teh bread improver
  8. 1 sudu teh bread softener
  9. 30gm butter
  10. 30gm shortening
  11. 1 1/2 sudu kecil pandan emulco 
  12. 50grm Kismis atau secukupnya
Gebu...:)

Kaedah menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker machine
  2. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  3. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  4. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  5. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  6. Masukkan seri kaya kedalam piping bag dan letakkan  ke atas doh yg dah naik.
  7. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 min atau sehingga masak.
  8. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Untuk yang tiada BM bolehlah mengikut cara-cara seperti di sini

Bun Pandan Kismis & Bun Pandan Kaya...siap utk minum petang..:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...