Powered By Blogger

Saturday, April 13, 2013

Marble Cheese Brownise




Assalamualaikum..

Saya masih lagi demam brownise....rasanya sudah tahap ketagih..:)
sudah 3 minggu berturut-turut mencuba resepi brownise...resepi kali ni saya ambil dari blog jintan manis...tertarik dengan corak2 mable cheese brownise tu...
Alhamdullilah bahan-bahan pun ada..jadi berbrownise lagilah ...:)


Bahan-bahan Brownies :
  1. 250g butter1 cwn serbuk koko
  2. 3 biji telur gred B
  3. 1 1/2 cwn gula castor
  4. 1/2 cwn susu cair
  5. 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  6. 1 tsp baking powder
  7. 1 tsp soda bikarbonate
  8. 1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:

  1. 250g cream cheese
  2. 1 cwn gula castor
  3.  1 biji telur gred B 
  Cara-cara:


1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...