Semalam try buat chilled oreo cheese cake ni, resepi mudah dan sedap, masa menyediakannya tak sampai 1/2 jam dan tak perlu dibakar dalam oven. Terima kasih pada lina atas resepinya..dan kawan-kawan nak mencuba resepi cheese cake silalah ;)
Bahan-bahan ;
- 1 bungkus biskut orea ( buang bahagian creamnya & tinggalkan 4-5 keping untuk bahagian atasnya)
- 50grm butter
- 250grm cream cheese
- 150grm gula castor
- 200ml whipping cream
- 1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon
- 1 1/2 sudu besar gelatin *
- 1/2 cawan air panas*
- Untuk bahagian dasarnya ; Kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya)
- Panas / Cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo
- Padatkan di bahagian dasar loyang, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer (saya guna loyang bersaiz 7 'inci lebar dan boleh dibuka bahagian bawahnya)
- Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan
- Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu
- Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim
- Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi
- Patah2kan @ kisar halus baki biskut yang tinggal masukkan ke dalam loyang
- Baki biskut yang telah dikisar tadi boleh juga ditaburkan di bahagian atas kek, selepas 2 jam dimasukkan di dlm peti sejuk.( tapi saya tidak letakkan)
- Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam
- Bila dah sejuk ..potonglah dengan pisau yg telah dicelupkan dgn air suam..
















