Powered By Blogger

Saturday, September 3, 2011

Flower Girl Dress - Marsha

9-Oct-2011- adik bongsu saya, Nurul akan naik pelamin..InsyaAllah
..tak sampai seminggu beraya..saya terpaksa berteman semula dengan mesin jahit..huhuhu
..ini angkara menyiapkan flower girl dress..bukan dua orang ..tapi 7orang!..

tapi sebenarnya saya teruja & tak sabar nak tengok 4 budak comel bergaun & 3 anak gadis sunti berbaju kurung moden..
Kain utk flower girl dress ni saya yg pilihkan sendiri..lazimnya warna putih..tapi sebab temanya warna pink & purple pilihan nurul..saya pilihlah warna pink..sesuai utk semua anak gadis comel tu..:)

Gaun  yg pertama saya siapkan untuk Marsha..anak dara paling comel antara 4 yang bergaun...

Sebab kain ni kosong..saya tambahkan renda yang siap dengan manik..dan batu2 yang  berbentuk bunga..yg perlu saya di cantum & gamkan ..dan saya buatkan ikatan  reben..guna kain yang sama di bahagian pinggang (belakang)



Fuhhh..siap sepasang..tinggal 6 helai lagi.....:)

Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri

Assallamualaikum ...Selamat Hari Raya Aidilfitri  & Maaf Zahir & Batin untuk semua umat Islam yang meraikannya tak kira di mana berada ..


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kesempatan hidup ada keluasan ilmu
Hidup ini indah jika segala kerana ALLAH SWT
Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 H

Monday, August 29, 2011

Hidangan di pagi Syawal..

Esok dah hari raya..rasanya sekejap je berakhir sebulan Ramadan
Menjadi kewajipan kami sekeluarga  sehari sebelum raya...gotong royong memasak hidangan raya raya di rumah mak ..
sebenarnya saya bertuah tinggal berdekatan dengan mak & mak mertua..5 minit je perjalanan balik kampung..jadi takde masalah jalan sesak & pilihan balik kampung beraya..:)
Selalu maklah yg menjadi master chef @ ketua memasaknya..tapi sebab mak tak berapa sihat hari ni..direhatkan..tugas memasak di serahkan kepada junior2 chef....kira naik pangkatlah ni..hehe..
..risau jugak apalah rasa juadah raya tahun ni..tanpa air tangan mak..
Alhamdullilah..berkat gotong royong....siap semua hidangan siap tepat sebelum waktu berbuka.
Rendang ayam, rendang daging sup tulang & nasi impit ..
Kalau mak yg sihat..mesti ada tambahan menu lain..lemang, kuah kacang, kuah lodeh..:(
Jom cuci mata menu raya kami sekeluarga..

Rendang Ayam
Bawang , Cili Padi, halia & lengkuas..bahan utk memasak rendang

Rendang ayam ..sedang dimasak
5 ekor ayam - siap di rendang
Rendang Daging yang dicampur bersama hati & paru
5 kilo rendan daging, hati & limpa..siap di masak
Sup tulang
Daging & tulang di masak sup..yumm-yumm
semua hidangan siap menunggu jemaah masjib datang bertakbir di malam hari raya


menjamu kanak-kanak pengunjung akhir selepas takbir..

Saturday, August 27, 2011

Baju Raya - yeah dah siap !!!

Alhamdulillah lega sungguh bila baju raya anak-anak siap...hanya sempat siapkan sepasang sorang..sepasang baju kurung untuk sofiya & Amelin & sepasang baju melayu tebuk belanga untuk Amir..dan sepasang baju kurung pesak pahang untuk saya sendiri..semuanya sedondon berwarna coklat..:)
 Yang ni baju kurung sofiya..saya sudahkan dengan menjahit assesori berbentuk keronsang di bahagian lehernya...mudah & cepat siap ...:)
 Amelin punya saya pilihkan yg berbentuk bulat & saya jahitkan manik pearl hitam di keliling  lehernya

Baju & kain berwarna & bercorak sedondon utk Sofiya & Amelin..

Baju Melayu - Zarith Zaquan


Tebuk Belanga
Saiz poket : Lebar 3 1/2 inci , Panjang 3 1/4 inci

 Baju Melayu putih ni milik anak buah paling kecil (anak bongsu abang).. Zarith Zaquan , berumur 1 1/2 .saiz bajunya comel secomel orangnya..
..walaupun kecil tapi bila menjahit baju melayu part poket tu yg paling bercinta...hehe..InsyaAllah nanti nak tempekkan gambar si comel ni bila dia menyarungkannya nanti..:)

Thursday, August 25, 2011

Tugu Negara

Gambar kami sekeluarga di Tugu Negara..
berdepan dengan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur..
 Melihat Tugu untuk mengigati jasa & pengorbanan pahlawan negara ..
.




Sunday, August 21, 2011

Chocolate Chip Cookies

 
Hari ni luangkan sikit masa buat kuih raya..Kalau ikutkan masa untuk menjahit..rasanya nak beli je semua kuih raya..tapi kesian pulak dengan Sofiya yang asyik tanya..bila ibu nak buat kuih raya ??..
kesian dia excited nak tolong buat kuih raya..:)
Resepi ni dariNadia @ Myresepi.com..biskut ni selalu juga saya buat bila teringin nak makan. & hasilnya pun banyak..kalau di buat saiz comel  lebih dari 100 biji..
Disini saya kongsikan resepinya :-
Sebelum di bakar

Bahan-bahan ( 100 biji ++ )

  1. 450g tepung gandum
  2. 1 biji telur
  3. 250g mentega
  4. 115g gula halus
  5. 110g gula perang
  6. 100g chocolate chips
  7. 3 sudu besar cocoa powder
  8. 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  9. 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara menyediakannya :-

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda+ serbuk koko yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips
  4. Masukkan gajus dan di gaul rata
  5. Buat bulatkan kecil 2 dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...