Powered By Blogger

Saturday, July 30, 2011

Butter Pancake


Sarapan hujung minggu ni sungguh ringkas & mudah ..cukup untuk alas perut sementara makan tengahari...anak-anak memang suka makan pancake ..kalau Amir Ashraf boleh 3 keping sekali....tapi suami tercinta lebih minat makan style melayu..makan kuah durian ..lebih enak!..
Apa2 cara memakannya ...resepi dari Che Mat Gebu ni memang sedap & gebu .. sampai ke petang pun masih kekal kegebuannya...:)

Bahan-bahan :-
 
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
1 cawan susu segar
Secubit garam halus
Mentega, strawberry dan sirap maple untuk dimakan bersama pancake

Cara Menyediakannya :-

  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan  kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau hingga rata.
  3. Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama mentega, strawberry dan curahan sirap maple



    Thursday, July 28, 2011

    menonton sambil makan kacang kuda..:)

     Pecah rekod!!...1st time tertunggu- tunggu nk tengok perlawanan bola sepak ..& tengok sampai habis...hehe
    semua dipercepatkan...masak..makan malam..stop buat kerja-kerja rumah .. & pukul 8.30 dah duduk dengan suami & anak2  depan  t.v..
    Amelin pun dah diumpan permainan baru...haaha..takut dia mogok nk tengok cerita karton !!!
    Tapi memang bukan rezeki lagi..Pasukan Malaysia kalah juga di tangan Singapura...
    Apa2 pun tetap bangga dengan semangat Harimau Malaya !..




    Bahan-bahan
    1. Kacang kuda (direndam lebih kurang 3-4 jam)
    2. 1/2 biji bawang besar (dihiris)
    3. Daun kari
    4. 3-4 biji Cili kering (dipotong panjang)
    Cara menyediakkannya :
    • Basuh & rebus kacang  kuda dengan air secukupnya
    • Bila sudah empuk / masak..toskan airnya
    • Letakkan sedikit minyak & gorengkan bawang besar, cili kering & daun kari..sehingga layu
    • Masukkan kacang kuda..kacau sebentar & siap utk di hidang..

    Wednesday, July 27, 2011

    Breakfast @ Old Town White Coffee

    Old Town White Coffee ni terletak di 3rd mile square, Jalan Klang Lama...kebetulan suami ada urusan di situ, teruslah singgah...saya & suami try breasfast menu ...
    dah pukul 11.00 pg pun..kira2 breakfast & lunch sekalilah ni..

    Cuba...Menu 1 & 2..nampak sedap
    Banyak pilihan

    Saya Pilih ~ Menu 1  RM 3.90 - Nasi lemak, Chocolate Ais ..murah!
    sambal & nasi lemaknya..secukup rasa
    Menu 2 RM 4.90- 2 Roti Kaya , 2 bj telur 1/2 masak &  White Cofee - Pilihan suami

    dah lama sebenarnya tak makan di Old Town White Coffee ni..dah bertahun rasanya tak datang ..:).
    tapi utk menu breakfast yang  pilih ni..memang rasa berbaloi-baloi dengan harganya...sedap & yg  paling best rasa minumnya..pekat & berkrim ...
    Alhamdullilah & lain kali klu malas nak breakfast boleh datang lagi  !!.

    Saturday, July 23, 2011

    Udang Galah Lemak Cili Api ..menu hujung minggu

    Pagi-pagi lagi hari ni dah ke pasar..kalau masih pagi2 lagi ikan masih segar bugar lagi..klu dah tengahari..dah lemah longkai & pakai contact lens..hehe
    Hari ni amatlah beruntung..kerana yg dicari2 telah ditemui..udang galah !..tapi yg sedang-sedang aja.;)
    Setelah ditanya raja di hati saya..jawapannya..udang galah masak lemak cili api..(dah agak dah..) & saya tambah lauk sampingannya ayam goreng crispy ..lauk kegemaran anak-anak.
    Untuk alas perut sebelah petang pula saya buatkan Vanilla cupcakes..

    Udang Galah masak lemak cili api

    Ayam Goreng Crispy
    Untuk resepi ayam goreng crispy klik di sini

    Vanilla cup cakes


    Udang galah masak lemak cili api

    Bahan-bahannya :-

    1. 500 grm udang
    2. 23 biji cili api @ padi (boleh kurangkan, jika tak nak pedas) *
    3. 1 ulas kunyit *
    4. 1 ulas bawang kecil * (bahan * diblend atau ditumbuk lumat)
    5. 2 batang serai (diketuk sedikit)
    6. 1 liter santan pekat (saya guna dari 11/2 biji kelapa yg kecil)
    7. 1 keping asam keping
    8. kacang buncis (di potong panjang)
    9. garam secukupnya
    Cara menyediakannya :
    • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
    • Masukkan juga udang yang telah di basuh& serai ke dalamnya..masak sebentar..
    • Masukkan santan dan garam..kacau selalu hingga mendidih.
    • Bila sudah mendidih...masukkan asam keping & kacang buncis..masak sebentar
    • Tutupkan api & hidangkan

    Friday, July 22, 2011

    Resepi Paprik Seafood & Menu Ala Thai

    sawadikap...hehe..itu jelah yg saya tau.. haha....
    hari ni tak taulah kenapa tiba-tiba tekak rasa nk makanan masam-masam  ala-ala thai...
    mcm paprik, tomyam..jadi utk dinner malam ni saya masak semua menu yg teringin nak makan...paprik seafood, tomyam  & telur dadar dan cempedak goreng sebagai pemanis mulut.. ....:)
    cempedak ni saya terserempak masa balik kerja tadi, harganya boleh tahan mahal sikit sebab bukan musimnya lagi..Rm 8 untuk sebijik yg comel je... tapi dah teringin..Alhamdulillah isi manis & berbaloilah .:)


    banyaknya makanan yang teringin nak makan..mengalahkan orang mengidam...:)


    jom tengok resepi paprik seafood...resepinya telah saya ubah sedikit dari resepi asal paprik ayam dari blog dayang jack...

       Paprik Seafood
      Bahan-bahannya :-

    1. 300gm campuran udang & sotong
    2. 3 biji bawang merah ~ dihiris
    3. 2 ulas bawang putih ~ dicincang
    4. 1/2 inci halia ~ dicincang
    5. 1 biji bawang holland ~ dipotong
    6. 1/2 biji carrot ~ dihiris
    7. 3 batang kacang panjang ~ dipotong
    8. 3 helai daun limau purut
    9. 2 sb cili kering kisar
    10. 1 sb sos tiram
    11. 1 sb sos cili
    12. 1 sk sos ikan
    13. garam secukup rasa

    Cara-cara memasaknya :- 
    • Masukkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
    • Masukkan sotong biar sehingga masak & kemudian masukkan pula udang masak sebentar saja
      Tambahkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
      Masukkan carrot & kacang panjang. Gaul rata, biar sayur masak.
    • Masukkan bawang dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
      Sedia dihidangkan ;)

    Thursday, July 21, 2011

    Menu berbuka puasa

    Salam...rasanya ramai yg berpuasa sunat di bulan Syaban ni..menu hari ni yg saya sempat masak untuk berbuka puasa ..lauk kegemaran anak-anak ..Sofiya yang  suka makan sambal sotong..Amir pulak suka makan sambal telur rebus ...jadi saya letakkan sotong & telur sekali...:) ikan  pula saya masakkan kicap utk Amelin...Alhamdullilah...taklah rumit sangat nak memasak sebab lauknya simple je..jadi jimat sikit tenaga ibu...hehe



    Thursday, July 14, 2011

    Mini Pizza..:P

    Mini pizza ni saya buatkan untuk breakfast anak-anak ke sekolah...saiznya yg comel ni..senang utk anak2 makan & bawa  bekal
    Biasanya kalau buat roti  saya sediakan pada waktu malamnya lagi...sebab ambil masa yg lama
    bayangkanlah start membuatnya / menguli (BM yang buat...hehe) pukul 8.30 mlm  hingga pukul 12.00 mlm baru siap..adoyaiii...pening kepalaku...
    tapi bila tengok hasilnya hilang rasa pening & mengantuk...:)



    Bahan- bahan :-
    1. 380gm tepung high protein (tpg roti)
    2. 3 sudu besar susu tepung
    3. 100 gm gula castor
    4. 1 pkt (11 grm)  yis segera
    5. 1 bj telur gred A
    6. 120ml air
    7. 1 sudu teh bread improver
    8. 1 sudu teh bread softener
    9. 30gm butter
    10. 30gm shortening
    Topping:
    • 20-24 Sosej yg telah dipotong (1 btg sosej dipotong 4)
    • Mayonise
    • Sos Pizza / Sos Cili / Sos Tomato
    • Keju Mozarella

    Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
    1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker machine
    2. Setelah selesai proses menguli tembuk2kan doh untuk keluarkan angin didalamnya & bulat2kan doh kepada 20-24 bahagian
    3. Leperkan doh dibahagian atasnya dan letakkan sosej (yg telah dipotong 4) , mayonise, sos, keju mozarella
    4. Buat hingga habis & tutup dengan plastic cling dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.(Dalam 30-45 minit)
    5. Bakar doh dgn kepanasan oven 170 -180C lebih kurang 15 min atau sehingga masak.
    6. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
    Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
    1. Masukkan yis, sedikit gula, sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
    2. Masukkan tepung roti, susu tepung, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
    3. Masukkan telur. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
    4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
    5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
    6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
    7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 2 di atas dan seterusnya.

    Sunday, July 10, 2011

    Indahnya ~ Taman Botani Perdana

    Indahnya ciptaan Tuhan..
    Nyaman..tenang & sejuk mata memandang .......semua perasaan ni terasa bila berada di Taman Botani Perdana ..yang dulunya dipanggil Taman Tasik Perdana yg terletak di tengah  kota Kuala Lumpur ...taman ni telah di upgrade ke taman botani bulan June lepas oleh PM ..kalau semalam memang tak boleh masuk K.L hari ni dah aman -damai seperti biasa....:)

    Sehari berperap di rumah ..kesiankan anak-anak..saya & suami bawa diorang ke sini petang tadi..
    Seronok anak2..bebas bermain dan berlari...




    InsyaAllah...hujung minggu depan kita ke Taman Botani Putrajaya dan tengok bunga mawar di Fiesta Flora di Persiaran tasik Putrajaya.. ..:)

    Kuih Bakar Pandan

    Antara kuih favourite ni..suami & anak-anak pun sama....lemak, harum bau pandan tu..memang tak boleh tahan..:) selalunya buat ..bila abah (bapa mertua) bagi banyak stok santan....:)
    Resepinya mudah, ikut sukatan cawan je dari zana @myresepi.com..tapi  buat sikit ubah suai sikit ikut selera saya..;)

    Bahan-bahan :-
    1.  1 cawan tepung gandum - (saya guna 1tpg gandum + 1/4 cawan tepung naik sendiri )
    2. 1 cawan gula - (saya guna  3/4 cawan )
    3. 1 cawan air pandan
    4. 1 cawan santan -(saya gunakan 2 cwn santan)
    5. 1 cawan susu cair - (saya x gunakan)
    6. 3 biji telur 
    7. Sedikit pewarna hijau
    Sebagai hiasan- sedikit bijan
    Cara-cara:-
    • Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
    • Blender hingga sebati
    • Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
    • Taburkan bijan (jika suka)
    • Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..

    buat dalam saiz2 yg comel jugak..

    Saturday, July 9, 2011

    Berkebun ...di kebun yang comel

    pokok cili, daun kari, daun pandan & pokok peria baru nak tumbuh
    Wah besarnya kebun...haha..rasanya sekangkang kera lagi besar pada saiz kebun saya ni..
    bolehlah kan melepaskan gian bercucuk tanam..& hasil tanaman pun cukup2 untuk makan sendiri...
    Saya memang suka pada tumbuhan & tanaman..dulu masa duduk rumah tak bertanah ...teringin nak tanam macam-macam..Alhamdullilah walaupun comel je kebun ni..bolehlah tanam tanaman yang penting untuk memasak macam..daun kunyit, daun kari, cili, daun pandan...bila perlukan masa memasak.boleh ambil je dari belakang dapur
    kangkung, daun kunyit daun kari & pokok cili merah


    bersama Amir Ashraf...
    Hari ni saya dan Amir merangkap penolong pengurus kebun...hehe... ke kebun yang comel tu...terkejut sebabnya pokok cili yang saya sangka suka berbunga..sudah berbuah..adalah 5 biji...benihnya ditanam oleh Sofiya..sejuk tangan kakak....
    sebenarnya berkebun ni lebih pada suka-suka & utk hiburkan hati. lepas penat buat kerja rumah lain.:)

    Monday, July 4, 2011

    Bun berinti Seri Kaya

    Bun Seri kaya ni anatara bun yg saya buat hujung minggu hari tu...filling seri kaya tu saya beli yang eady made je.. senang..tapi tetap rasa sedap :)
    Resepi doh adunan ni..yg paling saya suka gunakan ..memang lembut dan gebu bunnya..jom kita tengok resepinya.;)

    Bahan- bahan :-

    1. 380gm tepung high protein (tpg roti)
    2. 3 sudu besar susu tepung
    3. 100 gm gula castor
    4. 1 pkt (11 grm)  yis segera
    5. 1 bj telur gred A
    6. 120ml air
    7. 1 sudu teh bread improver
    8. 1 sudu teh bread softener
    9. 30gm butter
    10. 30gm shortening
    Inti:
    1. seri kaya secukupnya

    Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
    1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker machine
    2. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
    3. Tembuk2kan doh untuk keluarkan angin didalamnya & bulat2kan doh kepada 10-15 bahagian
    4. Masukkan inti seri kaya didalamnya & bulat2kan kembali
    5. Buat hingga habis & tutup dengan plastic cling dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.(Dalam 30-35 minit)
    6. Bakar doh dgn kepanasan oven 170 -180C lebih kurang 20 min atau sehingga masak.
    7. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
    Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
    1. Masukkan yis, sedikit gula, sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
    2. Masukkan tepung roti, susu tepung, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
    3. Masukkan telur. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
    4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
    5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
    6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
    7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 3 di atas dan seterusnya.

    Sunday, July 3, 2011

    Bun bunga ...buatan Sofiya

    Alhamdulilla..Sofiya dah boleh menjadi kawan memasak saya di dapur..
    dan bila saya tanyakan cita-cita..dari dulu..disebutnya..Nak jadi Chef !..Harap2 apa yang dihajatinya dimakbulkan Allah...amin..


     Antara projek membuat roti hujung minggu lepas..utk letakkan topping & filling..Sofiya tolong isikan..cepat sikit siap sebab ada pembantu...:).


    Resepi bun bunga berinti kacang merah 

    Bahan- bahan :-

    1. 380gm tepung high protein (tpg roti)
    2. 3 sudu besar susu tepung
    3. 100 gm gula castor
    4. 1 pkt (11 grm)  yis segera
    5. 1 bj telur gred A
    6. 120ml air
    7. 1 sudu teh bread improver
    8. 1 sudu teh bread softener
    9. 30gm butter
    10. 30gm shortening
    Inti:
    • inti kacang merah secukupnya

    Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
    1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker machine
    2. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
    3. Tembuk2kan doh untuk keluarkan angin didalamnya & bulat2kan doh kepada 10-15 bahagian
    4. Masukkan inti kacang didalamnya & leperkan sedikit & belah di bahagian hujungnya seperti kelopak bunga 
    5. Buat hingga habis & tutup dengan plastic cling dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.(Dalam 30-35 minit)
    6. Bakar doh dgn kepanasan oven 170 -180C lebih kurang 20 min atau sehingga masak.
    7. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
    Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
    1. Masukkan yis, sedikit gula, sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
    2. Masukkan tepung roti, susu tepung, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
    3. Masukkan telur. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
    4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
    5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
    6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
    7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 3 di atas dan seterusnya.

    Roti lagi...:)

    Semalam roti...hari ni roti lagi ??..hehe....yang semalam 4 dulang tu telah habis...laris...macam roti panas goreng pisang panas..jadi hari ni buat lagi untuk makan2 & buat stok seminggu kat rumah...
    Hari-harilah breakfast roti...bai roti  lalu pun tak heran dah...(sebab dah muak..hehe)

    Pagi-pagi lagi dah mendera Bread maker..hari ahad pun kena overtime..hehe..sian !!....

    buat 2 adunan terus..utk 6 jenis bun...inilah hasilnya..


    Bun berinti kaya

     Bun bunga..berinti kacang merah...

    Yang ni Blueberry & Raisin Roll..berhimpit-himpit...dah tak berapa nak roll rupanya...:)

    Yang ni 1 dulang..3 jenis bun..Chocolate Chip , Bijan &  Almond 
    Untuk 3 bun ni...boleh tengok resepi & cara-cara menyediakannya di sini 

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...