Powered By Blogger

Monday, September 27, 2010

Gaun Polka Dots

Milik baby ~ Adriana untuk dipakai di hari raya..

Rasa teruja untuk menjahit gaun ini..
First time saya menjahit gaun untuk baby bawah umur 1 tahun .
(biasanye buat untuk Amelin ~ baby 4 tahun ..baby lagi!)
Corak Polka dots dah cantik. ..saya cuma tambahkan renda bersulam di bahagian dada &  serta reben dari di bahagian belakang untuk lebin cute..
Lega bila siap..alhamdullilah..

Tuesday, September 21, 2010

Uikkk seksinya !!

Amelin di Family Day La-Salle P.J

Kanak-kanak seksi takpelah kan..nampak comey..:)
Sundress ini paling simple untuk disiapkan.

Ambil Masa lebih kurang 1 jam
Cuma cantumkan getah di bahagian dada, tali & renda...
Sesuailah untuk kanak-kanak yang sedang lasak macam Amelin..

Belajar design baru !


Ilham untuk menghasilkan blouse ni saya dapat dari blog..nampak menarik & mudah.
Tapi.yang susah hanya untuk mencantumkan kain di bahagian leher dengan bahagian badan.
Sepatutnya saya membuat  lakaran dulu pada kertas sebelum mengunting pada kain (pengajaran untuk diri sendiri)..

Alhamdullilah ..siap jugalah .(layan posing manja dari Amelin )

Tuesday, September 7, 2010

Gaun Coco


Macam-macam corak ada dalam satu kain . Saya suka warna dan kombinasi coraknya. 
Dress ini saya buat sama design Sofiya dan Amelin, cuma bezanya di bahagian bawah gaun, saya buatkan renda dari kain yang sama untuk Amelin dan untuk Sofiya saya jahitkan renda yang sama di pinggang dan bahagian bawah gaun
Saya suka gunakan renda ini..kualiti dan coraknya cantik.
Gaun ni saya buat awal, simpan untuk raya nanti..:)

Rose pink


Gaun warna pink lagi!.
Bunga rose warna pink sungguh cantik pada mata saya, .
Kain ini saya di Jakel..asalnya nak beli kain langsir tapi terbeli juga kain ini walaupun dah banyak koleksi kain dalam simpanan...dan kain ini saya potong dulu..
Saya beli hanya 1 mtr, jcukup untuk Amelin sorang.

Bunga Matahari


Saya suka bunga-bunga yang ceria pada kain ni..nampak ceria.
Saya buatkan lebih kurang sama design yang pernah saya buat dulu, cuma saya tambahkan reben dibahagian pinggang dan renda warna pink di bahagian bawah skirt..untuk nampak comel & lebih comel lagi bila si comel yang gayakannya. :)

Wednesday, September 1, 2010

Sumber Inpirasi


Amelin Syahirah adalah sumber inpirasi saya untuk aktif menjahit.
Lama betul saya kurang aktif menjahit, sehinggalah si comel ni boleh berdikari sendiri.
Setelah 3 tahun lebih umurnya..inilah gaun pertama yang saya buat  untuknya..
Gaun yg sama juga saya buatkan untuk Sofiya.
Alhamdullilah..:) 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...