Powered By Blogger

Monday, May 9, 2011

Pulut & Kuah Durian

Kuah @ Serawa Durian & Pulut
Petang Ahad ..bawa anak-anak pusing-pusing, makan angin dalam kereta ..nampak orang jual buah durian kat tepi jalan
Cakaplah dengan Amelin.."geramnya ibu tengok durian tu...
Amelin jawab.."Ibu..durian tu untuk makan bukan untuk geram "
hehe..bijak..bijak..:)..


Ibu tak sampailah hatilah ..belilah 5 biji ..tinggal baki sebiji yang tak habis makan tu buatkan kuah durian & pulut..Kuah durian ni boleh juga dimakan dengan roti...

Bahan-Bahan Kuah Durian :
  1. 1 biji durian, keluarkan isinya
  2. l liter santan
  3. 1 ketul gula melaka @ Gula kabong (di hiris halus)
  4. 1/2 cawan gula (boleh tambah @ kurangkan ikut rasa)
  5. 2 helai daun pandan, disimpul

Bahan-bahan Pulut :
  1. 500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
  2. 350 ml air
  3. 1/2 camca teh garam
  4. 2 helai daun pandan, disimpul
Cara menyediakannya :
  1. Cara memasak pulut  :- Panaskan kukusan. Letak pulut di dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam . Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Gaulkan pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga masak
  2. Cara memasak kuah durian :- Dalam periuk, satukan isi durian (boleh masukkan sekali bijinya @ boleh dibuang) santan, gula , dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam . Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Masak hingga kuah pekat.Bolehlah dihidangkan dengan pulut..:)

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Salam & Selamat Hari Ibu untuk yang bergelar ibu, mama..mummy..mak & macam-macam lagi gelaran yang indah yang diberikan.

Syukur pada Allah diberikan anugerah & nikmat menjadi ibu...disayangi & dapat menyayangi..
Ini kad ucapan dari Amir & Sofiya sempena hari ibu ...macam-macam bentuk..dibeli & dibuat sendiri...kreatif sungguh ..terharu !!..terima kasih sayang..:)


Kad dari Amir Ashraf & Sofiya

Ucapan dari Sofiya

Dari Sofiya..siap tempat letak pen, pemadam & pembaris sekali..kreatif sungguh !!..:)

Kad ke 2 dari Amir, Sofiya & Amelin sekali

Raikan juga bersama mak...
Terima kasih mak...atas jasa yang tidak mungkin terbalas banyaknya..
melahirkan, membesarkan, memberi pelajaran...dan kasih sayang ..dari kecil hinggalah sekarang..:)

bersama mak
Esoknya raikan dirumah mak mertua pula bersama-sama adik-beradik yang lain..:)

Semoga Allah panjangkan umur kedua-duanya ..diberikan kesihatan yang baik..dan bahagia selalu..Amin..:)

Friday, May 6, 2011

Sama & Serupa



Macam kembar seiras...sama saiz & sama kain  ..
Asalnya saya buatkan1 pencil case atas permintaan kawan anak buah..
Alang2 saya buatkanlah sekali untuk diri sendiri..jadikan makeup case..(macamlah banyak alat mekap kan..hehe)


Bersaiz besar &  berlapik kain gam & kain cotton berwarna warna purple jugak..
Saiznya ; 10 1/4 inci panjang x 6.5 inc lebar..
saya gunakan zip saiz 10 inci...
Tak sampai 1 1/2 jam mengunting & menjahit ..siaplah kedua-duanya..Alhamdullilah..:)

Sulaman Riben - 2

Lamanya tak buat sulaman riben..last sekali akhir tahun lepas..
Inilah hasil yang pertama ..3 jambak bunga dari sulaman riben dan terus saya frame kan..buat kenangan...:)




Setengah tahun lepas tu..barulah saya dapat buat sulaman riben bahagian ke dua di bawah ni.:)
Itupun tak berapa cantik dan kemas..
maklumlah saya membuatnya di dalam kereta...masa dalam perjalan bercuti hari tu..
sebenarnya untuk kan lepaskan rindu je...:)




InsyaAllah...kalau dapat mencuri masa lagi, teringin jugak nak menyiapkan batch yang ke 2 pulak..
harap...tapi bilallah agaknya ..:)

Wednesday, May 4, 2011

Baju Kurung Bunga-Bunga

Wah..penuh dengan bunga-bungaan...:)
Baju sapakah ni..hehe..
Lehernya..tindihkan jahitan mesin dengan lapikkan kertas gam ...

Pesak Pahang...tiada potongan di bahagian pinggang

Kain potongan A

bahagian pinggang

......selalunya Sofiya & Amelin je yang pakai  baju yang berbunga-bunga ceria...tapi kali ni ibunya punya..agaknya nampak muda 10thn tak, klu pakai...hehe

Tuesday, May 3, 2011

Blended Orange Cup Cake


Hari ni mencuba Blended Orange Cake, resepi asal dari kak fida @ Myresepi..tapi diubahsuai ..letakkan dalam paper cup sebab senang anak-anak nak makan & bawa bekal ...bahan-bahannya pun di ubahsuai sikit..kurangkan sikit minyak & gula dan tambahkan jus orange sunquick dan letakkan taburan almond di atasnya.
Harum bau oren nya masa membakar....sedap& bahan-bahannya pun ringkas je..:)

Bahan-bahan :  ( utk 13 biji cup cake saiz medium )
  1. 1 biji buah oren
  2. 3/4 cawan minyak jagung
  3. 1 cawan gula halus
  4. 3 biji telur
  5. 2 cawan tepung gandum*
  6. 1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
  7. 1 titik perwarna kuning
  8. 1 sudu besar jus orange sunquick
  9. Almond secukupnya untuk dihiasan


Cara membuatnya :
  • Cuci buah oren, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah . Potong buah oren dan sagatkan sedikit kulit oren
  • Masukkan kedalam blender bersama, minyak, gula, jus oren sunquick, setitik pewarna kuning & telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan 3/4 penuh ke dalam muffin cake / paper cup & taburkan almond di atasnya
  • Bakar pada suhu 180C selama 20 min hingga masak.

Sunday, May 1, 2011

Polka Dots Hairpin ~ Sofiya & Amelin


 Hujung minggu yang panjang ni..ambil peluang mengajar dua anak dara, Sofiya & Amelin...belajar buat cekak & penyepit rambut yg dihiasi dengan bunga dari fabrik..Sofiya memang excited sangat nak belajar...& Amelin tukang perati je..
Inilah antara barang-barang asasnya..:)
benang, butang, pin & pin rambut

Kain perca
 Suka sangat dia..bila boleh buat sendiri..walaupun tak berapa kemas..tapi pada ibu kira luluslah tu..untuk kanak-kanak kan
....dengan tunjuk-ajar & tolong betulkan mana yang kurang...lebih kurang 1 jam lebih siaplah 2 sepit rambut & 1 cekak yang dihiasi dengan bunga fabrik ..nilah hasilnya..:)
sibuk..:)
Comel ..
 Sofiya punya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...