Powered By Blogger

Wednesday, March 16, 2011

Bun Pandan Kismis

Dah lama betul tak buat roti..bread maker machine pun dah lama berehat panjang..hehe
Petang tadi try buat bun dari resepi Che Mat Gebu..
Lembut gebu je rotinya..terasa manis kismis dan harum pandan masa membakar..
Sedap dan berbaloi-baloi buat bila buat sendiri..trylah ;)

 Bahan-bahannya
  1. 300grm tepung roti
  2. 2 sudu teh yis (saya guna jenama Mauripan)
  3. 45grm gula halus
  4. 1/2 sudu teh bread softerner
  5. 1/2 sudu teh bread improver
  6. 1/2 sudu besar susu tepung
  7. 1/2 sudu besar pandan paste
  8. 100ml susu segar
  9. 105ml air
  10. 130grm kismis
  11. 1/2 biji telur
  12. 20grm lemak sayur (shortening)
  13. Sedikit mentega untuk disapu
Cara Membuatnya ;
  1. Gaul tepung, bread improver, bread softener, yis, susu tepung, gula & garam hingga rata
  2. Masukkan shortening, kismis, pandan paste, telur, susu @ santan  & air..uli hingga menjadi doh licin (tidak melekat ditangan)
  3. Bulatkan doh, tutup dengan plastik cling @ kain lembab, biarkan selama 1 jam hingga doh naik sekali ganda
  4. Tumbuk2 doh  & bulat-bulatkan (lebih kurang 50 grm satu) lebih kurang 14-15 biji
  5. Letakkan di dalam loyang yg telah di sapukan sedikit mentega 
  6. Biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 minit
  7. Panaskan oven sekejap..dan bakar pada suhu 170c selama 20 minit
  8. Keluar dari oven, sapukan dengan mentega di permukaannya..
Cara Membuatnya (Guna bread maker machine)
  1. Masukkan ke dalam bread maker machine, pilih setting doh dan tekan on
  2. Seterusnya ikut seperti langkah 4-8 diatas..
    Bread maker machine

    adunan doh sebelum di uli

    doh selepas siap di uli


    Doh selepas 45 minit di rehatkan..siap utk di bakar

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...