Masa buat adunan Cinnamon Roll, saya gandakan adunan unutk buat Chocolate Chip bun ni...tambah serbuk koko & chocolate chip ..jadilah bun ni...abaikanlah rupa dan saiznye ye....nak cepat siap..macam tulah rupanya..hehe...saya buatkan bun ni sebab takut pulak anak-anak tak suka rasa cinnamon...tapi dua-dua dia makan....
Chocolate Chip Bun
Bahan-bahan :
- 250 gram tepung roti (high protein flour)
- 50 gram gula halus
- 1/2 camca teh garam halus
- 10 g susu tepung
- 1/4 camca teh bread improver
- 1/4 camca teh bread softerne
- 1 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar chocolate chip (boleh tambah jika suka)
- 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
- 6 gram instant yeast
- 20 g lemak sayur (shortening)
- 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
- UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
- KAEDAH LAIN :- "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2). Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker..tunggu hingga siap
- Bila doh dah naik..tumbukkan doh tadi dan bulat-bulatkan .. perap 45 minit lagi. Selepas tu, sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Selamat mencuba..
Choc. Chip Bun & Cinnamon Roll..utk minum petang..:) |
No comments:
Post a Comment