Powered By Blogger

Thursday, June 9, 2011

Bun Bunga ...berinti Kacang Merah


Bun bunga...bungalah ni ekk?haha..sebenarnya hati saya pun berbunga-bunga bila tengok bun ni bila dah siap masak...tak seperti selalu..bulat2 kan je..kali ni terlebih sikit rajin..bila dah siap bulatkan & letakkan inti kacang di dalamnya..saya leperkan sedikit & potong di bahagian hujungnya seperti kelopak bunga... ..anak-anak pun lebih excited nak makan..:)



Bahan- bahan :-
  1. 380gm tepung high protein (tpg roti)
  2. 3 sudu besar susu tepung
  3. 100 gm gula castor
  4. 1 pkt (11 grm)  yis segera
  5. 1 bj telur gred A
  6. 120ml air
  7. 1 sudu teh bread improver
  8. 1 sudu teh bread softener
  9. 30gm butter
  10. 30gm shortening
Inti:
  • inti kacang merah secukupnya

Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker machine
  2. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  3. Tembuk2kan doh untuk keluarkan angin didalamnya & bulat2kan doh kepada 10-15 bahagian
  4. Masukkan inti kacang didalamnya & leperkan sedikit & belah di bahagian hujungnya seperti kelopak bunga 
  5. Buat hingga habis & tutup dengan plastic cling dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.(Dalam 30-35 minit)
  6. Bakar doh dgn kepanasan oven 170 -180C lebih kurang 20 min atau sehingga masak.
  7. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 3 di atas dan seterusnya.


2 comments:

  1. kak long, kalau tiada bread improver & bread softener ok tak?

    ReplyDelete
  2. sorry ye tasya lambat reply..kaklong x perasan
    klu x de bread improver..boleh pakai bread softener...;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...