Powered By Blogger

Thursday, January 6, 2011

Kembali ke sekolah ~ 4




Pencil case berbunga hitam putih ini bersaiz  : 11 inci x 6.5 inci,
berlinen kain hitam & berlapik kertas gam didalamnya..

Saya buatkan utk anak buah, Hafizah Khairiah yang sedang belajar di Kolej..
Saya besarkkan saiznya dari biasa , sebab katanya nak letak banyak benda termasuk calculator sekali dalam tu..:)

Tuesday, January 4, 2011

Kembali ke sekolah ~ 3

Projek wajib akhir tahun..baju uniform sekolah Sofiya
Sejak Sofiya tadika hinggalah sekarang baju kurung sekolahnya saya sediakan sendiri..
Lebih jimat, lebih sepadan saiznya walaupun memenatkan juga..:)

Biasanya, kain untuk buat uniform Sofiya saya beli awal cuti sekolah lagi..
biasanya juga...(selalunya) last minute baru siap..
samalah juga tahun ini..
Alhamdullilah... siap juga..:)


berseri2 hari pertama ke sekolah..

Monday, January 3, 2011

Kembali ke sekolah ~ 2

Sebelum ni tak pernah lagi buat pencil case utk budak lelaki..
Pada fikiran saya, mesti coraknya nampak kelelakian ..mestilah nampak macho.. :).
takan nak pakai corak bunga2 & polka dot pulak..:)
supaya taklah nampak janggal & segan untuk Haziq Haiqal memakainya
 Cari & cari...akhirnya terjumpa di Kamdar
Buat utk Haziq Haiqal, anak abang yg sulung..satu utk sekolah kebangsaan & satu untuk sekolah agama..
Inilah hasilnya..:)

Wednesday, December 22, 2010

Happy Birthday Amir Ashraf !




22hb December 1999, hari lahir Amir Ashraf
Pejam celik dah 11 tahun umur Amir

Masih segar terbayangkan wajah comelnya ketika itu.
Semua orang yang melihatnya mengatakan wajahnya persis ayahnya..
Malah sifatnya pun banyak mewarisi sifat ayahya...penyayang,  penyabar & sensitif
Dan mewarisi sifat ibu..kreatif & teliti..
Sentiasa mendoakan hidupnya dirahmati Allah dan diberikan petunjuk jalan yang lurus disepanjang hidupnya..
Semoga dia menjadi penghuni syurga....

Saturday, December 18, 2010

Kembali ke sekolah ~ Projek 1


Alhamdullilah..seronok ! dapat siap 5 helai pencil case ni,
paling seronok apabila berjaya menghasilkan nya dari tutorial dari blog,
maknanya bertambahlah ilmu ..:)
Suka pada design pencil case ni...berbentuk kotak, berzip & berlinen didalam.
Yang paling saya suka ; boleh campurkan 2 helai kain berlainan corak dalam satu.
Ini semuanya untuk anak2 & anak2 buah...sebenarnya masih tak cukup lagi.(maklumlah anak + anak buah = ramai )
Kerana masa terhad dan baju sekolah Sofiya pun belum siap lagi...:0
Oklah tu...sebagai percumaan dan dapat siapkan 5 helai ......Yahoo.. !!

Monday, December 13, 2010

Peasant Dress - Merah

Biasanya saya buat  2 baju yg sama untuk Sofiya & Amelin..macam kembar !

Sama kain, sama design, lebih kurang sama saiz cuma labuh je lain (sbb kakaknya lebih langsing ).
rasanya sejak  Sofiya ada Amelin...
mungkin satu masa berubah..bila Sofiya dah terasa malu utk pakai sedondon dengan Amelin..
tapi buat masa sekarang bila saya tanya Sofiya..jawapan nya masih: ; suka !.



Sunday, December 12, 2010

Untuk ~ Qistina

2 helai peasant dress untuk Qistina ...si comel 2 x lebih tembam dari Amelin..:)


Yang pertama - corak polka dots
Letakkan renda hitam bercorak di bahagian depan

Buatkan pendek sedikit sebab Qistina nak bergaya dengan legging
tambahkan juga riben dan butang berhias di lengan nya


Yang kedua...peasant dress guna kain yang sedia ada..:)

~sorry ! jurugambar tak profesional..gambar kaki yg menumpang sekaki pun ada ..hehehe




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...