Monday, February 28, 2011

Telekung Sofiya

Sejak minggu lepas lagi Sofiya dah minta buatkan telekung ...sebab ibunya dah beberapa kali berjanji nak buatkan...
dia mengadu telekung yg lama dah kecik..dah terjulur jarinya...pakai telekung ibu pulak..besar sangat !
Sebenarnya ibunya pun tak penah lagi menjahit telekung...semuanya beli je..
Tapi bila dah berjanji..kenalah tunaikan.:(

Untuk peringatan diri sendiri juga, menjahit telekung saiz Sofiya (anggaran umur 7-12 tahun) perlu :-
  • 1 1/2 meter kain untuk telekung (termasuk renda @ tidak berenda & lapik di bahagian dalam )
  • 11/2 meter kain untuk membuat kain telekung
  • 3-4 meter renda untuk bahagian keliling telekung (pilihan)
  • 1/2 meter getah bersaiz 1/4 inci (utk bahagian muka & pengikatnya)
  • 1 meter getah bersaiz 1 inci untuk bahagian pinggang kain


letakkan lapik dibahagian kepala ~
supaya tak perlu  memakai anak tudung lagi

Sebenarnya menjahit  telekung lebih mudah dari menjahit baju, sebab jahitannya lurus saja, cuma perlu berhati-hati menguntingnya bahagian telekung dan menjahit dibahagian muka..takut lari dari saiz yang dikehendaki..dan telekong contoh memang perlu masa awal belajar menggunting & menjahit...(ehh..mcm cikgu kelas jahitan..hehe)
siapa yang berminat boleh mencuba...selamat menjahit!  :)

budak kecik ni sibuk jugak nak mencuba..:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...