Sunday, March 17, 2013

Bunga dari kain perca

Asslamulaikum

 Bunga dari kain perca ni hasil tangan dari Sofiya sendiri...Saya tolong buatkan contoh 5 bulatan saiz berbeza  dari kertas manila dan selebihnya saya tunjukkan dan dia buat hingga siap..
Seronok & mudah untuk hasilkan kraf ni..
Bahan2 & Cara membuatnya seperti di bawah..

Bahan-Bahan yang diperlukan

  1. Kain (sebaiknya jenis satin)
  2. Kertas manilla (atau apa2 saja yg keras)
  3. Kain Felt berwarna hijau (gunting seperti bentuk daun)
  4. Butang
  5. Getah berukuran 1/2 inci
  6. Lilin (untuk merapikan bahagian tepi)
Cara membuatnya
  • Gunting Kertas Manilla kepada 5 bulatan yang berlainan saiz
  • Gunting kain perca yang di pilih mengikut bulatan dari kertas manilla tadi..lilinkan
  • Jahitkan 5 kelopak bunga tadi & jahit bersam butang & manik di tengahnya
  • Gunting kain felt berbentuk daun..lilinkan
  • Cantumkan di belakang bersama2 kelopak bunga tadi
  • Jahit getah bersama2 bunga & daun tadi...Siap..:)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...