Powered By Blogger

Monday, August 1, 2011

Sotong Masak Lemak Cili Api

Selamat menjalani ibadah puasa & semoga puasa kita di terima Allah s.w.t


Alhamdullilah bertemu lagi bulan ramadan..hari pertama iftar ni, saya mengambil peluang cuti..anak2 pun hanya bersekolah satu sessi je..
Syukur Amir & Sofiya dah biasa berpuasa..sejak dari umur 6 tahun lagi, jadi tiadalah banyak keluhan..
Menu berbuka hari ni simple je..masak lemak sotong & kacang buncis..Sebenarnya lebih teringin nak letak kacang botol tapi tak jumpa pulak kt pasar tadi...
Jom kita tengok resepinya..:)

Bahan-Bahan :
  1. 500grm Sotong  (dibasuh & saya disumbatkan bahagian kepalanya )
  2. 20-30 biji cili api *
  3. 1 biji bawang merah kecil *
  4. 1 biji kunyit hidup *  (semua bahan bertanda * dikisar bersama dengan 1/2 cawan air)
  5. Santan Kelapa ( 1 - 1 1/2 biji kelapa di perah dengan 1 liter air )
  6. 1 batang serai
  7. 10 Kacang buncis (boleh gantikan sayur lain yg sesuai seperti kacang botol & kacang panjang)
  8. Garam secukup rasa
 Cara Menyediakannya :-
  • Masukkan sotong, serai  & bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk.
  • Masakkan sebentar hingga air sotong kering atau  bahan kisar tadi sebati dengan sotong
  • Masukkan santan kelapa & garam, masaklah hingga kuah mendidih  (kacau selalu )
  • Masukkan kacang..biarkan sebentar hingga masak..sap..:)
makan bersama ikan goreng
Lauk-pauk & Roti.. menu berbuka hari ni..

Aneka Roti..untuk berbuka

Add caption
Hari pertama ramadan ni..tengahari tadi saya sempat buat roti utk berbuka & kalau ada lebih untuk berbuka..:)
Satu adunan doh roti saya jadikan  3 jenis roti yang berlainan rasa & bentuk..Mini Pizza , Roti kacang  Merah & Roti Manis Kismis..


Untuk semua jenis roti ni..boleh gunakan resepi doh asas ni..boleh letakkan inti atau topping apa saja yang kita suka..pedas atau manis...ikut selera..
selamat berbuka puasa !!

mini pizza..sebelum dibakar

dpt 9 biji Mini Pizza
Bun Kacang merah dapat 6 biji

Bun Manis Kismis..


Saturday, July 30, 2011

Butter Pancake


Sarapan hujung minggu ni sungguh ringkas & mudah ..cukup untuk alas perut sementara makan tengahari...anak-anak memang suka makan pancake ..kalau Amir Ashraf boleh 3 keping sekali....tapi suami tercinta lebih minat makan style melayu..makan kuah durian ..lebih enak!..
Apa2 cara memakannya ...resepi dari Che Mat Gebu ni memang sedap & gebu .. sampai ke petang pun masih kekal kegebuannya...:)

Bahan-bahan :-
 
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
1 cawan susu segar
Secubit garam halus
Mentega, strawberry dan sirap maple untuk dimakan bersama pancake

Cara Menyediakannya :-

  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan  kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau hingga rata.
  3. Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama mentega, strawberry dan curahan sirap maple



    Thursday, July 28, 2011

    menonton sambil makan kacang kuda..:)

     Pecah rekod!!...1st time tertunggu- tunggu nk tengok perlawanan bola sepak ..& tengok sampai habis...hehe
    semua dipercepatkan...masak..makan malam..stop buat kerja-kerja rumah .. & pukul 8.30 dah duduk dengan suami & anak2  depan  t.v..
    Amelin pun dah diumpan permainan baru...haaha..takut dia mogok nk tengok cerita karton !!!
    Tapi memang bukan rezeki lagi..Pasukan Malaysia kalah juga di tangan Singapura...
    Apa2 pun tetap bangga dengan semangat Harimau Malaya !..




    Bahan-bahan
    1. Kacang kuda (direndam lebih kurang 3-4 jam)
    2. 1/2 biji bawang besar (dihiris)
    3. Daun kari
    4. 3-4 biji Cili kering (dipotong panjang)
    Cara menyediakkannya :
    • Basuh & rebus kacang  kuda dengan air secukupnya
    • Bila sudah empuk / masak..toskan airnya
    • Letakkan sedikit minyak & gorengkan bawang besar, cili kering & daun kari..sehingga layu
    • Masukkan kacang kuda..kacau sebentar & siap utk di hidang..

    Wednesday, July 27, 2011

    Breakfast @ Old Town White Coffee

    Old Town White Coffee ni terletak di 3rd mile square, Jalan Klang Lama...kebetulan suami ada urusan di situ, teruslah singgah...saya & suami try breasfast menu ...
    dah pukul 11.00 pg pun..kira2 breakfast & lunch sekalilah ni..

    Cuba...Menu 1 & 2..nampak sedap
    Banyak pilihan

    Saya Pilih ~ Menu 1  RM 3.90 - Nasi lemak, Chocolate Ais ..murah!
    sambal & nasi lemaknya..secukup rasa
    Menu 2 RM 4.90- 2 Roti Kaya , 2 bj telur 1/2 masak &  White Cofee - Pilihan suami

    dah lama sebenarnya tak makan di Old Town White Coffee ni..dah bertahun rasanya tak datang ..:).
    tapi utk menu breakfast yang  pilih ni..memang rasa berbaloi-baloi dengan harganya...sedap & yg  paling best rasa minumnya..pekat & berkrim ...
    Alhamdullilah & lain kali klu malas nak breakfast boleh datang lagi  !!.

    Saturday, July 23, 2011

    Udang Galah Lemak Cili Api ..menu hujung minggu

    Pagi-pagi lagi hari ni dah ke pasar..kalau masih pagi2 lagi ikan masih segar bugar lagi..klu dah tengahari..dah lemah longkai & pakai contact lens..hehe
    Hari ni amatlah beruntung..kerana yg dicari2 telah ditemui..udang galah !..tapi yg sedang-sedang aja.;)
    Setelah ditanya raja di hati saya..jawapannya..udang galah masak lemak cili api..(dah agak dah..) & saya tambah lauk sampingannya ayam goreng crispy ..lauk kegemaran anak-anak.
    Untuk alas perut sebelah petang pula saya buatkan Vanilla cupcakes..

    Udang Galah masak lemak cili api

    Ayam Goreng Crispy
    Untuk resepi ayam goreng crispy klik di sini

    Vanilla cup cakes


    Udang galah masak lemak cili api

    Bahan-bahannya :-

    1. 500 grm udang
    2. 23 biji cili api @ padi (boleh kurangkan, jika tak nak pedas) *
    3. 1 ulas kunyit *
    4. 1 ulas bawang kecil * (bahan * diblend atau ditumbuk lumat)
    5. 2 batang serai (diketuk sedikit)
    6. 1 liter santan pekat (saya guna dari 11/2 biji kelapa yg kecil)
    7. 1 keping asam keping
    8. kacang buncis (di potong panjang)
    9. garam secukupnya
    Cara menyediakannya :
    • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
    • Masukkan juga udang yang telah di basuh& serai ke dalamnya..masak sebentar..
    • Masukkan santan dan garam..kacau selalu hingga mendidih.
    • Bila sudah mendidih...masukkan asam keping & kacang buncis..masak sebentar
    • Tutupkan api & hidangkan

    Friday, July 22, 2011

    Resepi Paprik Seafood & Menu Ala Thai

    sawadikap...hehe..itu jelah yg saya tau.. haha....
    hari ni tak taulah kenapa tiba-tiba tekak rasa nk makanan masam-masam  ala-ala thai...
    mcm paprik, tomyam..jadi utk dinner malam ni saya masak semua menu yg teringin nak makan...paprik seafood, tomyam  & telur dadar dan cempedak goreng sebagai pemanis mulut.. ....:)
    cempedak ni saya terserempak masa balik kerja tadi, harganya boleh tahan mahal sikit sebab bukan musimnya lagi..Rm 8 untuk sebijik yg comel je... tapi dah teringin..Alhamdulillah isi manis & berbaloilah .:)


    banyaknya makanan yang teringin nak makan..mengalahkan orang mengidam...:)


    jom tengok resepi paprik seafood...resepinya telah saya ubah sedikit dari resepi asal paprik ayam dari blog dayang jack...

       Paprik Seafood
      Bahan-bahannya :-

    1. 300gm campuran udang & sotong
    2. 3 biji bawang merah ~ dihiris
    3. 2 ulas bawang putih ~ dicincang
    4. 1/2 inci halia ~ dicincang
    5. 1 biji bawang holland ~ dipotong
    6. 1/2 biji carrot ~ dihiris
    7. 3 batang kacang panjang ~ dipotong
    8. 3 helai daun limau purut
    9. 2 sb cili kering kisar
    10. 1 sb sos tiram
    11. 1 sb sos cili
    12. 1 sk sos ikan
    13. garam secukup rasa

    Cara-cara memasaknya :- 
    • Masukkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
    • Masukkan sotong biar sehingga masak & kemudian masukkan pula udang masak sebentar saja
      Tambahkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
      Masukkan carrot & kacang panjang. Gaul rata, biar sayur masak.
    • Masukkan bawang dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
      Sedia dihidangkan ;)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...