Saturday, September 24, 2011

Puding Marble Coklat

Assalammualaikum..

Puding Marble Coklat ni saya buatkan untuk bawa ke rumah mak, sebab hari ni  ada majlis "berkampung " maksudnya majlis yg diadakan beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis kenduri kawin..berkumpul dengan jiran tetangga utk berbincang pasal  agihan kerja masa kenduri kahwin dan hal-hal  lain yang berkaitan kenduri yang berlangsung nanti...(ehh..mcm kamus DBP pulak..hehe)


Resepi puding ni sama seperti puding pelangi yang saya buat kelmarin, cuma saya mengubahkan rasanya kepada coklat..& saya marblenya kpd 2 color saja..:)



Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )


  1. 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  2. 5 1/2 cawan air
  3. 200 gm gula pasir
  4. 1 tin susu cair
  5. 6 keping roti - (saya guna guna kulit roti sekali)
  6. 1 biji telur
  7. 2 sudu milo + 1 sudu kecil serbuk koko(dibancung dengan 1/2 cwn air suam)
  8. sedikit pewarna kuning

Cara-cara Menyediakannya ;


  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 5 1/2 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-2 bahagian dengan tiap-tiap bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan 1 bahagian tadi dengan 1/2 cwn bancuhan koko & kacau rata & 1 bahagian pula dengan sedikit pewarna kuning
  5. Tuang secara berselang-seli antara bancuhan koko & warna kuning tadi, hingga habis
  6. Sejukkan sebelum dipotong.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...