Powered By Blogger

Wednesday, April 6, 2011

Chocolate Oreo Ice Blended

selalu buat untuk anak-anak..kalau sebut je nak buat, mesti diorang suka..
rasa nyaman bila dinikmati waktu cuaca panas,
selalu saya buat waktu malam, dinikmati sambil menonton t.v
.sedap &.nyaman je...gabungan rasa coklat, biskut oreo, air krim coklat & coklat chip...
rasa sekali..mesti nak buat lagi..:)

Bahan-bahan : (utk hidangan 4 org)
  1. 6 keping biskut oreo (saya guna perasa coklat, gunakan cream nya sekali)
  2. 1 kotak kecil susu coklat
  3. 1 pkt Milo (3 in 1)
  4. 2 sudu besar susu pekat manis (tambah @ kurangkan ikut citarasa)
  5. Ais secukupnya
  6. 1/2 cawan air
  7. Ais krim coklat, coklat chip & biskut oreo (utk hiasan)
Cara menyediakan :
  • Kisar semua bahan (diatas) hingga halus
  • Hiaskan dengan ais krim, coklat chip & oreo (atau apa-apa saja yang digemari)
  • Sedia untuk dinikmati


Tuesday, April 5, 2011

Terima kasih..;)

Hujung minggu lepas teman mak & makcik shopping...
Tanpa disangka-sangka..

Terima kasih Makcik ..:)
 Bagi hadiah kasut ini kat kakteh..(macam tau-tau je ..kakteh memang nak beli kasut baru..hehe )
 dan bagi kakngah jugak..kasut hitam ini...
(masa ni kakngah tak ikut..tolong pilihkan..sebab tau dah taste kakngah....:)
Terima kasih daun keladi makcik...moga Allah murahkan rezeki..bolehlah dapat lagi..:)

Saturday, April 2, 2011

Blueberry Cheese Tart

Resepi Cheese tart ini rujuk dari resepi Lina, terima kasih Lina :)..
Pastry rapuh & cheese filling ini memang sedap..
Tapi rupanya tak berapa menarik sangat..sebab percubaan pertamalah kan..
InsyaAllah akan cuba lagi & lagi..sebab anak-anak memang suka & boleh makan puas-puas..
Kawan-kawan yang teringin nak cuba sendiri..silalah..:)

Bahan-bahan Pastry :-
  1. 300grm tepung gamdum
  2. 150 grm butter
  3. 80grm gula icing
  4. 1 sudu teh esen vanilla
  5. 1 biji telur 
Cara menyediakan Pastry :
  • Pukul butter & gula icing hingga sebati.
  • Masukkan telur & esen vanilla hingga rata (jgn terlalu lama, supaya tidak berminyak)
  • Masukkan tepung & uli hingga menjadi doh yang lembut
  • Sejukkan sebentar, 10-15 minit didalam peti sejuk.
  • Keluarkan dan masukkan doh kedalam acuan tart
  • Panaskan oven selama 10 minit suhu 170C & bakar tart pada suhu 170C selama 15-20 minit (hingga keperangan)
  • Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebentar
Bahan-bahan filling :-
  1. 250grm creme cheese
  2. 2 biji telur
  3. 80grm gula icing
  4. 25grm butter
  5. Blueberry filling secukupnya 
Cara menyediakan :-
  • Pukul semua bahan filling hingga kembang & gebu
  • Sudukan kedalam tart yang sudah siap dibakar
  • Sudukan sedikit blueberry filling & corakkan mengikut kreativiti
  • Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit (hingga kekuningan)

    Wednesday, March 30, 2011

    Penghibur hati... Amelin..

    Amelin...macam-macam ragam...:)
    ceria..manja..kuat menangis..yang paling tak tahan sekali ..kuat menjerit..
    suaranya yang serak-serak tu kalau menjerit...Adoyaiii..
    dah namanya budak kecik..umur 5 tahun.. ...

    Kadang-kadang boleh gelak sorang-sorang bila ingatkan kata-katanya yang jujur padahal lawak sangat pada ibu
    ______________________________________

    (waktu sedang mandikan Amelin)
    Amelin : ibu... kalau ibu dah tua adik kena panggil ibu.. nenek kan..ayah, adik panggil atuk..(dengan muka serius)
    Ibu : hehe (dah tergelak-gelak) kalau Amelin dah besar ibu panggil Amelin.. ibu lah ..sebab Amelin dah besar
    Amelin : Mana ada..adik kecik jugak..

    Ibu : tenung mukanya & sambung gelak..hehe
    _______________________________________


    Amelin paling suka menulis dan melukis.
    Ini lukisan pertamanya (minggu lepas ) yang pada saya sekeluarga amat mengejutkan..hehe
    sebab dia dah pandai lukis pakai water colour..boleh buat tone colour lagi...tanpa bantuan abang & kakaknya..siap pakaikan apron..takut baju tidurnya kotor..

    saya tanyalah pada Amelin.(selepas dia siapkan gambar)
    __________________________________________

    Ibu : Amelin dah besar nak jadi apa (agak2 saya mesti nak sebut pelukis pulak)
    Amelin : Tukang urut...
    Ibu : hehe..(rasanya semenjak pandai urut ibu, cita-citanya dah bertukar dari doktor ke tukang urut)

    lawaknya Amelin

    Monday, March 28, 2011

    Mee Soya Sup

    Menu makan malam utk  famili tercinta hari ini saya buat Mee Soya Sup dan kuih Puteri ayu..


    Pernah makan mee soya tak?
    ..haa tak pernah ? rugi tau..hehe..rasanya lebih enak dari kuew tiaw sup..sebab mee nya lebih kenyal, tidak berminyak dan.yang penting mestilah halal..
    jadi kenalah cuba sendiri .:)

    Bahan-bahan ;
    1. 1 pkt mee soya (saya gunakan 5 keping)
    2. 1/2 biji bawang besar putih (bawang india) *
    3. 3 biji bawang putih *
    4. 1/2 inci halia * (bahan * dihiris halus)
    5. 1 biji kulit kayu manis, 1 biji bunga cengkih & 1 biji bunga lawang (bahan penumis)
    6. 1 sudu teh rempah sup (Adabi)
    7. lada sulah & lada hitam (secukup rasa)
    8. Air (secukunya )
    9. Minyak masak (untuk menumis)
    10. Bahan2 dalam sup - seperti ; sedikit daging, bebola ikan, tauhu, telur, fillet ketam (apa-apa saja bahan kegemaran  )
    11. Campuran sayur-sayuran - carrot, cendawan tiram, bunga Kobis & sawi
     Cara menyediakannya :
    • Tumis bawang & halia yang telah dihiris hingga layu
    • Masukkan daging, tumis sebentar kemudian masukkan air secukupnya
    • Bila daging telah empuk masukkan rempah sup, lada hitam & lada sulah ~ perasa kan garamnya
    • Masukkan bahan-bahan sup lain ~ biar mendidih & pecahkan telur..biar sebentar
    • Masukkan pula sayuran seperti carrot dulu & sayur2 lain
    • Masukkan Mee Soya..masak sebentar hingga mendidih
    • Tutup api & dihidangkan dengan hiasan daun sup & bawang & bawang goreng 
    • ** air untuk  kuah supnya perlu banyak kerana mee soya akan meresap kuah supnya..

    Sunday, March 27, 2011

    Hias kamar..:)

    Minggu ni saya beralih angin menjahit..(menjahit pun ada angin..hehe)
    jahit kelengkapan bilik tidur @ kamar beradu pula..:)
    Jahitan yang sempat saya buat ialah 4 buah sarung kusyen & cadar

    Biasanya kalau beli dah siap susah betul nk jumpa cadar yang besar menutupi hingga ke bawah..biasanya tergantung je..ternampak kakinya..hehe
    Kain cadar hitam putih ni saya pilih bidang besar 110 inci..2 meter dah cukup  buat cadar untuk katil saiz king..:)
    Aksi manja Amelin..hehe
    InsyaAllah kalau ada masa, nak sambung menjahit langsir bilik warna putih sebab langsir lama dah tak padan pulak ...:)

    Saturday, March 26, 2011

    Birthday Party Sofiya...

     Hari ni buat lagi birthday party untuk Sofiya .
    2 kali dah Sofiya tiub lilin...mmm..seronoknya dia..:)
    _______________________________________________

    Minggu lepas untuk family sebelah ibu ..
    Raikan bersama-sama sepupunya Nabila & Najmi yang selang sehari awal dari  tarikh lahir Sofiya..


    birthday kek Sofiya & Nabila..kek di sponser oleh Makngah..mekasih makngah..:)


    Birthday Nabila ~ke 12 & Sofiya ~ ke 10..Happy Birthday!!
    ..budak comel tunjuk perasaan..hehe
    Semua family berkumpul..:)
    ____________________________________
    & hari ini untuk family sebelah ayah pula..

    Hari ni ibu terlebih rajin..buat cup cake vanilla & chocolate cake..:)


     1..2..3...

    sebenarnya yang paling seronok dapat berkumpul sesama keluarga..borak-borak
    .dan pada anak-anak seronok berjumpa sepupu-sepupunya...
    Alhamdullilah.. ..:)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...