Sunday, October 7, 2012

Projek Roti : Roti Inti Kelapa & Roti Krismis

Assallamualaikum...

Fuhh..lama betul breadmaker saya bertapa...hehe...berbulan-bulan lamanya..nasib baiklah boleh berfungsi lagi..hari ni baru teringin nak merasa sendiri roti inti kelapa yang lama saya idamkan..nak beli di kedai inti kelapanya tak segelap & sesedap buat sendiri :P...
..Selepas lama tak meroti..bahan-bahan roti pn dah expire...hari ni kes nak mendera breadmaker..adun terus 1 kg tepung high protein / tepung roti...inilah hasilnya..
2 loyang roti inti kelapa & 1 loyang roti krismis
 Setelah siap dibakar....hasilnya cukup untuk stok seminggu..





buahtangan - sepiggan untuk jiran sebelah, mak & mertua
Terima kasih unutk 2 pembantu comel yg baik hati & ringgan tulang menolong...:)

Resepi kedua-dua adunan roti ni  saya gunakan adunan yang sama, cuma tukarkan intinya dari inti kelapa  atau masukkan krismis dalam adunan..
Resepi asal : Dapur tanpa sempadan (Che Mat Gebu)


Bahan Doh :-)
500 g tepung roti
240 ml air
20 g susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
80 g lemak sayur (shortening)
100 g gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh yis segera
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner

Bahan Inti Kelapa :-)
2 1/2 cawan kelapa parut putih (guna kelapa kulit basah)
60 g gula melaka
50 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 - 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK INTI KELAPA :- Gula melaka dipotong kecil2 dan satukan bersama gula pasir dan 1/4 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Tapis air gula tadi ke dalam kuali. Masak hingga gula berbuih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata, masak hingga sedikit kering tapi masih lembap. Gunakan api perlahan.
  3. UNTUK BUN KELAPA:- Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 - 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Menghasilkan kurang lebih 20 biji bun...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...