Powered By Blogger

Monday, March 28, 2011

Mee Soya Sup

Menu makan malam utk  famili tercinta hari ini saya buat Mee Soya Sup dan kuih Puteri ayu..


Pernah makan mee soya tak?
..haa tak pernah ? rugi tau..hehe..rasanya lebih enak dari kuew tiaw sup..sebab mee nya lebih kenyal, tidak berminyak dan.yang penting mestilah halal..
jadi kenalah cuba sendiri .:)

Bahan-bahan ;
  1. 1 pkt mee soya (saya gunakan 5 keping)
  2. 1/2 biji bawang besar putih (bawang india) *
  3. 3 biji bawang putih *
  4. 1/2 inci halia * (bahan * dihiris halus)
  5. 1 biji kulit kayu manis, 1 biji bunga cengkih & 1 biji bunga lawang (bahan penumis)
  6. 1 sudu teh rempah sup (Adabi)
  7. lada sulah & lada hitam (secukup rasa)
  8. Air (secukunya )
  9. Minyak masak (untuk menumis)
  10. Bahan2 dalam sup - seperti ; sedikit daging, bebola ikan, tauhu, telur, fillet ketam (apa-apa saja bahan kegemaran  )
  11. Campuran sayur-sayuran - carrot, cendawan tiram, bunga Kobis & sawi
 Cara menyediakannya :
  • Tumis bawang & halia yang telah dihiris hingga layu
  • Masukkan daging, tumis sebentar kemudian masukkan air secukupnya
  • Bila daging telah empuk masukkan rempah sup, lada hitam & lada sulah ~ perasa kan garamnya
  • Masukkan bahan-bahan sup lain ~ biar mendidih & pecahkan telur..biar sebentar
  • Masukkan pula sayuran seperti carrot dulu & sayur2 lain
  • Masukkan Mee Soya..masak sebentar hingga mendidih
  • Tutup api & dihidangkan dengan hiasan daun sup & bawang & bawang goreng 
  • ** air untuk  kuah supnya perlu banyak kerana mee soya akan meresap kuah supnya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...