Friday, September 23, 2011

Puding Pelangi

 Puding pelangi ni saya buatkan utk meraikan tetamu yang bertandang ke rumah kami berhari raya kelmarin...kebetulan stok roti masih banyak..saya gunakan  resepi dari Mass@Myresepi..
Warna pelangi tu bukanlah warna sebenarnya..:)..warnanya boleh diubah & dicorak  ikut kreativiti kita sendiri...

 Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )


  1. 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  2. 6 cawan air
  3. 200 gm gula pasir
  4. 1 tin susu cair
  5. 6 keping roti - (saya guna guna kulit roti sekali)
  6. 1 biji telur
  7. 3 jenis pewarna
  8. 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara Menyediakannya ;


  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian (atau lebih, ikut suka) dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  6. Sejukkan sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...