Powered By Blogger

Monday, March 21, 2011

Bun Seri Kaya

Hujung minggu lepas..takde aktiviti luar daerah..:)
Sempatlah buat 3 bun & Bun Seri kaya ini antaranya..semuanya rujuk dari resepi Mat Gebu.
Dohnya lebih lembut dari bun sebelum ni (melekat2 ditangan)..tapi hasilnya memang lembut..gebu..
& seri kayanya pun saya buat sendiri malam sebelumnya..dan letakkan sebagai hiasan di atas bun ni..:)

Bahan-bahannya :
  1. 350grm tepung roti (high protein flour)
  2. 200ml air sejuk (dari peti sejuk)
  3. 50g gula halus
  4. 1/2 sudu teh garam halus
  5. 3 camca besar yis
  6. 1 sudu teh bread improver
  7. 20g serbuk santan 
  8. 1 sudu besar susu tepung
  9. 1 biji telur (saiz kecil)
  10. 30g mentega
  11. 1 sudu teh pandan paste
Bahan hiasan ;
  1. secukupnya ; kaya & kelapa kering (saya gunakan bijan..sbb takde stok)
Cara membuatnya :
  • Gunakan mixer (sebab doh agak lembut)
  • Satukan kesemua bahan-bahan kecuali mentega & bahan hiasan..putarkan
  • Masukkan mentega..putar sehingga doh kenyal & elastik
  • Tutupkan dengan plastik cling biarkan 1 jam
  • Kaedah lain, mengunakan Bread Maker 
  • Selepas 1 jam..tumbuk2 & bahagikan doh ..bulat2kan dan biarkan selama 45-1 jam
  • Bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...