Powered By Blogger

Monday, May 30, 2011

Scones

sedap dimakan dengan jem, krim & butter
Lepas makan scones  di Teapot Deli tengahari tadi  klik sini...terus teringin nak try buat scones sendiri.
Selesai je makan malam terus cuba resepi scones dari Yani@Myresepi.com..
Cara membuatnya senang je..&  saiznya saya buatkan kecik sikit ...
Hasilnya pun memuaskan tapi rasanya sikit kurang lemak susu banding dari scones yang saya cuba di Teapot Deli
InsyaAllah..kalau ada masa lain kali nak try buat scones dari resepi yang lain..:)

Bahan-bahan ( 9~10 biji )
  1. *125g tepung roti
  2. *125g tepung gandum
  3. *1 sudu besar baking powder
  4. *2 sudu besar gula halus
  5. @1 biji telur
  6. @50g plain yogurt
  7. @50g susu segar
  8. 50g butter
Sebelum di bakar
Cara-cara
  • Potong dadu/ kecil2 butter. Kemudian simpan dalam peti sejuk 
  • Masukkan semua bahan @ ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang atau berbuih. 
  • Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam food processor. Mix sehingga sebati. Masukkan pula butter. Mix lagi sehingga jadi serbuk roti. - kalau takde food processor, bhn * bolehlah diayak kemudian ramas butter jadi spt serbuk roti. 
  • Masukkan no.3 ke dalam no.2. Kacau dengan spatula sehingga takde debu-debu tepung. Nak cepat boleh juga uli dengan tangan. Simpan doh dlm peti sejuk selama 10 minit
  • Panaskan oven sehingga 200 degree 
  • Keluarkan doh dari peti sejuk.Taburkan sedikit tepung roti di atas papan canai. Canaikan jadi bentuk panjang. Tabur pula sedikit tepung roti ke atas doh. Lipat 2. Kemudian canai memanjang lagi. Ulang langkah ini sehingga 5 kali. dah ketebalannya lebih kurang 1.5~2cm. 
  • Terapkan dengan bentuk bulat atau apa saja yang anda suka. Boleh juga dipotong mengikut bentok yg disukai. 
  • Sapukan dengan susu segar dipermukaan scone. Bakar selama 15 minit. 
  • Bila siap bolehlah dimakan dengan jem, butter atau krim..:) 
  •  

Teapot Deli @ SACC Mall

Hari ni jalan-jalan cari makan dengan Lina kat Teapot Deli @ SACC Mall Shah Alam..
Deko cafe ni nampak comel..ala English style..banyak teapot di gantungkan..sesuailah dengan namanya..:)
sebenarnya teringin nak mencuba scone yang dikata2 dlm blog...sedap tu..betul ke..? (mcmlah penah makan scone sebelum ni..hehe)

Chicken Roasted with baked potato & broccoli...

Scones, jem & cream
 memang sedaplah scone nie.....rasa lemak susu ..sesuai makan dengan jem & cream.....bolehlah try buat sendiri bila dah tau rasanya...:)

scone & macam-macam jenis pastry puff lagi...
terima kasih Lina kerana sudi temankan ..:)
 balik tu singgah jugak kat Gulati's ...macam ada magnetlah kedai tu...terbeli jugak dua helai kain lagi..kali ni beli dua2 warna hijau...simpanlah buat stok lagi..:)

Gaun Ungu Amelin..


2 helai gaun berwarna ungu saya buatkan untuk Sofiya & Amelin ..
Yang seksi ni versi Amelin...suka & sangat teruja bila gaun seksi Amelin ni siap...:)


Kali ini cuba buat design baru ... leher berbentuk U ni inpirasi dari YCMD.Com
di bahagian belakang baju yang lebih luas dari bahagian depan...sesuai sangat untuk berbadan gebu.macam Amelin .:)


di bahagian pinggan saya buat 2 lipatan kain plain berwarna ungu jugak..bereben di bahagian belakang & berlapik di bahagian bawahnya guna kain yang sama...


Gaun ni tak siap berbutang lagi...Nanti boleh minta modelnya tolong gayakan..(tu pun kalaulah dia sudi...:)

Sunday, May 29, 2011

Baju Kurung Merah Jambu

Baju kurung bunga-bunga pink ni Qistina yg punya..ala sedara Amelin yang 2x lebih gebu dari Amelin..:)
Bila jahit baju saiz XS rasa macam kecik sangat..tapi bila jahit baju kurung Qistina yg saiz XL ni rasa comelnya anak dara nie...Alhamdullilah...walaupun ambik masa 2-3 hari jugak bertekun jahit baju kurung sepasang ni..(sebab tukang jahitnya kurang sihat )....kata ibunya nak bergaya tengok org kawin....:)

ukuran pesak ~ 2 1/2 atas & 4 1/4 bawah..

Jahit mata lalat & sembat susup di bahagian leher


jahitkan juga di bahagian tepi lipatan kain

Saturday, May 28, 2011

Saya suka..dia pun sama..:)

ikan masin sepat & ikan pelaling....pelengkap..
Sarapan pagi tadi ala-ala western, pasta in creamy sauce....tak mengikut piawaian selera suami..:)..jadi untuk makan tengahari ni...tanyalah apalah lauk yang dia teringin nak makan...merangkap chef dapur..masaklah apa yang di sebutkan ..&  apa-apa yang dimintanya pun..sama je dengan tekak saya sendiri...saya suka & dia pun sama :)

sayur kambas & rebung madu
Lauk ala kampung..masak lemak daging & rebung, sayur kambas goreng cili & ikan bilis dan pelengkapnya, ikan pelaling goreng & ikan sepat goreng...
Masak lemak daging dengan rebuk...
 sayur kambas goreng sambal & ikan bilis...

Untuk minum petang...saya buat cup cake pisang & coklat chip..kesukaan anak-anak..:)

Pasta in creamy sauce

Sarapan hari ni..try buat resepi yg di ambil dari blog Kak Umi@home sweet home ...tapi  guna pasta bentuk bowties yg cute....sarapan ni ikut selera anak-anak..sebab rasanya creamy & cheese tapi taklah menjadi kesukaan suamiku .setakat makan sepinggan je..takpelah sesekali ikut selera anak-anak....:)

Bahan -bahan (saya guna separuh dari sukatan saja)
  • 450g  Spaggetti  (sy guna pasta ~ bowties)
  • 2 camb minyak jagung (sy guna olive oil)
  • 1 labu bawang besar
  • 6 biji cendawan butang (dihiris )
  • 200g udang - dibuang kepala & kulit (saya campurkan sekali crab sticks )
  • 115g keju cheddar (sy letak 2 kpg cheesedale utk separuh sukatan)
  • 3 biji telur
  • 3 camb susu segar @ 4 camb whipping cream
  • garam, serbuk lada hitam secukupnya
  • 3 camb hirisan daun parsli @ dried parsley (sy tak letak)

Cara:-

  1. Jerang air yg banyak, bila mendidih, masukkan 1 camb minyak, garam dan spaghetti.
  2. Cincang bawang, panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu dan keemasan.
  3. Masukkan udang dan kacau hingga udang masak. Ketepikan.
  4. Parutkan keju. (saya x buat step ni laa..guna cheesedale terus masuk dlm spaghetti ketika panas tu).
  5. Pukul telur dengan garfu.
  6. Bila udang masak, masukkan cendawan butang,  susu atau whipping cream dan bubuh garam serta serbuk lada hitam.
  7. Toskan pasta kemudian letak semula di dlm periuk.
  8. Masukkan telur dan keju, kacau cepat dan campurkan dengan bahan gorengan.
  9. Kemudian sajikan dan hias dengan daun parsley.

Monday, May 23, 2011

Selamat Hari Lahir Amelin Syahirah !

24 May 2006 - 24 May 2011..
Sekejapnya masa berlalu..dah 5 tahun umur Amelin



Hanya Allh saja yang tahu perasaan ibu terhadap Amelin..tak ada kata-kata dapat menyatakan..
Syukur di kurniakan Amelin..penyeri kami sekeluarga..:)

macam-macam Amelin..:)
Semoga Allah merahmati & tunjukkan jalan yang terbaik sepanjang hidup Amelin..:)

Sunday, May 22, 2011

Blueberry Finger Bun


Pagi Ahad ni...mulakan tugas dengan Mr Bread maker..teruja nak buat blueberry finger dari resepi Kak Umi @ Home Sweet Home..nampak menarik sungguh!..
Satu adunan dari resepi ni..saya buatkan 2 bun yang berlain..Blueberry finger bun & Sweet Bun..


BLUEBERRY FINGER BUN
Doh:
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur gred A
  • 100ml air
  • 100gm Water Roux
  • 30gm butter
  • 30gm shortening
Topping:
  • blueberry filling (diblend halus) atau custard filling
Filling kastad:
  • 1 cawan susu fresh
  • 2 sudu besar kastard
  • 2 sudu besar gula
  1. campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
  2. kacau supaya tidak berketul/hangus
  3. masak hingga sedikit pekat
  4. padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan
Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  5. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  6. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  7. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  8. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  9. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  10. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  11. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  12. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard ke atas doh yg dah naik.
  13. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  14. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 6 di atas dan seterusnya.

Santapan Ahad

Hujung minggu, jika tak kemana-mana...banyaklah sikit masa untuk memasak hidangan yg suami, anak & diri sendiri yg teringin nak makan dan masa untuk  mencuba resepi baru yg diangan utk buat (tu pun klu jadi..:)
Resepi baru & lauk utk makan tengahari yg sempat saya masak hari ni..:)
..Pagi ni try buat 2 resepi bun baru..dari 1 adunan yang sama :)
Blueberry finger bun

Sweet Bun
Tengahari masak lauk yg ala kampung...yg simple..
Masak lemak cili api ayam - favourite suami tercinta

Sotong masak kicap untuk Amelin yg tak makan pedas..

sayur bayam goreng - selalu tukang masak jugak yg kena habiskan..:)


Friday, May 20, 2011

Cuci Mata @ SACC Mall

Jumaat, 20hb Mei 2011..
Rehat panjang sikit hari Jumaat ni..ambil masa jalan2 sambil cuci mata ke SACC Mall dengan Nur Lina..
Shopping kain..lagi!!.kat Gulati's... klu tak beli teringat-ingat pulak..hehe..
simpan buat stok lagi..:)
English Cotton utk buat dress Amelin & Sofiya
Singgah makan dengan Lina kat Noodle Station Restaurant @ SACC..sedap !...:)
Strawberry Nut & Mango Sorbet
Kiri disebalah atas tu..tak ingat namanya..tapi meenya kenyal  & dimasak dengan cheese..rasanya..
Terima kasih Lina temankan  shopping..lepas 2 minggu  takde lagi Lina nak temankan...

Wednesday, May 18, 2011

Choclate Chip Bun



Masa buat adunan Cinnamon Roll, saya gandakan adunan unutk buat Chocolate Chip bun ni...tambah serbuk koko & chocolate chip ..jadilah bun ni...abaikanlah rupa dan saiznye ye....nak cepat siap..macam tulah rupanya..hehe...saya buatkan bun ni sebab takut pulak anak-anak tak suka rasa cinnamon...tapi dua-dua dia makan....



Chocolate Chip Bun


Bahan-bahan :
  1. 250 gram tepung roti (high protein flour)
  2. 50 gram gula halus
  3. 1/2 camca teh garam halus
  4. 10 g susu tepung
  5. 1/4 camca teh bread improver
  6. 1/4 camca teh bread softerne
  7. 1 sudu besar serbuk koko
  8. 2 sudu besar chocolate chip (boleh tambah jika suka)
  9. 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  10. 6 gram instant yeast
  11. 20 g lemak sayur (shortening)
  12. 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Cara menyediakannya :
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. KAEDAH LAIN :- "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2). Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker..tunggu hingga siap
  3. Bila doh dah naik..tumbukkan doh tadi dan bulat-bulatkan .. perap 45 minit lagi. Selepas tu, sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Selamat mencuba..
Choc. Chip Bun & Cinnamon Roll..utk  minum petang..:)

Cinnamon Roll

Cinnamon Roll
Cuti wesak hari tu..try buat Cinnamon Roll ni untuk minum petang...ada banyak masa petang tu buatlah roti yg susah-susah sikit....hehe...tengoklah resepi sifu Che Mat Gebu..terus ambil resepi Cinnamon Roll ini....alang-alang dera Mr Bread maker..buatkan terus 2 ganda sukatan dari resepi asal ..

1 adunan buat Cinnamon Roll..& 1 adunan lagi buat Chocolate Chip Bun ...

Alhamdulillah.memang sedap & lembut, terasa cinnamon, manis kismis & ceri ..berbaloi jugak membuatnya..1 adunan Cinamon Roll dapat 16 biji..
.
Cinnamon Roll
Bahan-bahan :
  1. 250 gram tepung roti (high protein flour)
  2. 50 gram gula halus @ gula kastor
  3. 1/2 camca teh garam halus
  4. 10 g susu tepung
  5. 1/4 camca teh bread improver
  6. 1/4 camca teh bread softerner
  7. 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  8. 6 gram instant yeast
  9. 20 g lemak sayur (shortening)
  10. 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Bahan tabur :
  1. 1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
  2. 3 camca besar gula perang (brown sugar)*
  3. 1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
  4. 1/2 cawan kismis & ceri yang di potong kecil


Cara Membuatnya :
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).  
  3. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. 
  4. Akhir sekali ratakan kismis & ceri . Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 16 bahagian sama besar.
  5. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper . 
  6. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. 
  7. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..

Tuesday, May 17, 2011

Telekung renda hijau & putih..




Telekung berenda warna hijau muda ni saya buatkan untuk seorang kawan..
Saya ikut saiz saya sendiri..saiz M..tapi masih rasa was-was..sesuai atau tidak saiznya dengan saya..
jadi untuk memuaskan hati..saya buat satu lagi saiz L..biar senang dia memilihnya..:)

Untuk telekung ke 2 ni..saya pilihkan renda warna putih, untuk telekung saiz dewasa..perlukan kain bidang 60 inci, 4 1/2 meter kain..untuk saiz L..(untuk saiz M, 4 meter )
Labuh sikit di bahagian telekung & kain..sesuai untuk yang tinggi..
Alhamdullilah siap juga..
Terima kasih Sally kerana sudi menempahnya...:)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...