Pagi Ahad ni...mulakan tugas dengan Mr Bread maker..teruja nak buat blueberry finger dari resepi Kak Umi @ Home Sweet Home..nampak menarik sungguh!..
Satu adunan dari resepi ni..saya buatkan 2 bun yang berlain..Blueberry finger bun & Sweet Bun..
BLUEBERRY FINGER BUN
Doh:
- 380gm tepung high protein (tpg roti)
- 3 sudu besar susu tepung
- 80gm gula castor
- 3 sudu kecil yis segera
- 1 bj telur gred A
- 100ml air
- 100gm Water Roux
- 30gm butter
- 30gm shortening
Topping:
- blueberry filling (diblend halus) atau custard filling
Filling kastad:
- 1 cawan susu fresh
- 2 sudu besar kastard
- 2 sudu besar gula
- campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
- kacau supaya tidak berketul/hangus
- masak hingga sedikit pekat
- padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan
- Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
- Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
- Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
- Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening. Biarkan proses menguli hingga selesai.
- Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
- Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
- Ambil sebiji doh dan canai nipis.
- Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
- Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
- Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
- Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
- Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard ke atas doh yg dah naik.
- Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
- Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
- Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
- Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
- Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
- Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
- Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
- Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
- Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 6 di atas dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment