Powered By Blogger

Sunday, June 12, 2011

Bun pelbagai rasa...:)


1 try ada 3 rupa & rasa yang lain...kejadiaan ni disebabkan anak2 nak makan bun topping strawberry & ayahnya suka rasa bun seri kaya & ibunya selaku tukang masak pulak nak makan yang ada almond..
senangkan..semua2 dapat..hehe
Dohnya guna adunan yang sama..cuma letakkan apa-apa topping yang kita suka di atasnya..
best jugak kalau lain-lain rasa..taklah rasa muak..:)


abaikanlah rupanya yg comot nie..;)

sebelum diletakkan topping diatasnya

Bahan- bahan :-
  1. 380gm tepung high protein (tpg roti)
  2. 3 sudu besar susu tepung
  3. 100 gm gula castor
  4. 1 pkt (11 grm)  yis segera
  5. 1 bj telur gred A
  6. 120ml air
  7. 1 sudu teh bread improver
  8. 1 sudu teh bread softener
  9. 30gm butter
  10. 30gm shortening
Topping:
  • strawberry filling, almond, kaya (atau apa2 saja yg digemari)


Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker machine
  2. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  3. Tembuk2kan doh untuk keluarkan angin didalamnya & bulat2kan doh kepada 15-18 bahagian
  4. Letakkan topping kegemaraan diatas (seperti kaya, almond ) .Buat hingga habis & tutup dengan plastic cling dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.(Dalam 30-35 minit)
  5. Bakar doh dgn kepanasan oven 170 -180C lebih kurang 20 min atau sehingga masak.
  6. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 3 di atas dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...