Powered By Blogger

Monday, January 9, 2012

Selamat menempuh alam baru anakku..!!

Dah seminggu melepasi tahun baru 2012....moga setiap azam yang kita niatkan dimakbulkan Allah dan semoga dengan keredaanNya setiap hari yang kita jalani akan terasa lebih bahagia..Amin

Amir Ashraf & Amirah Sofiya

Tahun ni Amir Ashraf dah melangkah ke Sekolah Menengah...kalau ada rezeki utk ke sekolah asrama penuh..Alhamdullilah..tapi kalau dah ditakdirkan utk bersama tinggal bersama ibu lebih baik..Syukur, mungkin yg terbaik untuknya..
Sofiya, dah naik ketahun 5, cuma sekolah Agama bertukar ke sekolah baru, walaupun jauh sikit dari rumah tapi terpaksalah diterus juga untuk masa depan & fahaman yg lebih baik tentang agama


Amelin Syahirah
Yang paling excited nak kesekolah ialah Amelin, tahun ni Amelin masuk tadika....tak sangka rupanya dia suka ke sekolah..sangka saya mestilah berperang nak kejutkan dia pagi-pagi..mestilah banyak babak tangis menangis ni..hehe
Tapi sangkaan tu meleset sama sekali ..dah berminggu ke tadika..masih macam hari pertama..masih bersemangat!.
bersama Azim, kawan baik Amelin..sama-sama comel & montel !!

mungkinkah ni penyebab Amelin rajin ke sekolah..??..hehehe
Penah hari Sabtu lepas bila dia tahu hari tu tak sekolah dia boleh menangis..kenapa hari ni tak sekolah!!...adik nak pergi sekolah..!!! huhuhu...macam ni pun ada..;)

Sunday, January 8, 2012

Roti Berlapis Ayam & Keju


Hari ni seharian berjalan-jalan..malam, barulah sempat menjengah ke dapur..tengok roti yg sebuku tak terluak tu teringat nk mencuba resepi yg telah tersimpan lama ni..Resepi asal Lapis roti berdaging dari Umie @ Myresepi ..tapi saya ubahkan sedikit bahan-bahannya ikut stok yg ada dan ikut citarasa sendiri..hasilnya memang sedapp..lebih2 lagi bila di makan waktu masih panas....:)

Inti Ayam untuk lapisan roti
Bahan-bahan
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang (sy gunakan 2 keping dada ayam yg dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4-5 helai daun kari
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 2 btg daun sup & daun bawang * (* dihiris) 
  • sedikit lada sulah & lada hitam  
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 14 keping roti (sy dibuang keraknya & dipotong dadu)
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser 

Cara Menyediakannya :-

1. Hiris bawang,bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis daun kari,bawang,  serta
masukkan serbuk kari dan juga ayam yg telah dipotong dadu, kentang & perasakan garam, lada sulah & lada hitam..
Bila kentang empuk masukkan daun sup & bawang..masak hingga inti menjadi pekat.
2. Satukan Susu, telor ,  secubit garam & pukul sehingga sebati.
3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada inti ayam tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan inti ayam dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10.Bakar pada suhu 180c selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka


    Thursday, December 22, 2011

    Selamat Hari Lahir Amir Ashraf !


    Selamat Hari Lahir yang ke 12 tahun, Amir Ashraf
    Semoga Allah sentiasa merahmati, melindungi & memberi petunjuk sepanjang dalam hidup Amir..
    Dan semoga banglong bahagia didunia & akhirat..Amin..
    Ibu, Ayah, Kakak & Adik sayang banglong..:)

    Monday, December 19, 2011

    Baju Kurung Polka Dot


    Selalunya corak polka dot ni saya buatkan gaun, dress & skirt untuk kanak-kanak riang..
    Tapi  rasa teringin pulak nak buat baju kurung untuk meriangkan diri sendiri..hehe
    Sungguh teruja nak mendulukan kain ni..nampak unik..:)
    ..dengan corak polka dots yang "berkaki", harus di potong kain ikut ira melintang..supaya corak yg "berkaki" tu berkumpul di bahagian bawah baju & kain..

    Baju Kurung Pesak Pahang

    Kain Potongan A
    Alhamdullilah..
    Magiknya bila perasaan teruja tu dah datang..2 hari dah siap...(klu tak berhari2 lah tak siap-siap)..:)

    Saturday, December 10, 2011

    Kek Pastry Buah-Buahan Campuran

    Teringin nak mencuba kek yg lain dari biasa saya buat..jengok2 dapur tanpa sempadan CMG..terjumpa resepi Kek Pastry Buah-buahan Campuran yg melimpah dengan buahan campuran....nampak sungguh mengoda!..terus mencuba resepi ni..walaupun resepi asalnya mengunakan buah segar saya  gantikan dengan buah campuran dalam tin sebab takde stok..tapi rasanya tetap sedap & tak rugi mencubanya..:)



     

    BAHAN-BAHANNYA :-)

    100 gram mentega
    150 gram gula kastor 
    3 biji telur, dipukul sedikit
    60 ml susu cair*
    1 camca teh bes minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata)
    1 camca teh esen vanilla
    210 gram tepung gandum
    1 camca teh baking powder
    500 gram campuran buah2an segar digaul dengan 2 camca besar gula halus( strawberry, blueberry, peach, kiwi, pisang atau apa2 buahan yang kurang berair) 
    (saya gantikan dengan buah-buahan campuran dalam tin)
     
    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak dan lebihkan sedikit kertas tadi pada kiri dan kanan tin. Ketepikan.
    2. Putar mentega, gula dan bancuhan susu + oren sunquick hingga kembang. Masukkan telur dan putar hingga sebati. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + baking powder tadi, gaul rata.
    3. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Tabur buah2an atas permukaan adunan, jangan tekan, jika guna buah2an pelbagai warna, susun ikut kreativiti anda. Bakar 60 - 70 minit hingga kek masak. Kalau permukaan buah2an nampak perang tapi kek belum masak, tutup dengan aluminium foil dan bakar kek hingga masak.
    4. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya. Ayak gula aising jika suka sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba.

    Sunday, December 4, 2011

    Santai @ Avillion Admiral Cove, Port Dickson

    December 2 & 3, 2011.

    2 hari 1 Malam kami  bersantai di pantai Port Dickson...Dekat je,tak sampai 1 1/2 jam perjalanan dari Petaling jaya sampailah di hotel penginapan di Avillion Admiral Cove, Batu 5 1/2 Teluk Kemang Port Dickson..
    Cantik hotelnya & Cantik jugak permandangan sekitar hotel ..indah & damai !!
    Anak2 teruja & mak & ayah pun tumpang sekaki..:)

    Marina Bay


    tukang kemas bilik..:)



    Nasi kukus &Ayam Panggang Berempah di Cowboy Place
    ibu..dah penat !!

    Daging Hitam Manis..

    Assallamualaikum..
    Menu lunch yang simple je hari ni.. saya masakkan 2 lauk je..cukuplah utk kami berempat..tanpa suami yg berkursus hari ni.. 
    Daging Hitam Manis ni kesukaan anak-anak..sebab rasanya seimbang antara pedas & manis dari kicap...sedap jugak bila dimakan dengan roti atau nasi impit..:)

    Sup sayur & Daging Hitam Manis
    Daging Hitam Manis
    Bahan-bahan

    • 500gm daging batang pinang (hiris nipis ) *
    • 1 sudu campuran serbuk jintan manis, jintan putih & ketumbar & serbuk kunyit (digaul & perap dengan bersama daging dan digoreng 1/2 garing)
    • 2 biji ubi kentang -dipotong berbaji dan digoreng
    • 3 biji bawang putih *
    • 3 biji bawang kecil  * (* ditumbuk hingga lumat)
    • 10 sudu makan cili kisar (boleh ditambah / kurang ikut suka)
    • kicap manis secukup rasa
    • sedikit air
    • minyak dan garam secukupnya

    Cara-caranya
    1. Panaskan minyak, goreng daging sebentar & ubi kentang sehingga perang dan toskan.
    2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu, masukkan cili kisar.
    3. Masak cili kisar hingga terbit minyak & masukkan daging, kacau dan biarkan sekejap.
    4. Masukkan kicap dan gaul rata dan masukkan sedikit air
    5. Masukkan sedikit garam (jika perlu) & ubi kentang
    6. Biarkan sekejap sehingga kuah menjadi pekat, baru di angkat. Siap untuk dihidang..:)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...