Powered By Blogger

Friday, May 20, 2011

Cuci Mata @ SACC Mall

Jumaat, 20hb Mei 2011..
Rehat panjang sikit hari Jumaat ni..ambil masa jalan2 sambil cuci mata ke SACC Mall dengan Nur Lina..
Shopping kain..lagi!!.kat Gulati's... klu tak beli teringat-ingat pulak..hehe..
simpan buat stok lagi..:)
English Cotton utk buat dress Amelin & Sofiya
Singgah makan dengan Lina kat Noodle Station Restaurant @ SACC..sedap !...:)
Strawberry Nut & Mango Sorbet
Kiri disebalah atas tu..tak ingat namanya..tapi meenya kenyal  & dimasak dengan cheese..rasanya..
Terima kasih Lina temankan  shopping..lepas 2 minggu  takde lagi Lina nak temankan...

Wednesday, May 18, 2011

Choclate Chip Bun



Masa buat adunan Cinnamon Roll, saya gandakan adunan unutk buat Chocolate Chip bun ni...tambah serbuk koko & chocolate chip ..jadilah bun ni...abaikanlah rupa dan saiznye ye....nak cepat siap..macam tulah rupanya..hehe...saya buatkan bun ni sebab takut pulak anak-anak tak suka rasa cinnamon...tapi dua-dua dia makan....



Chocolate Chip Bun


Bahan-bahan :
  1. 250 gram tepung roti (high protein flour)
  2. 50 gram gula halus
  3. 1/2 camca teh garam halus
  4. 10 g susu tepung
  5. 1/4 camca teh bread improver
  6. 1/4 camca teh bread softerne
  7. 1 sudu besar serbuk koko
  8. 2 sudu besar chocolate chip (boleh tambah jika suka)
  9. 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  10. 6 gram instant yeast
  11. 20 g lemak sayur (shortening)
  12. 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Cara menyediakannya :
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. KAEDAH LAIN :- "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2). Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker..tunggu hingga siap
  3. Bila doh dah naik..tumbukkan doh tadi dan bulat-bulatkan .. perap 45 minit lagi. Selepas tu, sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Selamat mencuba..
Choc. Chip Bun & Cinnamon Roll..utk  minum petang..:)

Cinnamon Roll

Cinnamon Roll
Cuti wesak hari tu..try buat Cinnamon Roll ni untuk minum petang...ada banyak masa petang tu buatlah roti yg susah-susah sikit....hehe...tengoklah resepi sifu Che Mat Gebu..terus ambil resepi Cinnamon Roll ini....alang-alang dera Mr Bread maker..buatkan terus 2 ganda sukatan dari resepi asal ..

1 adunan buat Cinnamon Roll..& 1 adunan lagi buat Chocolate Chip Bun ...

Alhamdulillah.memang sedap & lembut, terasa cinnamon, manis kismis & ceri ..berbaloi jugak membuatnya..1 adunan Cinamon Roll dapat 16 biji..
.
Cinnamon Roll
Bahan-bahan :
  1. 250 gram tepung roti (high protein flour)
  2. 50 gram gula halus @ gula kastor
  3. 1/2 camca teh garam halus
  4. 10 g susu tepung
  5. 1/4 camca teh bread improver
  6. 1/4 camca teh bread softerner
  7. 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  8. 6 gram instant yeast
  9. 20 g lemak sayur (shortening)
  10. 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Bahan tabur :
  1. 1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
  2. 3 camca besar gula perang (brown sugar)*
  3. 1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
  4. 1/2 cawan kismis & ceri yang di potong kecil


Cara Membuatnya :
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).  
  3. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. 
  4. Akhir sekali ratakan kismis & ceri . Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 16 bahagian sama besar.
  5. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper . 
  6. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. 
  7. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..

Tuesday, May 17, 2011

Telekung renda hijau & putih..




Telekung berenda warna hijau muda ni saya buatkan untuk seorang kawan..
Saya ikut saiz saya sendiri..saiz M..tapi masih rasa was-was..sesuai atau tidak saiznya dengan saya..
jadi untuk memuaskan hati..saya buat satu lagi saiz L..biar senang dia memilihnya..:)

Untuk telekung ke 2 ni..saya pilihkan renda warna putih, untuk telekung saiz dewasa..perlukan kain bidang 60 inci, 4 1/2 meter kain..untuk saiz L..(untuk saiz M, 4 meter )
Labuh sikit di bahagian telekung & kain..sesuai untuk yang tinggi..
Alhamdullilah siap juga..
Terima kasih Sally kerana sudi menempahnya...:)



Sunday, May 15, 2011

Sarapan pagi hujung minggu..:)

Seronoknya bila hujung minggu...lega sikit..& boleh plan hari dengan tenang..boleh mencuba menu yang anak-anak & suami & diri sendiri teringan nak makan..:)

Menu pagi minggu hari ni di mulakan dengan bubur ayam, sambal ikan bilis & telur masin..bubur ni favourite anak-anak & suami...tapi kena buat complete set macam ni....sebab bila makan sekali dengan sambal & telur macam baru terasa kelazatanya..heheh..

Bubur nasi, sambal ikan bilis & telur masin



Bahan-Bahan :

  • 2 cawan beras
  • 2 liter air (boleh ditambah jika bubur terlalu pekat)
  • 2 biji bawang kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawwg putih (dihiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 2 ketul daging ayam (saya guna bahagian dada)
  • 1 kiub ayam, 
  • lada hitam, lada putih & garam
  • Sedikit rempah penumis - Kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih
  • 2 Sudu besar mentega untuk menumis 
  • Sedikit daun sup, daun bawang bawang goreng  

Cara-cara menyediakannya :

  1. Tumiskan rempah penumis & bahan2 hiris dengan mentega..hingga naik bau.
  2. Masukkan daging ayam ..masak sebentar
  3. Masukkan air & beras yang telah dibasuh ..didihkan dengan api besar..
  4.  Kacau dan tambahkan bahan2 perasa.
  5. Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika bubur terlalu pekat..
  6. Jika bubur dah masak ..bolehlah dihidangkan bersama-sama daun bawang & sup & bawang goreng..
  7. Boleh dimakan bersama sambal ikan bilis & telus masin atau apa-apa saja yang digemari..:)

Friday, May 13, 2011

Pancake


Menu sarapan pagi yang paling mudah disediakan..kalau keadaan pagi kelang kelibut masa anak-anak nak ke sekolah..selalulah buat .. cepat siap & senang dimakan...resepi pancake saya ikut resepi Che Mat Gebu..:)



Bahan- Bahan :
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 sudu kecil baking powder
  3. 2 sudu besar gula halus
  4. 1/2 sudu kecil garam
  5. 2 biji telur A (resepi asal 1 biji )
  6. 1 cawan susu segar
  7. 3 sudu besar butter
Cara-Cara Menyediakannya :

  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul gunakan whisker, boleh juga gunakan blender
  • Sendukkan dalam non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
  • Boleh dihidangkan dengan maple syrup, blueberry filling atau apa-apa yang digemari.


Wednesday, May 11, 2011

Chocolate Cheese Cake






Chocolate Cheese Cake ni projek malam tadi...lepas masak nasi lemak untuk makan malam..terperasan cream cheese dah nak expired...hehe..terpaksalah mulakan projek mengekek pulak..hehe..Resepi ni ambil dari blog Chef Hanieliza...tak rugi memcubanya..rasanya tak terkata..sungguh sedap....
..kalau nak tahu macamana rasanya..kena cuba sendiri... :)

Bahan Base
  1. 200 gm biskut marie (kisar halus)
  2. 3 sudu besar mentega
  3. 2 sudu besar madu

Bahan Keju
  1. 250 gm keju krim Philidephia
  2. 60 gm butter
  3. 100 gm gula perang
  4. 3 kuning telur
  5. 1 s/k esen vanilla
  6. 3 s/b fresh atau whipping cream
  7. 1 s/b tepung gandum ]
  8. 2 s/b serbuk coklat ] ayakkan
  9. 3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan]


Cara-cara menyediakannya :
1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Bakarkan dalam oven pada suhu 170'C selama 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping cream dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandun dan serbuk coklat berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10 Keluarkan dari oven dan bolehlah ditambah coklatmasakan yg telah dicairkan & parutkan kepingan coklat masakan diatasnya dan potong dengan pisau yg telah dipanaskan.
Selamat mencuba !

Nasi lemak sambal sotong & Choc. Cheese Cake - menu makan malam..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...