Tuesday, October 9, 2012

Murtabak Maggi


Menu kegemaran anak-anak yg paling2 Amelin, bila sebut nak masak murtabak..suka sangat dia...1 adunan ni dia boleh habiskan sorang..:) Resepi asal dari blog Che Mat Gebu tapi hari ni saya tukarkan sedikit ramuan asasnya dari daging ke sardin...kebetulan sambal sardin ada berbaki beberapa ketul...Resepi ringkas & mudah sangat nak buat & CMC siapkan sekali resepi bawang jeruk, yang ni saya tak buat..cuma makan dengan sos cili je..:)



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mee segera MAGGI perisa kari
2 biji telur
150 g daging cincang (saya ganti dengan 2 ketul sardin & 2 sudu sambalnya )
1 biji bawang besar, cincang
1 cm halia* (sy tak letak)
1 ulas bawang putih*(*tumbuh lumat)
1 camca teh rempah kari daging
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam (sy tak letak)
1 camca besar mentega
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN BAWANG JERUK :-)
1 biji bawang besar
1/4 cawan cuka makan
1 camca besar sos cili
1 camca besar gula
Secubit garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JERUK BAWANG :- Bawang besar, dikupas, cuci dan hiris halus2. Satukan bersama cuka makan, cili sos, gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan simpan dalam peti sejuk 20 - 30 minit.
  2. UNTUK MERTABAK MAGGI :- Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut, toskan dalam tapisan dan biar sejuk. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga perang, masukkan rempah kari, perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. Tambah hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. Matikan api.
  3. Dalam satu mangkuk, masukkan 1/2 bahagian mee, 1/2 bahagian daging dan 1/2 bahagian hirisan daun bawang, gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  5. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 dan hidangkan bersama bawang jeruk, kalau ada kari dhal pun sedap, nak hidang dengan cili sos atau thousand island sos pun boleh.....Selamat mencuba yeaaa..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...