Powered By Blogger

Monday, March 14, 2011

Tauhu Sumbat

Resepi kuih yang senang, ringkas & sedap..selalu buat bila rasa lapar & malas nak masak yang rumit..tapi kena pilih tauhu yang terbaik..sebab itulah bahan utamanya..:)
Bahan-Bahan
  1. 6 biji tauhu di potong 2 ( pilih yang lembut dan masih baru)
  2. 1 mangkuk campuran (Lobak merah, Sengkuang, Timun, Taugeh (di potong panjang & halus)
  3. 1 biji telur ( di campurkan dgn sedikit garam & lada sulah) 
  • Gaulkan tauhu (tak pyh letak garam lagi) ke dalam bancuhan telur & goreng
  • Belah dibahagian atasnya & masukkan campuran sayur-sayuran tadi
Bahan-bahan Sos Cili
  1. 1 cawan cili kisar (campuran 10 biji cili kering +2 biji bawang merah + 1 biji bawang putih)
  2. 1/2 cawan sos cili 
  3. 1/2 cawan gula
  4. 1 cawan air
  5. 1/2 cawan perahan air asam jawa
  6. Garam secukup rasa
  • Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk (kecuali air asam jawa)
  • Masakkan dengan api sederhana besar hingga mendidih
  • Masukkan air asam jawa..biar hingga kuah sebati & pekat
  • Boleh juga di campurkan dengan sedikit bijan / kacang tanah yang telah di goreng tanpa minyak (klu takde pun takpe)
  • * Sos cili ini cukup untuk dimakan bersama lebih kurang 10 biji  Tauhu

Sunday, March 13, 2011

Marble Vanilla Muffin

Petang tadi buat rombongan ke ke Kedai Bakery Bagus, Shah Alam..penuh satu kereta dari kakak, kakak ipar, adik ke anak-anak buah pun join sekali..:)
Memang seronok !, sebabnya semua bahan -bahan untuk buat roti, kek & pastry dan lain-lain memang ada kat situ..cuba siap je lah fulusnya..hehe
Lepas tu try buat Muffin ni, ikut resepi dari Che Mat Gebu...muffin yang lembut dan terasa gabungan vanilla & coklat di dalam..klu guna paper cup saiz ni ..boleh dapat lebih kurang 25 biji..resepinya mudah & bahannya pun senang didapati ;

Bahan-bahan :
  1. 180 grm butter
  2. 140 grm gula halus
  3. 2 biji telus gred A
  4. 100ml susu segar
  5. 220grm tepung gandum *
  6. 2 camca teh baking bowder * (*digaul rata & di ayak)
  7. 1 camca teh esen vanilla
  8. 1 camca teh coklat emulco
Cara membuatnya :
  • Panaskan dulu oven selama 10 minit..
  • Putar mentega & gula halus hingga putih..
  • Masukkan telur satu persatu, putar hingga sebati
  • Masukkan tepung gandum yang telah di ayak berselang seli dengan susu segar
  • Cedok 1/3 dari adunan dan gaul rata dengan coklat emulco ( 2/3 lagi adunan vanilla)
  • Cedokkan adunan vanilla & adunan coklat ke dlm paper cup  & lorekkan mengunakan lidi hingga menjadi marble
  • Bakar pada suhu 175c selama 20 minit..

Friday, March 11, 2011

Skirt Amelin

Hari ni barulah dapat menyentuh mesin jahit..kalau hari berkerja, sempat jeling-jeling je..hehe
Sambil menunggu sup tulang empuk..sempat siapkan 2 helai skirt Amelin yang telah di gunting awal minggu lagi..



Skirt 1 ; Skirt  warna pink..potongan A, beropol dengan kain yang sama di bahagian bawah..kain yang digunakan untuk membuatnya tak sampai 1 meter.
ropolnya gunakan 2 keping kain (bidang 45 inci ), lebarnya ropolnya berukuran 4 inci, getah di bahagian pinggang pula saya gunakan saiz 3/4 untuk skirt..



Skirt 2 ; Merah Putih.;
Tengok-tengok dalam stok baki kain, terjumpa lebihan kain masa buat dress anak buah dulu..kainnya sikit je ..tak cukup untuk buat sehelai skirt saiz Amelin..

..nasib baik ada kain cotton merah ni....jadi saya sambungkan kain lebar 2 1/2 inci di bahagian pinggang dan jahitkan getah saiz 3/4 inci..


Di bahagian bawah skirt yang tak cukup kain tu saya guntingkan kain cotton merah berukuran 8 inci yang  di lipat dua ( jadi lapiknya berukuran 4 inci) dan saya jahitkan sekali dengan renda cotton..Alhamdullilah siap dah 2 skirt Amelin...

Thursday, March 10, 2011

Chilled Oreo Cheese Cake

 Semalam try buat chilled oreo cheese cake ni, resepi mudah dan sedap, masa menyediakannya tak sampai 1/2 jam dan tak perlu dibakar dalam oven. Terima kasih  pada lina atas resepinya..dan kawan-kawan nak mencuba resepi cheese cake silalah ;)

Bahan-bahan ;
  1. 1 bungkus biskut orea ( buang bahagian creamnya & tinggalkan 4-5 keping untuk bahagian atasnya)
  2. 50grm butter
  3. 250grm cream cheese 
  4. 150grm gula castor
  5. 200ml whipping cream
  6. 1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon
  7. 1 1/2 sudu besar gelatin *
  8. 1/2 cawan air panas* 
Cara-cara membuatnya ;-
  • Untuk bahagian dasarnya ; Kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya)
  • Panas / Cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo
  • Padatkan di bahagian dasar loyang, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer (saya guna loyang bersaiz 7 'inci lebar dan boleh dibuka bahagian bawahnya)
  • Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan
  • Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu
  • Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim
  • Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi
  • Patah2kan @ kisar halus baki biskut yang tinggal masukkan ke dalam loyang 
  • Baki biskut yang telah dikisar tadi boleh juga ditaburkan di bahagian atas kek, selepas 2 jam dimasukkan di dlm peti sejuk.( tapi saya tidak letakkan) 
  •  Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam
  • Bila dah sejuk ..potonglah dengan pisau yg telah dicelupkan dgn air suam..

Tuesday, March 8, 2011

Chocolate chip cup cake

Malam tadi buat resepi ni..untuk breakfast Amir & sofiya ke sekolah besok..
lepas je bakar tinggal separuh je..separuh lagi dah di ngap oleh 3 budak comel lepas je keluar oven..
Resepi ringkas, bahannya pun tak banyak..senang bangat..:)


Bahan-bahan :
  1. 1 3/4 cawan tepung gandum *
  2. 1/4 cawan serbuk koko*
  3. 1 sudu kecil baking powder *
  4. 1 sudu kecil soda bikarbonat *
  5. 1 sudu kecil esen vanilla
  6. 1 biji telur (saiz A)
  7. 1 cawan gula halus
  8. 1 cawan susu coklat ( apa2 brand pun takpe)
  9. 1/2 cawan minyak jagung @ minyak masak
  10. 1/2 cawan chocolate chip
Cara-cara menyediakannya :
  • Panaskan dulu oven 180c selama 10 minit dulu..
  • Ayak sekali kesemua bahan bertanda *
  • Pukul telur & gula hingga gebu
  • masukkan minyak masak & susu coklat  - gaul lagi
  • masukkan bahan-bahan yg diayak tadi sedikit2
  • masukkan 3/4 aduanan ke dalam paper cup & taburkan @ susun chocolate chip diatasnya 
  • bakar pada suhu 180c selama 20 minit..
  • selamat mencuba !

Friday, March 4, 2011

Mix fruits with fruit yogurt


Resepi yang paling senang...tutup mata pun boleh buat..:)
tapi masa gaulkan yogurt je..masa potong memotong buah..sila tumpukan perhatian ye..;)
Resepi simple tapi baik utk kesihatan..bila makan rasa sejuk je tekak..


Bahan-bahan :-
  1. 1 mangkuk buah-buahan campuran (seperti anggur, mangga, tembikai, betik ,epal )
  2. 135grm yogurt rendah lemak (perasa buah-buah @ asli ~ ikut kesukaan)
  • gaul semua buah-buah, lebih sedap jika disimpan sekejap dlm peti sejuk & campurkan yogurt
  • siap & bolehlah dimakan..:)

Thursday, March 3, 2011

Ayam Goreng ~ Hot n Spicy

Semalam teringin sangat nak makan ayam goreng..
Dah 2 minggu asyik makan buah-buahan dan roti-rotian je..
Semalam secara rasminya baru pulih dari sakit gigi... bolehlah digunakan semula seperti biasa..:)
Semalam juga cuba resepi dari kak besah dan telah diubah suai ikut citarasa sendiri...
yum..yumm..:)

Kawan-kawan yang nak merasa juga keenakan ayam goreng hot & spicy yang dibuat sendiri
bolehlah try resepi ni.:-

Bahan-bahan (utk perap ayam)
  1. 7 ketul ayam (saya guna bah. kepak, dibasuh & ditapis )
  2. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  3. 1 inci halia (ditumbuk)
  4. 1 sudu kecil rempah kari ayam *
  5. 1/2 sudu kecil serbuk cili *
  6. 1/4 sudu kecil serbuk kunyit  *
  7. Garam secukup rasa
  8. 1 biji telur (dipukul )
Bahan Tepung
  1. 1 cawan tepung jagung
  2. 1/2 cawan tepung beras
  3. 1 sudu besar rempah kari ayam
  4. 1/2 sudu kecil serbuk cili
  5. 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  6. garam secukup rasa
  7. * beberapa helai daun kari semasa mengoreng
  •  Ayam digaulkan bersama halia & bawang putih telah ditumbuk dan juga semua rempah bertanda * (lebih sebati klu di peram sekurang-kurangnya 1/2 jam)
  • campurkan semua bahan-bahan tepung dan di gaul sebati (digoncang didalam plastic bag)
  • celupkan ayam tadi ke dalam telur dan kemudian salut rata dengan bahan2 tepung tadi
  • goreng api sederhana & taburkan sedikit daun kari..goreng hingga masak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...